Mungkin Muhyiddin betul.
- Jawapan yang paling selamat pernah di keluarkan oleh seorang menteri, apatah lagi seorang Timbalan Perdana Menteri.
- Kenyataan Muhyiddin bahawa beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk  mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pengetua dan seorang guru  yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur politik baru-baru ini.
 
 Katanya berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kuasa  berkenaan  terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana  kedudukan individu terbabit adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap  gred DG48.
 
 Muhyiddin mengulas dakwaan Lim bahawa Menteri Pelajaran enggan  menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan tegas ke  atas seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit  Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman  baru-baru ini
 
- Dalam suasana lain, Hishamuddin dilihat sebagai menteri yang sering memberi amaran dan pada waktu-waktunya terlajak mengganggu pentadbiran. Berita akhir-akhir ini memaparkan hakikat itu. Rungutan Tan Sri Musa Hassan menjelang persaraan beliau mededahkan betapa seriusnya isu tersebut.  Suasana ini sedikit sebanyak melebarkan jurang antara menteri dan kakitangan kerajaan, dan setiap tindak tanduk akan dilihat dengan penuh curiga dan sangsi.
- Ada juga menteri yang suka dengan kaedah senyap. Namun hajat mereka sering tercapai, terutamanya yang berkisar dengan publisiti, wang dan projek. Ada menteri yang menapis semua  kenaikan  pangkat dan perpindahan  pegawai. Dalam usaha untuk mencapai hasrat, ada pegawai perlu diangkat dan ada pula yang perlu diketepikan. Dalam kerangka itulah peranan business people amat ketara sekali, sebagai power broker kepada rakan-rakan yang telah dan terus membantu. Terdapat menteri yang yang cenderung kearah itu.  Media tidak menipu bila memperlihat menteri dan power broker duduk semeja waktu jamuan raya. 
- Umno koyak sebab orang korporat, dan lambat laun jentera kakitangan kerajaan juga rabak sebab itu. Hasrat jahat sering memerlukan akal dan tangan orang yang jahat juga. Bukan itu lumrah alam? dan berapa ramai tidak mahu jadi kaya?