Showing posts with label pangkor. Show all posts
Showing posts with label pangkor. Show all posts

Friday, February 13, 2009

PANGKOR WITH MALAYSIAKINI: A lapse in timeline.


A momentary lapse,

out of our own carelessness for not grabbing moments as we walk on the timeline. Our memory get stuck only within our own physical presence. Pangkor is an old tape rewound. My memory stuck to the point when I was last there, decades ago. I was small then.

2. Now, people go to island for a holiday. Total fun time. I was there for a visit, accompanying the late grandma with another cousin, a year older. One of my cousins, married a pangkor boy. There we were, taking bas henti-henti, and a ferry. I search through internet for latest photos, and I gasp! How different now! I can still paint a mental picture, the way to his house. It was just within walking distance from the last jetty. In those days, ferries were also of henti-henti type, visiting the sungai pinang before finally a brief stop at the last point. Was that little malay settlement known as Kampong Masjid?. Oh, memory beat me again.

3. There was a straight road connecting Pangkor town to Pasir Bogak, and his house was just a short distance away from jetty on the way up to Pasir Bogak. The well, or perigi was communal then, where everyone went to the same place for a bath and the ladies for their morning laundry. Berkemban was permissible then and nobody seemed to complain. Their houses were very close to one another. Their accent generally was of kedah or penang. As we know fishermen were great sea fearers, so Penang, Kuala Kedah, Langkawi, Pangkor, Kuala Selangor and even Mersing were just like our present R&R along plus highway.



4. As they hop and stop, some of them drop and settle down. There we are, how people move out or migrate. My cousin has long left Pangkor and settle down in KL for a brighter future doing tradings, something they pick up out of necessity! They are very much better off now.

5. I shall continue with my bit on Pangkor as time goes on.




beritadarigunung

Tuesday, September 09, 2008

49 Terbang ke Taiwan tertinggal Murai Merah.

BERITADARIGUNUNG


Saya ingin mengulas tentang rundingan. Hidup ini penuh dengan rundingan. Adakala hasil rundingan adalah adil dan saksama. Tetapi yang sering berlaku ialah hasil rundingan yang berat sebelah. Seperti yang dijangka, yang kuat akan memaksa, dan yang licik sering bijak membelit (manipulate?).

1. Sejarah memaparkan beberapa rundingan penting. Rundingan di Baling adalah antara Kerajaan dan Parti Kominis Malaya. Tunku Abdul Rahman Putra alHaj duduk semeja dengan Chin Peng. Akhirnya mereka pulang ketempat masing-masing. Idealisma memisahkan mereka. Chin Peng yakin dengan perjuangannya. Inggeris ingin keluar dari Malaya dengan kenangan manis mengalahkan Kominis walaupun tewas dengan Jepun. Banyak permainan politik dicelah rundingan Baling. Pada suatu tempuh masa Chin Peng pernah berjasa, berjuang mengusir Inggeris.

2. Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, antara Andrew Clarke dan Raja Abdullah membuka pintu Kota Perak, kerana sengketa merebut takhta. Akhirnya ramai memberontak, Birch ditikam, dan pejuang Melayu digantung dan dibuang. Selepas itu, orang Melayu disisih dari hasil bumi sendiri! Ngah Ibrahim sudah ada kapal dan lombong bijih yang besar sebelum dibuang dari bumi Perak. Selepas itu Inggeris berselindung disebalik Orang China mengaut hasil bumi Perak. Sengketa tampuk Kuasa mengabui mata, dan murai merah di pohon jelutong masih melompat dan bercerita.

3. Minggu ini Taiwan menjadi destinasi 49 orang Ahli Parlimen. Ada yang beragama Islam dan ada juga yang bukan Islam. Ada yang menyuarakan pandangan "bukankah eluk Ahli Parlimen Islam tidak kemana-mana, sebaliknya perlu beribadat sahaja sempena Bulan Ramadan?". Mungkin pandangan itu betul, jika definasi beribadat terhad kepada mengira tasbih sahaja. Ibadat mengikut sesetengah Ustaz, jauh merangkumi seluruh perjuangan hidup. Usaha menjaga kesejahteraan negara, tentunya murni DAN WAJAR.

