Wednesday, February 20, 2013

Ustaz Haron Din dimaki hamun


PANAS BERAP! VIDEO USTAZ HARON DIN DIMAKI HAMUN KERANA PERTAHAN KALIMAH ALLAH!


Tuesday, February 19, 2013

Eksklusif!! Pandangan Dato' Fadzilah Kamsah Isu Doa KO UMNO!!!


Eksklusif!! Pandangan Dato' Fadzilah Kamsah Isu Doa KO UMNO!!!

BN Penang Berjaya Bangkit Semula Di Tempat Jatuh


Kehadiran bintang ternama Korea Selatan, Psy ketika sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) yang dihadiri hampir 100 ribu orang baru-baru ini amat mengusarkan pakatan pembangkang yang diketui oleh DAP-PKR-Pas. Lebih memeranjatkan laungan bergema 1Malaysia yang disambut oleh para hadirin yang hadir dilihat sebagai satu petanda keruntuhan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Tambah mengusarkan kerajaan pakatan ialah, bilamana pihak pengurusan Kolej Han Chiang, George Town memberikan kebenaran kepada BN negeri untuk bagi mengunakan padang kolej tersebut sebagai tapak upacara sambutan.
Ini kerana ketika pilihanraya yang lepas, padang yang sama juga adalah merupakan tempat penyokong dan pimpinan pakatan rakyat meraikan kejatuhan kerajaan BN di Penang. Dan kejayaan menghimpunkan hampir 100 ribu orang di tempat yang sama adalah merupakan petanda kejayaan BN untuk bangkit semula di dalam pilihanraya umum akan datang.
Kerajaan DAP juga sebelum ini dilaporkan pernah mencuba untuk membawa Psy ke Penang sebagai satu menarik sokongan rakyat khususnya dari kaum Cina namun telah ditolak oleh penyanyi berstatus antarabangsa itu. Dan lebih membanggakan penyanyi Korea Selatan tersebut turut mengunakan perkataan 1Malaysia di dalam tweetnya sebagai tanda menyokong usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Semua ini sudah cukup membuatkan pimpinan pakatan khususnya DAP untuk merasa gusar dan goyang dalam menghadapi BN ketika PRU13. Ini kerana ia secara tidak langsung membuktikan sentimen rakyat ketika PRU12 jelas tidak lagi dapat digunapakai oleh mereka.
Mereka sebelum ini begitu takbur dan yakin untuk terus berkuasa di Pulau Pinang serta akan mampu menawan Putrajaya, namun jika dilihat dari sokongan rakyat dan tindakan yang dilakukan jelas membuktikan ia hanyalah kenyataan politik semata-mata. Sebagai contoh, mereka sebelum ini telah mengarahkan agar poster dan ‘banner’ yang memaparkan gambar Datuk Seri Najib mengunakan pakaian tradisi masyarakat Cina agar diturunkan serta merta.
Sekiranya kerajaan DAP yakin dengan sokongan rakyat, mengapa perlu takut dengan gambar Perdana Menteri yang hanya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina?
Seterusnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah meminta agar penyokong pakatan yang ingin hadir ke sambutan BN itu untuk mengunakan t-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada kerajaan pakatan.
Namun ternyata saranan tersebut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Kerana rakyat sedar, saranan yang tersebut hanya bertujuan untuk memalukan Perdana Menteri yang turut hadir di dalam majlis tersebut.
Ini kerana kegagalan BN Pulau Pinang untuk membentuk kerajaan negeri serta kehilangan mandat 2/3 bagi kerusi Parlimen di dalam pilihanraya yang lepas, sudah cukup membuatkan rakyat sedar dalam menilai antara kaca dan permata. Rakyat juga sedar kerjasama yang terjalin di antara DAP-PKR-Pas dilihat merupakan kerjasama yang rapuh dan penuh dengan sandiwara.
Antara mereka juga (pakatan) tidak wujud sebarang ikatan yang benar-benar ikhlas dalam membela nasih rakyat. Pimpinan parti pula dilihat sering bertelagah dan tidak pernah konsisten seperti yang pernah di janjikan ketika kempen dan manifesto yang lalu.
Semua ini telah membuatkan rakyat sedar, bahawa pimpinan pakatan bukanlah pilihan yang terbaik buat rakyat. Di kalangan mereka pula hanya wujud gerakan politik semata-mata dan ia digerakkan hampir sepanjang masa tanpa mengira perancangan dan tindakan untuk membantu rakyat dan pengundi.

