Walau bagaimana pun  beberapa dasar kerajaan         yang tertentu, terutamanya  yang berkaitan  dengan
kesamaan bangsa,         demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu
diperbaiki.
Krisis         ekonomi  pada dua tahun yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan dua         bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula         sama hadapan negara kita secara serius.
Kerajaan seharusnya mengadakan satu         rancangan  pembangunan yang sepadu untuk industri kecil  dan sederhana         dan Perkampungan Baru Cina yang  telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh         tahun  dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan  pelbagai projek         mega, kita masih  menghadapi kekurangan  dna, bilik darjah dan guru di         sekolah-sekolah. Kami juga  perlu menaruh  perhatian pada sektor-sektor          yang mundur  yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet,         penduduk  bandar dan petani miskin.
Di samping itu, kami amat         mengambil  berat tentang isu amalan rasuah,  penyimpangan kerajaan          dalam pentadbiran  awam, kebertanggungjawaban dan kelutsinaran  kerajaan         yang telah menimbulkan banyak  perbincangan di kalangan orang awam. Demi         cinta  kami  terhadap negara, serta perhatian kami terhadap masa hadapan         bangsa kita, kami meminta semua calon dan parti politik  yang akan mengambil         bahagian dalam pilihan raya yang akan  datang menyokong  dan         melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita          berusaha merealisasikan rayuan ini.
1. Menggalakkan Perpaduan Negara
Perpaduan         negara mestilah berasaskan kepentingan semua rakyat negara kita dan bukan         berdasarkan perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi,         dapat mewujudkan satu lingkungan yang sesuai untuk mencapai perpaduan dan         keharmonian di antara kaum.         
- Gubalkan Akta Perhubungan Kaum untuk mencegah diskriminasi perkauman, rasialisme dan rasisme;
- Tindakan Afirmatif (Affirmative Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum.
- Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara ¡®bumiputra¡¯bukan bumiputera¡¯ dalam semua bidang.
2. Mempertingkatkan Demokrasi
Demokrasi bukan sahaja bermakna amalan pengundian setiap lima tahun ¨C kerajaan harus dipilih oleh rakyat pada semua peringkat, supaya mencapai demokrasi parlimentari yang sebenarnya dan memastikan keadilan pilihan raya.
-  Garisan sempadan pilihanraya mestilah              berasaskan  prinsip ¡®satu orang satu undi¡¯ . Perbezaan              bilangan pengundi  antara kawasan-kawasan  pilihan raya yang             berlainan sepatutnya  tidak melebihi 15%, SEPERTI MANA YANG DIAMALKAN             PADA PERINGKAT AWAL SELEPAS KEMERDEKAAN  NEGARA  ini supaya             mengelakkan jurang besar  yang sedang wujud di antara               bilangan pengundi di kawasan pilihanraya yang berlainan dalam sistem               pengundian kini.
- Memulihkan pilihan kerajaan tempatan
- Senator haruslah dipilih oleh rakyat
         3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan         Keadilan
Memperteguhkan hak asasi  manusia, keadilan, keamanan dan         kebebasan negara kita, agar
melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan         ekonomi seluruh  rakyat Malaysia:         
- Ratifikasikan  dan menandatangani              semua konvensyen bangsa-Bangsa Bersatu dan
 kovenan-kovenan antarabangsa
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya dan pastikan bahawa badan tersebut berepresentatif dan bebas
- Pastikan kebebasan Peguam Negara dan badan kehakiman
- Mansuhkan Akta Kesatuan Keselamatan Dalam Negeri selaras dengan perkembangan zaman
- Gubalkan Akta Kebebasan Informasi
- Meminda  Akta Kesatuan  Sekerja,             Akta hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta
 Polis dan Akta Universiti dan Kolej supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia.
- Mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.
         4. Membasmi  Amalan Rasuah
Amalan rasuah         merupakan salah satu  halangan besar dalam pembangunan negara, Ia bukan saja         merampas kepentingan rakyat jelata, malah menjejaskan fungsi pentadbiran kerajaan         dan merosakkan  kebrtanggunjawaban  kerajaan. Amalan rasuah, mesti         dihapuskan pada semua
peringkat perkhidmatan awam dan kerajaan:         
- Susun semula Agensi Pencegah Rasuah supaya              ianya menjadi satu badan bebas dan
 bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
- Gubalkan satu akta  di mana  semua             kakitangan tinggi kerajaan  dan wakil rakyat  yang
 dipilih wajib mengisytiharkan asset mereka secara terbuka kepada orang awam.
