Showing posts with label kadir jasin. Show all posts
Showing posts with label kadir jasin. Show all posts

Friday, December 05, 2008

Ulasan TopBlog Malaysiakini: SATU ALIRAN a kadir jasin

Terpanggil untuk mengulas TopBlog Malaysiakini bertajuk Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran oleh A KADIR JASIN. Berikut adalah sedutan dari entri beliau:

  • SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.
  • Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda.

2. Ramai masih selesa hidup dalam negara berbilang bangsa ini. Ramai telah jadi kaya dan berjaya. Kalau tidak, sudah berjuta orang Malaysia lari dengan "bungkus" ke benua lain.

3. Yang kita sedia maklum ialah kehadiran berjuta rakyat asing dalam negeri kecil dan panjang ini, iaitu Tanah Melayu atau Malaysia bila dicampur dengan dua bumi dibawah bayu dan kenyalang. Malaysia adalah lubuk emas.

4. Lubuk emas ini, saya jangka sudah ada dari dulu lagi sebelum wujudnya Pasir Mas dan Telok Mas. Orang Melayu adalah jenis yang suka berbaik-baik.

5. Cara hidup berbangsa-bangsa ini bukan semestinya tidak baik. Tentu kita tidak mahu mempertikaikan kenapa Tuhan tetapkan manusia ini berkaum dan berpuak.

6. Pengasingan yang ketara antara kaum juga mengundang banyak gejala yang lain. Sangsi dan Buruk Sangka berluas-luasa. Pemain politik yang tidak sensitif terus celupar meniup api bangsa hingga menyala-nyala.

7. Tetapi ahli politik masih boleh bertegang leher dalam dewan, tetapi duduk minum semeja dengan ketawa berdekah-dekah. Tuan Hadi masih selesa untuk memeluk Lim Kit Siang walaupun bila perlu menjerit-jerit kewajaran intipati perjuangan PAS hingga air liur memercik serata lantai.

8. Namun rakyat biasa tetap dengan kehidupan mereka, bersekolah, bekerja dan hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

9. Akhir-akhir ini, Perdana Menteri membiarkan saja pemimpin-pemimpin bermain dengan perlbagai api. Api bangsa adalah jenis yang boleh menyala dan menyambar. Jika disisip dengan isu Agama, api boleh menyambar dan memakan lalu memusnah.

10. Sebarang usaha untuk membenarkan anak-anak pelbagai bangsa dapat hidup dan belajar bersama-sama adalah langkah baik.

11. Tetapi ahli politik sudah biasa dengan kecenderungan berbangsa. Lihat saja Teresa Kok, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi, dan juga yang dari UMNO.

Isu bangsa perlu ada untuk sebahagian ahli politik boleh terus hidup dan berdansa.




beritadarigunung

Sunday, August 10, 2008

Penarik Beca, Kerajaan dan diRaja.

Berita dari gunung said...

Datuk, rakan-rakan.

Beberapa institusi negara kita, sangat bertuah, mempunyai endorsement "diraja". Polis dan Kastam contohnya. Ada beberapa perkara dan isu menarik di sebalik kerajaan dan "diraja".

Kerajaan pimpinan Abdullah kini bergerak melalui satu fasa yang membimbangkan. Kerajaan dilihat tidak kuat.

Manakala "diraja" pula mempamirkan sesuatu yang memberangsangkan. Rakyat rasa lega bila ucapan dari Raja Nazrin dan Tuanku Jaafar baru-baru ini memberi nafas baru dalam kemelut politik dan isu-isu utama negara.

Beberapa keputusan dari Istana Johor, Istana Terengganu dan Perak berjaya membetulkan haluan demokrasi dan keselamatan negara.

Kita rakyat Malaysia wajar menghormati institusi diraja.

Terima kasih

6:25 AM


Baca tulisan Kadir Jasin: Blogger, Polis Dan Undang-Undang

Juga baca yang berikut:-

1.Prime Minister Abdullah Badawi may no longer groom Malaysia.

2. A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia - Che Det

3. The Malaysian Bar - Abdullah in the hot seat over Terengganu's ...

4.Younger Generation's Demands Of A Leadership Says Raja Nazrin

5. Rulers Not Merely Complementing National Customs, Says Raja Nazrin

6. Rulers have special roles Says Raja Nazrin

7. Tuanku Jaafar: Reminiscing royal

8. No awards on Sultan’s birthday






Thursday, June 19, 2008

Khabarnya Menteri Perdagangan Dalam Negara diejek

Hakikatnya, Ahli Parlimen kini menjadi tempat rakyat jelata meluahkan rasa dan melepas geram. Khabarnya Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna tak senang minum teh tarik di Bangsar kerana diejek orang ramai. Klik ke :Scribe Kadir Jasin