Monday, February 18, 2013

BN mampu tawan semula Permatang Pauh

Bukit Mertajam: Sebut saja Parlimen Permatang Pauh, sudah pasti orang ramai akan terbayang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kawasan itu dikatakan kubu kuatnya serta cukup sinonim dengannya. 

Lebih tiga dekad iaitu sejak 1982, Anwar diulit keselesaan di Permatang Pauh, namun popularitinya dikatakan mula menurun selepas dia gagal membawa kemajuan selain mengabaikan kebajikan penduduknya kerana terlalu taksub untuk menawan Putrajaya. 


Malah, kebelakangan ini juga terdengar ada usaha untuk menjatuhkan Anwar, dipimpin penyokongnya sendiri dari Permatang Pauh. Mereka juga dikatakan berusaha untuk mendapatkan sokongan bekas pemimpin PKR untuk menjayakan misi itu. 


Anwar menang empat penggal atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum digantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi pilihan raya umum (PRU) 1999 ketika beliau dipenjarakan, dilihat hanya kuat dari segi sentimen tetapi gagal mengubah nasib rakyatnya. 

Pada 2008, Anwar sekali lagi diberi laluan menjadi Ahli Parlimen, selepas Wan Azizah meletakkan jawatan. Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) pada pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada 26 Ogos 2008. 

Tawan Putrajaya 

Melihat momentum politiknya yang masih kukuh di Permatang Pauh, Anwar dilihat terlalu leka mengejar cita-cita menawan kerusi Putrajaya dan memasang angan-angan menjadi Perdana Menteri dengan mengkhianati kepercayaan pengundinya. 
Kelekaan Anwar itu kemungkinan menyebabkan Permatang Pauh menerima tempias hasil perubahan besar corak politik di Pulau Pinang pada PRU-13, terutama dalam meraih undi orang Melayu. 

Lensa PRU-13 pastinya akan tertumpu di P44, bukan kerana ia kubu kuat Anwar semata-mata, tetapi juga pengukur keupayaan BN dan UMNO untuk menggunakan peluang dan menajamkan jentera memastikan kawasan hitam itu kembali ke pangkuannya. 

Permatang Pauh mempunyai kira-kira 70,000 pengundi berdaftar dengan 71 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (23 peratus) serta India dan lain-lain, enam peratus. 

Penentu kemenangan P44 sudah tentu di tangan orang Melayu dan ini memberi peluang kepada UMNO untuk menguji keupayaannya sebagai parti keramat orang Melayu, serta mengembalikan semula sokongan mereka kepada BN. 

Sejak DAP mengambil alih tampuk kerajaan negeri pada 2008, banyak dasarnya didakwa mengguris hati orang Melayu, tidak kira soal pemilikan hartanah, kebajikan atau isu sensitif termasuk sentimen membabitkan agama dan hak Bumiputera yang sekali gus dilihat memberi kelebihan untuk BN khususnya di Permatang Pauh. 

Parlimen Permatang Pauh mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir. 

Cakap-cakap kurang enak 

Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dimenangi calon BN iaitu Arif Shah sejak dua penggal berturut-turut, ia belum cukup untuk memastikan BN kekal selesa di kawasan itu kerana kemenangannya hanya dengan majoriti kecil iaitu 533 undi. 