         5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil
Kerajaan         harus  mengkaji  semula dasar ekonomi negara secara menyeluruh untuk         mengatasi
kelemahan yang terdedah semasa krisis kewangan berlaku          baru-baru ini. Semua kaum mesti diberi peluang  yang sama untuk bersain.         Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme harus dielakkan  dalam perihalpemberian         saham atau kontrak. Dalam tiga puluh tahun yang lampau,  sewaktu kerajaan          menitikberatkan  pembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputra,         perkembangan  dan modenisasi  bagi indtusri  kecil dan sederahana         telah diabaikan. Kerajaan juga telah mengabaikan  masalah  yang dihadapi          oleh penternak babi,  kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk         menolong mangsa-mangsa wabak dan keluarga mereka.         
- Menggalakkan  modenisasi dan pembangunan              industri kecil dan sederhana  dalam negeri
 ini.
- Merumuskan dan melaksanakan dasar pertanian yang kekal.
- membahagikan tanah secara adil kepada             petani-petani yang memerlukannya tanpa mengira
 kaum.
- Hapuskan sistem kuota yang berasaskan              ¡®kaum¡¯ dan gantikannya dengan sistem
 pengagihan yang berasaskan ¡®kebolehan¡¯ (means tested sliing scale)
- Pastikan bawah dana KWSP serta dana-dana awam             yang lain kepunyaan  pekerja negara  kita
 diberikan tempat perwakilan yang memuaskan kepada organisasi pekerja untuk menjamin
 pengurusan dana yang betul.
         6. Kaji Semula Dasar Penswastaan
Tujuan mengswastakan          kemudahan awam  ialah untuk meningkatkan  kecekapan  dan         mengurangkan  beban ekonomi negara.  Walaupun sesetengah  kemudahan         awam yang diswastakan  memberi banyak  kemudahan kepada rakyat dan juga         menggalakkan  pertumbuhan ekonomi negara,  namun disebabkan         ketidaklutsinaran operasinya, ianya telah menimbulkan monopoli dalam bidang         perniagaan, memberatkan  beban rakyat  dan menyebabkan  kronisme         serta menghalang  pertumbuhan ekonomi negara:         
- Semua projek penswastaan harus berasaskan kepentingan orang awam
- Projek-projek penswastaan harus dittander secara terbuka
- Dirikan Suruhanjaya Urusan Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang diswastakan untuk melindungi kepentingan rakyat.
- Batalkan  rancangan  pengkorporatan             perkhidmatan  kesihatan  supaya  membolehkan rakyat
 negara kita, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatan
 kesihatan awak yang murah dan cekap.
- Gubalkan akta anti monopoli untuk mengelakkan amalan monopoli dalam bidang penswastaan.
- Kaji semula perkhidmatan pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna.
- Hentikan pengenaan tol dan penswastaan pada             jalan raya di dalam bandar raya dan jalan
 raya yang sedia ada yang telah dipertingkatkan menjadi lebuh raya.
         7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan         Liberal
Demi menghadapi cabaran  abad baru, kita perlu mengkaji          semula keseluruhan sistem pendidikan negara kita dengan menumpukan  perhatian         pada pengembangan potensi manusia, memenuhi keperluan sumber  manusia dan         memupuk  daya kreativiti, daya inisiatif serta teknik pembelajaran para         pelajar kita. Komuniti  Cina  memandang berat terhadap Akta Pendidikan          1966  yang tidak berlaku adil terhadap pendidikan  bahasa ibunda bagi         kaum cina, India dan kaum-kaum  minoriti lainnya di negara kita. Disebabkan         kekurangan  dana, bilik darjah, dan guru, perkembangan  sekolah-sekolah         rendah Tamil dan Cina telah terlambat:         
- Membina Akta Pendidikan  1996 untuk              mencerminkan  dasar pendidikan kebangsaan
 sebagaimana yang dinyatakan di dalam Ordinan Pendidikan 1957 yang memastikan
 penggunaan, pengajaran dan perkembangan bahasa ibunda semua komuniti etnik di
 negara kita.
- Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan             Cina di kawasan yang padat dengan penduduk
 kaum India dan Cina, agar hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda bagi pelajar-pelajar kaum tersebut tidak dirampas.
- Selesaikan masalah  kekurangan  guru             yang lama berterusan di sekolah-sekolah rendah
 Tamil dan Cina.
- Batalkan rancangan Sekolah wawasan dan             hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk             memegang  jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina
 untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah.