4. Kita dimaklumkan tentang beberapa siri rundingan inisiatif Anwar sebelum ini. Saiful Bukhari Azlan, pembancuh kopi mengesahkan pernah melihat pertemuan demi pertemuan samada di kondominium ibukota, atau diluar negara. Tidak perlu pertikai kesahihan kata-kata pembancuh kopi. Apalah kita untuk menimbang. Neraca milik kita bukan sentiasa tepat. Bila sering menilai dengan yang "nyata", kita akan terpedaya kerana muslihat menyorok dicelah kebenaran. Dalam sejarah dunia, bukan sekali dua manusia terpukau dan tertipu. Yang rakus dan gelojoh biasanya, adalah yang mahu takhta. Lalu ramai turut berjuang dengan mata terbuka tetapi hati terus buta.

5. Intervention Inggeris di Negeri Perak adalah sesuatu yang wajar diambil ikhtibar. Yang mati dan terbuang adalah pejuang Melayu. Sejak itu Orang Melayu berhenti dari mendominasi ekonomi negeri bertuah Perak. Apa mungkin Nizar belajar sejarah sekadar menghafal tarikh untuk lulus periksa? Apa mungkin Nizar tidak peduli sejarah asal rasa hebat memerintah?. Apa mungkin Nizar juga seperti sebahagian rakyat Bangi, Kampung Tunku dan Shah Alam, sesudah menerima tempias economic affirmative action pasca 13 mei, tanpa segan silu mempersetankan Kerajaan BN dengan UMNO tonggaknya. Seolah rezeki datang terus dari langit meleleh celah misai dan janggut.

6. Berkunjung ke Taiwan memberi ruang untuk kita membuka buku sejarah Orang Melayu. Apa yang berlaku waktu dulu, masih relevan sekarang. Kita boleh himpun burung kakak tua, murai merah dan belatuk kepala kuning untuk mendengar syair Melayu lama yang sedih. Tulisan tangan atas kertas usang syair lama, masih terang untuk dibaca. Merah tinta masih terang, seterang ikhtibar sejarah Melayu Perak, semerah darah pejuang Melayu Perak, dan juga semerah rakus dan gelojoh mereka yang mahu merebut tampuk Kuasa.

7. Dalam memerangi rasa ghairah, gelojoh dan rakus, sempena bulan Puasa, wajar kita berdoa, bukan sekadar untuk kesejahteraan manusia bernama Ali, Ahmad atau Abu, tetapi juga demi kesejahteraan Bangsa Melayu dan Umat Islam, juga untuk Negeri Tanah Melayu, supaya anak-anak Melayu tidak berjalan atas tanah melayu yang terbakar jadi abu.

8. Dan dalam dunia subversive dan manipulative, setengah watak adalah kelongsong semata-mata, dalamnya adalah jasad dan aspirasi pengkhianat merempat. Watak sebegini bukan hanya ada dalam filem, sebaliknya ada dalam lingkungan kita. Haruslah kita berwaspada.

  • Selamat Berpuasa dan Maaf jika terlanjur kata.

beritadarigunung

Bolehlah kita sama-sama rujuk bahan-bahan ini, sambil mengira, berkira dan beribadah. Kita bukan sentiasa betul.

1. Celoteh Murai 4...... Tinta Merah
2. SUARA HATI MENGENAI BN MUTAKHIR .....kudakepang ruhanie ahmad
10. HORMATILAH SUARA HATI MELAYU DAN ISLAM .... kudakepang ruhanie ahmad
3. Majlis Perpaduan Boleh Selamatkan Umno A Kadir Ja... ....scribe kadirjasin
4. Chun Wai: Blinkered racism analysis to demonise a Statesman? .... Big Dog
5. Pemimpin UMNO mengorak langkah untuk membetulkan keadaan
6. Rundingan Baling -
7. Perjanjian Pangkor -Perjanjian Pangkor II -
8. Pangkor Treaty (Perjanji) 1874, an important part of the Malaysian ...
9. Bukti Nizar hanya MB Boneka DAP