Arif Shah yang menentang Anwar pada PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 tewas dengan majoriti 15,671 undi. Bagaimanapun, kekalahan itu bukan pengukur PRU-13 kerana ia berlaku akibat tsunami politik dan keadaan kini sudah jauh berubah. 

Harapan BN di P44 masih ada, kerana di DUN Penanti yang kini disandang Dr Mansor Othman daripada PKR mula kedengaran cakap-cakap kurang enak yang disuarakan rakyat termasuk kalangan ahli PKR dan PAS sendiri yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana Mansor didakwa tidak turun padang dan tempias itu terpalit sama di kerusi Permatang Pasir yang dikuasai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man. 

Sunday, February 17, 2013

Haram tak sokong ANWAR. Hadi berfatwa?

1. Anwar adalah pemimping agong orang Melayu dan Malaysia?
2. Anwar penipu teragong Melayu ?
3. Haram tak sokong Anwar. Mahu Hadi berfatwa?
4. Doa beramai-ramai di stadium untuk Anwar. Mahu Nik Aziz ketuai bacaan doa?




Anwar: watak 1


Watak X

Anwar watak 2

Anwar watak 3

watak x

Anwar watak 4

watak x

Anwar watak 5
watak X


watak X

Anwar watak 6


Anwar watak 7

Anwar watak 8





atau 
Anwar adalah jelmaan watak JAHAT/SYAITAN  untuk menguji iman dan nafsu umat Islam? 


Pilihan Anda?
Your Choice?


DAP akan disiasat Pendaftar Pertubuhan.


PUTRAJAYA 16 Feb. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan memulakan siasatan
terhadap kesahihan beberapa jawatan tertinggi dalam DAP selepas parti itu gagal mengemukakan penyata tahunan dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan akan dilakukan terhadap pemilihan parti tersebut yang dicemari kesilapan pengiraan undi.


"Sehingga semalam, DAP belum lagi menyerahkan laporan kepada ROS dan ini bermakna tempoh yang diberikan kepadanya telah tamat. Saya dimaklumkan bahawa ROS kini boleh melakukan siasatan. Isu-isu melibatkan kesahihan jawatan tertentu dalam DAP akan disiasat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_28/ROS-kini-boleh-mula-siasat-DAP-isu-pemilihan-CEC#ixzz2L4wXSocV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Timbalan Ketua Cabang PKR Puchong sokong Kerajaan.


Lain kali jangan tuduh menuduh kerajaan BN seorang yang kejam dan zalim terhadap rakyat.Kena terimalah kenyataan bahawa BN adalah yang terbaik untuk rakyat.BN bukan pandai janji kosong pada rakyatnya...BN adalah yang terbaik semoga terbuka pintu hatinya untuk menyertai UMNO....Alhamdulilah lah 







Kalimah Allah : Sokong pendirian Anwar jatuh SYIRIK !!

Sokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dalam Bible difatwakan oleh Prof Dr Haron Din sebagai Syirik ...

Jadi kepada  pencacai & barua  yang menyokong pendirian Anwar & Pakatan  menghalalkan kalimah Allah ini  digunakan dalam Bible yang didesak Guan Eng  bermakna dah jatuh SYIRIK !!




Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. 

"Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

Saturday, February 16, 2013

UST ANWAR KATA: NIK AZIZ TAK TAU AGAMA, HADI PULA PAK TURUT!!!... WOW


Assalamualaikum,

Semalam (10.02.2013) PKR telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah. Dianggarkan sekitar 1500 orang hadir pada Majlis tersebut yang bertempat Putera Ballroom KK pukul 7:00-10:00mlm. Terdahulu DSAI dikhabarkan telah menghadiri Program Ceramah PKR bertempat di Kg. Paginatan Ranau, Forum Suara Anak Sabah (SUASA) dan seterusnya bergerak ke sesi Dialog DSAI bersama anak muda dan golongan profesional di Hotel Megah Tg aru setelah berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina tersebut.