- Pastikan bahawa pengagihan peruntukan pendidikan, latihan guru, perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan dan perkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi sekolah-sekolah semua aliran bahasa, termasuk cadangan sekolah-sekolah bistari.
- Realisasikan  pendidikan  bahasa             ibunda  dengan menggabungkannya ke dalam rancangan
 pendidikan negara kita dan sediakan latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum dan bahan-bahan pengajaran baginya.
- Sediakan kelas bahasa ibunda pelajar (Pupils¡¯ Own Language - POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya lima (5) pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah.
- Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan
- Kaji semula dan naikkan gaji guru
- Kenaikan sistem pinjaman dan bantuan              kewangan pelajar dengan pengagihannya mengikut
 kemampuan keluarga pelajar (means-tested sliding scale) tanpa mengira kaum.
- Iktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian cina.
- Izinkan penubuhan Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina baru dan berikan subsidi untuk perkembangannya.
- Tambahkan bilangan sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhan penduduk negara kita.
- Iktirafkan ijazah yang dianugerahkan oleh institusi yang bertaraf antarabangsa, termasuk Universiti dan yang lampau serta universiti-universiti yang bukan aliran bahasa Inggeris di negara-negara seperti China, Taiwan dan sebagainya.
- Hapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti.
         8. Galakkan Perkembangan Pelbagai Kebudayaan
Negara         kita ialah negara yang berbilang kaum. Akan tetapi, Dasar kebudayaan Kebangsaan         yang sedia ada  adalah didasarkan  pada budaya tunggal, ianya merupakan         halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demi memperbetulkan          kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional haruslah diasaskan  pada         pluralistik masyarakat kita:         
- Kenaikan dasar kebudayaan dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.
- Sediakan bantuan kewangan dan biasiswa seni             dan galakkan aktiviti  kebudayaan berbilang
 kaum negara kita.
- Wajibkan kerajaan pada semua peringkat untuk menggalakkan budaya pluralistik.
- Pemberian ganjaran atau hadiah kesusasteraan             dan seni negara haruslah  terbuka
 kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bahasa.
- Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah             dilayani secara saksama oleh media dan
 badan-badan kebudayaan rasmi.
- Galakkan pertukaran kebudayaan antarabangsa.
- Mendidik dan menggalakkan rakyat negara kita             saling menghormati agama-agama yang berlainan di dalam negara ini serta             perkuatkan perhubungan dan pertukaran fikiran antara
 badan-badan agama berlainan.
- Berikan layanan yang adil bagi badan-badan             agama  yang berlainan dalam  hal penyebaran,
 perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media
 rasmi.
         9. Lindungi Alam Sekitar
Semua projek          pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas alam sekitar seperti kawasan         tanah tinggi, hutan dan kawasan berpaya atau yang akan merosakkan peninggalan,         sejarah serta kawasan perkuburan, mesti dikawal dengan ketat. Piawaian dan         undang-undang perlindungan alam sekitar  perlu dikuatkuasakan secara serius:         
- Pastikan projek empangan tidak merosakkan ekologi persekitaran.
- Kenakan langkah pemeliharaan air dan tenaga yang ketat.
- Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan Alam Sekitar              yang sedia ada untuk menghalang aktiviti
 pembalakan yang sembarangan.
- Kenakan cukai ke atas  penggunaan tenaga             serta pengeluaran  gas karbon atau gas buangan
 lain yang berbahaya.
- Indahkan kawasan-kawasan perkuburan dan             pastikan kawasan tersebut  tidak dipindah untuk
 tujuan pembangunan.
- Tawarkan insentif bagi industri yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga solar.
         10. Modenisasikan dan bangunkan Perkampungan Baru
Perkampungan         baru mempunyai sejarah lebih daripada lima puluh tahun.  Seramai 1.5          juta kaum cina yang berselerak di 452 buah Perkampungan baru masih dikecualikan         daripada arus pembangunan ekonomi negara. Infrastruktur di Perkampungan Baru         tersebut perlu diperbaiki. Ramai  penghuni masih belum mendapat hak milik         tanah atau mendapat pembaharuan hak milik tanah.         
- Pastikan bahawa semua penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengan segera.
- Selesaikan rancangan pembangunan Perkampungan Baru dengan secepat mungkin.
- Sediakan  peruntukan pembangunan              untuk Perkampungan  Baru mengikut perkadaran bilangan
 penduduk.
- Memperuntukkan tanah yang mencukupi untuk             petani-petani Perkampungan Baru dan luar
 bandar.
