Isu intra dan inter-party dalam BN adalah sangat menarik. 1Malaysia  sediakan platform untuk lembutkan permainan bangsa dan agama. Namun,  gagasan sebesar itu bukanlah senang untuk diterjemahkan dan dijiwai.  Samalah rumitnya untuk teruskan konsep Islam Hadhari tempuh hari.
Tidak  banyak kejayaan kecil-kecil di sebalik gagasan tersebut untuk dicanang  kepada rakyat. Oleh yang demikian, isu perjuangan dan  kepentingan bangsa/suku kaum akan terus bermain. Tidak ada celanya  permainan itu. Masalahnya adalah dari sudut taktikal, iaitu kesungguhan  pemimpin untuk menunjuk nilai adil, toleransi, tanpa dilihat lemah.
Kemampuan  membina BN yang sihat dan aman, mungkin terganggu dengan amalan  demokrasi dalam parti itu sendiri. Keghairahan mencari pengaruh, membina  rangkaian, dan melemahkan lawan dalam parti bukanlah ingredient untuk  mempertahankan keunggulan parti.  Demokrasi tidak terpimpin dalam parti  akhirnya meninggalkan sebuah organisasi yang luka dan berparut dengan  pemimpin-pemimpin yang terlalu waspada dan berdendam.
Kita  sangat-sangat berharap ada sekelompok pemimpin yang mampu merentasi  segala macam kepelbagaian supaya BN kekal aman selamat dan relevan.
rujukan lain
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Kesimpulan