Ulasan pengarang,
Majoriti yang datang terdiri daripada ahli-ahli PKR yang datang dari seluruh negeri Sabah. Pengarang beranggapan, tindakan memanggil dan mengarahkan setiap daerah di negeri Sabah untuk menghantar wakil pada Majlis tersebut ada kaitan dengan nasib yang menimpa Program DAP yang hanya dihadiri oleh kurang daripada 50 orang hadirin meskipun disajikan dengan makanan percuma.

Namun bukan itu yang menjadi tumpuan Pengarang, fokus utama pengarang lebih kepada slot ceramah DSAI kepada hadirin. Akhirnya seperti yang pengarang duga, isu kalimah Allah akan berkumandang dan akan dimainkan oleh DSAI. Dan untuk isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS. Kalau Pengarang ulas tanpa bukti nanti orang-orang PR dan Cybertrooper yang dibayar gaji ribuan ringgit pasti akan tuduh pengarang suka menfitnah. Oleh itu, anda tonton sendiri video tersebut.


Wujud lagi satu pendedahan penting yang keluar daripada mulut DSP Lajim sendiri ketika beliau berucap di Program Kebangkitan Rakyat bersama DSAI yang bertempat di Perkarangan Rumah En Justinus Baharum (Kg Linsudan Apin-apin). Akhirnya DSP Lajim mengakui sendiri berdasarkan keadaan semasa, PR Sabah hanya mampu memperolehi 3 kerusi Parlimen di Sabah. Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangkakan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah. Pengarang mengandaikan ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim termasuklah, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan.

Pengarang beranggapan, Kerusi-kerusi yang sebelum ini dijangkakan menang kini berhadapan dengan risiko sabotaj daripada ahli-ahli dalam PR itu sendiri dan DSP Lajim menyedari perkara tersebut. Pengarang juga mengandaikan, ramalan 3 kerusi Parlimen tersebut mungkin juga terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon PPPS seperti di Parlimen P173 Putatan, P176 Kimanis dan P177 Beaufort. Walau apapun ramalan yang diletakkan, apa yang pasti, kesemua kawasan Parlimen tersebut telah ada wakil daripada PKR, DAP dan PAS. Sabotaj daripada ahli-ahli PR itu adalah sesuatu yang pasti dan kini situasi tersebut semakin menghantui DSP Lajim.  DSP Lajim kini semakin terdesak untuk meyakinkan penyokong-penyokong beliau yang beliau tidak akan kembalik kepada BN sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen P177 Beaufort kelak. Kegusaran penyokong DSP Lajim ada hubungkait dengan isu bahawa DSP Lajim masih ahli UMNO

Kini keadaan PR Sabah semakin kritikal berbanding dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. Meskipun DSAI menggambarkan wujud kebangkitan di kalangan rakyat Sabah, namun pengarang tetap menafikan kebangkitan tersebut berdasarkan bukti bahawa hadirin yang meramaikan program PR di Sabah adalah di upah. Bukti ini pengarang perolehi sendiri daripada adik seorang sahabat yang berada di Papar, beliau khabarkan adik beliau di upah RM30 ringgit untuk hadir pada sesi ceramah DSAI di Papat tahun lalu. Mereka dijemput oleh sebuah van dan diberi duit RM30 ketika berada di dalam yang seterusnya membawa mereka ke lokasi tempat DSAI berceramah. Bukti sudah nyata, PR Sabah bakal kecewa lagi!