         11. Realisasikan  Dasar Perumahan Untuk         Semua
Kerajaan harus  merealisasikan  wawasan perumahan untuk         semua rakyat  dengan lebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan         masalah perumahan yang ketara bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana dan         rendah.         
- Pastikan bahawa  kerajaan negeri             memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara percuma
 untuk pembinaan perumahan awam kos sederhana dan rendah.
- Pastikan  pengagihan  perumahan              kos rendah  adalah adil untuk mengelakkan daripada
 memberikannya kepada mereka yang tidak layak.
- Laksanakan sistem ¡°sewa dahulu beli             kemudian¡± agar membolehkan mereka yang tidak
 mampu memiliki rumah sendiri.
         12. Lindungi Hak Asasi Wanita
Hak asasi         wanita mesti diutamakan di sektor swasta dan awam:         
- Beri sokongan kepada ¡®Agenda Wanita 1999¡¯ yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaan wanita negara kita.
- Pertingkatkan fungsi autoriti kerajaan yang berurusan dengan hal-hal wanita.
- Hapuskan segala jenis diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat negara kita.
- Kenakan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.
- Menggesa  sektor awam  dan swasta             supaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak
 bagi pekerja-pekerja wanita.
         13. MEDIA YANG  ADIL
Media harus         dioperasi  secara adil dan bebas tanpa campur tangan kerajaan:         
- Tubuhkan badan penyiaran yang bebas dan adil.
- Hapuskan peraturan mengenakan pembaruan tahunan permit menerbit (KDN)
- Galakan penubuhan media penyiaran swasta.
- Tambahkan peruntukan masa untuk penyiaran berita dalam bahasa Mandarin.
         14. Memulihkan Kelayakan Rakyat  Terhadap         Pasukan Polis
Pada akhir-akhir ini, cara pengendalian pihak polis dalam         penyiksaan adalah amat membimbangkan dan hal ini mungkin menggugatkan          keyakinan orang awam terhadap pasukan polis.         
- Tubuhkan  satu suruhanjaya  penyiasatan             statutori yang bebas untuk menyiasat kes
 penyalahgunaan kuasa an kekerasan polis. Laporan siasatan suruhanjaya tersebut mesti
 diumumkan kepada orang awam manakala mereka yang didapati bersalah patut dihukum.
- Mempertingkatkan kualiti pasukan polis menerusi pelarasan gaji dan prosedur pengambilan polis baru yang lebih ketat dan sempurna supaya membentuk satu pasukan polis yang adil, berperikemanusiaan dan lebih bertanggungjawab.
         15.Memperbaiki Kebajikan
Setiap  manusia         berhak untuk  hidup dan mari secara bermaruah dan juga berhak menerima         perlindungan  sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematian atau         lain-lain kejadian di luar kawalan mereka:         
- Berikan perhatian khas kepada mereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua, kanak-kanak dan wanita.
- Sediakan kemudahan  rekreasi untuk belia             supaya memimpin mereka kepada satu cara  hidup
 yang sihat.
- Tambahkan peruntukan dana bagi sektor             kesihatan dan perubatan, terutamanya dalam hal
 pencegahan penyakit.
- Tingkatkan pengetahuan rakyat terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang asas.
         16. Hormat Hak Pekerja
Pekerja  berhak         mendapatkan syarat-syarat  kerja yang saksama dan lingkungan kerja yang         demokratik, berperikemanusiaan sera selamat, selaras dengan piawaian  buruh         antarabangsa:         
- Iktirafkan hak pekerja elektronik untuk mendirikan kesatuan pekerja
- Gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja              termasuk pekerja estet mendapat gaji yang
 munasabah.
         17. Menyara Orang Asli
Sahkan tanah rezab         Orang Asli agar mereka dapat mengawal  sumber dan tanah mereka sendiri dan         dapat memilih  cara hidup mereka sendiri.
                
Rayuan ini         dianjurkan oleh 11 pertubuhan  nasional cina Malaysia (Jiao Zong) Persekutuan         Persatuan-Persatuan Alumno Sekolah cina Malaysia
Nanyang Universiti Alumni Associations         of Malaysia
Taiwan Graduate alumni Associations of Malaysia
Dewan         Perhimpunan cina Selangor
Federation of Guangdong Associations of Malaysia
Federation         of Guangzi Associations of Malaysia
Federation of Fuzhou Associations of         Malaysia
Federation of Sanjiang Associations of Malaysia
Huazi Research         Centre
sumber: Utusan Melayu bertarikh 20 Disember, 2000
 