Sumber DAP Dakwa Populariti Anwar Jatuh Merundum


AIDCNews – 24/04/12 – “Lim Guan Eng perlu melakukan sesuatu sekarang kerana sokongan Melayu telah berubah. Populariti Anwar telah turun kepada hanya 50 peratus di Permatang Pauh dan ia amat dibimbangkan,” kata sumber DAP kepada The Malaysian Insider
Lapor laman itu lagi, Pulau Pinang merupakan kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh merupakan kerusinya sejak menyertai politik pada 1982, namun sumber dalaman DAP berkata walaupun tiada ancaman Anwar akan kehilangan kerusinya, tetapi prestasi yang lemah memungkinkan BN menguasai semula negeri tersebut.
Pada tahun lalu, kajian itu dilakukan oleh Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM dari Mac 2008 hingga Julai 2011 menunjukkan prestasi Anwar Ibrahim jatuh merudum berbanding dengan empat tokoh lain, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Ketika ditanya kenapa populariti Anwar jatuh merudum, Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid berkata, “puncanya adalah cara Anwar mengendalikan isu”.
“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.
“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya”, katanya.
Selain itu, kata pembantu penyelidik dari UIA itu, populariti Najib Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri merupakan satu-satu faktor yang menyebabkan populariti Anwar semakin jatuh merudum.

Friday, February 15, 2013

Anwar Ibrahim geram dgn Nik Aziz

Habis, tak kan kita setakat gambar saja. Tentu kita cuba teka inti perbualan...

Anwar " Hang tau apa!!!  ... dah la telinga pun tak boleh dengar!"


Thursday, February 14, 2013

Anwar Ibrahim dengan Karpal Singh

Suka hati saja ada seorang kawan cuba reka satu skrip perbualan antara Anwar dan Karpal.

"Karpal, you just watched the video.... that guy has such a long pistol. It cannot be me... hey, what say you??"


Wednesday, February 13, 2013

Anwar Ibrahim pujuk Hadi Awang

Ada yang berseloroh tenguk gambar ini dan cuba cipta skrip perbualan yang sesuai

"Hadi, hang mana boleh jadi PM, hang reti apa?"
"Hang tenguk aku ni.... tenguk muka aku ni..."
"Awat hang tunduk saja.... aku tengah cakap nie!!"


Tuesday, February 12, 2013

Mat Sabu Gedebe atau Kahaq

Sekali imbas tampak Mat Sabu seolah tidak ada imej PAS langsung, tapi jangan silap, kalau hari ini ditakdirkan Hadi Awang jatuh demam tak sembuh-sembuh, maka PAS akan diketuai oleh Mat Sabu!!!

agaknya Mat Sabu tengah bertegas
"Saya tak heran kena tangkap polis.. saya kahaq"

Dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat, Mat Sabu  jadi menteri dalam negeri. Ada yang berseloroh kata Mat Sabu nak tangkap semua polis!!

Monday, February 11, 2013

anwar - watak ngeri!

entah apa kata Anwar,  mungkin "ko ingat aku gila?"

Sunday, February 10, 2013

Anwar - saiz akal

anwar cerita tentang saiz


anwar - temberang konon dah nak mati! (tenguk matanya)

BERSIH merebak serata dunia.

Tahniah Ambiga, 
Nik Aziz, 
Anwar Ibrahim, 
Hadi,
 Kit Siang, 



















Amanat Tin Kosong - Hadi Awang

Apa yang Hadi sebut pada tahun 1981 di Banggol Peradong bukanlah amanat . Menurut Hadi itu cuma petikan dari ucapan beliau. Mungkin Hadi terkeliru apa maksud amanat, dan apa cakap TIN KOSONG.

Inilah petikan ucapan TIN KOSONG Tuan Guru Hadi Awang presiden PAS, yang kini telah bersahabat dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang / Karpal Singh / Lim Guan Eng.  Untuk Makluman, PAS telah membuang Nasha dan Dr Hassan Ali.

Petikan Ucapan TIN KOSONG 
Hadi Awang


amanat hadi 1981 (jawi)
amanat hadi 1981 (rumi)

amanat hadi 1981

amanat hadi 1981


amanat hadi 1981



amanat hadi 1981 - cikgu Non

Saturday, February 09, 2013

Idris Ahmad maki ahli-ahli PAS.


Satu perkembangan yang menarik bila bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mula memaki hamun ahli-ahli PAS yang selama ini sanggup “mengkeldaikan” diri kerana perjuangan parti itu.
Selepas mahasiswa pro-Pakatan Haram, Khalid Ismath, menggelar Menteri Besar Kedah sebagai “Sial bin Celaka”, kini giliran AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula yang untuk mencerca ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bangkit marah pada DAP dan PKR.
Kita tahu bahawa ramai ahli-ahli PAS yang marah, kecewa dan berkumpul mengadakan demonstrasi membantah keras tindakan DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Mereka mempertikai kehendak DAP dan PKR itu, serta mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS yang menetapkan bahawa mereka bersetuju dengan ketetapan UMNO yang menggariskan kalimah “Allah” adalah hak ekskusif umat Islam di Semenanjung Malaysia.
Mungkin marah dan kecewa dengan prestasi pucuk pimpinan PAS yang “lembik” dan “bacul” ketika berdepan dengan DAP dan PKR, maka mereka bingkas mempertikai hubungan politik parti mereka di dalam Pakatan Haram.
Persoalannya, salahkah apa yang ahli-ahli PAS itu lakukan? Berdosakah mereka mempertikaikan provokasi jahat DAP dan PKR itu?
Kenapa Idris Ahmad tidak mempertikai kehendak Karpal Singh yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura? Apakah Idris Ahmad takut untuk berdepan dengan “kafir harbi” itu?
Apakah kerana status ahli-ahli PAS ini hanyalah “ahli biasa” maka Idris Ahmad berani memaki hamun mereka kerana mempertikai gesaan Karpal dan Anwar?
Mentang-mentanglah mereka yang mempertahankan kesucian kalimah “Allah” itu hanyalah “ahli biasa”, Idris Ahmad tergamak mencerca mereka dengan gelaran “sisa toksin”?
Siapa “sisa toksin” sebenarnya? Idrisn Ahmad atau Ahli-Ahli PAS?
Kalau Idris Ahmad nak tahu siapa “sisa toksin” sebenarnya, tunggulah PRU ke-13 nanti. Bertandingkan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen, dan ketika itu akan terjawablah siapa “sisa toksin” yang sebenarnya, kan?

sumber:

Demi Karpal Dan DAP, Idris Ahmad Sanggup Maki Hamun Penyokong Sendiri



PAS terpaksa korbankan Nasharudin


MARANG: PAS terpaksa 'mengorbankan' bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa demi cita-cita politik, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tindakan itu, katanya, membuktikan PAS akur dengan desakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memang tidak menyenangi Nasharudin sejak tercetusnya idea muzakarah dan mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO yang dipelopori Ahli Parlimen Bachok itu.
Beliau berkata, Nasharuddin adalah seorang yang liberal dan benar-benar serius mengenai kepentingan Islam serta orang Melayu dan tidak bertindak atas kepentingan politik semata-mata.

"Beliau komited mahu melihat penyatuan ummah dan Islam dan pemergiannya ke Gaza juga untuk memberi sokongan kepada rakan-rakannya di Palestin yang diperjuangkan lama sebelum ini, namun PAS memecatnya daripada Majlis Syura kerana lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding perpaduan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desakan Nasharuddin yang mahu PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, PAS akan terus akur dengan apa saja desakan PKR dan DAP walaupun terpaksa menjual prinsip agama yang diperjuangkan selama ini.

"Dulu asalnya nak perjuangkan negara Islam dan dijadikan manifesto pilihan raya, kini ditukar kepada negara berkebajikan kerana Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh tidak mahu negara Islam.
"PAS tiada suara dalam pakatan pembangkang yang lebih didominasi PKR dan DAP, sebab itu semakin ramai penyokong PAS peringkat akar umbi mahu parti itu keluar dan bergerak bersendirian yang senada dengan desakan Nasharuddin," katanya. - BERNAMA

2013/02/07 - 16:31:54 PM