Showing posts with label sjer. Show all posts
Showing posts with label sjer. Show all posts

Sunday, September 14, 2008

Malay Contractors' Involvement In Iskandar Malaysia Negligible, Says Association

Malay Contractors' Involvement In Iskandar Malaysia Negligible, Says Association

JOHOR BAHARU, Sept 11 (Bernama) -- Though the 2,200km Iskandar Malaysia economic corridor was launched in 2006, the involvement of Johor Malay contractors in the development projects there is negligible.

Johor Malay Contractors' Association of Malaysia president Mahmood Amir says only a handful of the association members were involved in the development of the economic corridor as compared to the size of Iskandar Malaysia.

"Many outsiders, especially friends from other states, told me how fortunate we are (Johor Malay contractors) to have the Iskandar Malaysia project.

"I could only smile (after hearing their remarks) because what is really happening is that not many of us are involved in the Iskandar Malaysia project," he told Bernama.

Since Iskandar Malaysia, an economic corridor encompassing several districts in south Johor was launched two years ago, it has attracted RM33 billion in domestic and foreign investments.

Due to certain reasons, the Johor Malay contractors were not keen to bid for tenders for development projects in the economic corridor, Mahmood says.

Among the reasons they often lament about are not being able to understand the criteria and procedures for tenders called by the Iskandar Regional Development Authority and Iskandar Investment Berhad.

"They (local Malay contractors) don't understand the criteria and procedures required by the two agencies tasked with developing Iskandar Malaysia," he said.

Instead, Mahmood says, the Johor Malay contractors were more inclined to tender for Public Works Department projects as they were familiar with the procedures and conditions stipulated by the government agency.

Furthermore, most of the tenders called at Iskandar Malaysia involved Class "A" and "B" contractors, for projects costing millions of ringgit, whereas the majority of the 4,000 association members were Class "F" contractors.

Also, given the sluggish economic climate, he said, many of the Malay contractors in Johor were "dying" and could ill-afford to buy the tender documents to bid for development projects in Iskandar Malaysia.

"The documents cost up to RM500 for one project and they cannot afford it. Moreover, there is no guarantee they will be awarded the project," he said.

Under these circumstances, Mahmood says it was difficult to meet the target set by Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman that at least 60 per cent of the infrastructure work be given to Bumiputera contractors.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said recently the Iskandar Malaysia project had not had any direct impact on local residents so far.

"This has caused Iskandar Malaysia not to be well-received by local residents and the business fraternity," added the Johor Baharu member of parliament.

-- BERNAMA



beritadarigunung:
I hope, Shahrir's comments will not be seen as being naughty in the light of coming UMNO election. Questioning the very essence of Iskandar Malaysia is like pointing fingers onto Abdullah because Iskandar or SJER is all his ideas. Extrapolating Zaid's words, Shahrir should resign or be sacked by Abdullah.

Monday, August 04, 2008

Shahrir: Kerap sangat tenguk bontot orang, kita lupa bontot sendiri.


Beritadarigunung:

Bukan hajat saya untuk berkasar bahasa atau celupar. Bontot adalah sebahagian dari anggota tubuh, dan tidak ada apa yang cela tentangnya. Bila mahu duduk, kita letak bontot atas kerusi.

Shahrir adalah wakil penduduk Johor Baru sama ada dengan simbol Neraca atau simbol "kunci atau kepala lembu". Dalam keghairahan berpolitik kadang-kadang untuk dapatkan status nasional kita kerap tenguk bontot orang, tempat orang atau domain orang, sehingga kita terlupa hal sendiri, penduduk sendiri dan kebajikan penduduk yang kita wakili.

Saya suka menyebut SJER sahaja kerana tidak rela nama Raja dikaitkan dengan Koridor yang kabur. Koridor ekonomi tajaan kerajaan sekarang tidak dimaklumkan secara khusus dan nyata kepada rakyat. Ia berlaku sebegitu saja, macam di air lalu, dengan sedikit punctuation dari Perdana Menteri yang berkata "ini idea saya". Ramai sangsi dengan SJER dari sudut kedaulatan negara. Ramai juga sangsi tentang faedah SJER kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor. Dato Ruhanie Ahmad dalam kudakepang tidak serik-serik berjuang melahirkan kebimbangan mengenai SJER.

Agak lewat untuk Shahrir menyedari malapetaka disebalik SJER, tetapi bila ditimbulkan waktu ini, ada yang ingin bertanya samada Shahrir jujur dengan tulus ikhlas atau Shahrir terjumpa isu menarik menjelang pemilihan UMNO. Shahrir hanya perlu duduk atas bontot sendiri dikerusi dan tenguk sekeliling dan bertanya diri sendiri. Shahrir juga ada Musa Hitam (Gabenor SJER) (click) untuk bertanya. Tetapi malang sekali Musa Hitam kadangkala bersikap "detached" seperti mana lewanya sikap beliau tentang ribut di Memali (click). Jadi Shahrir perlu tanya Perdana Menteri, kerana SJER adalah idea beliau sendiri (click) , seperti yang rakyat Malaysia tonton dalam TV.

Shahrir, buatlah apa yang patut...

foto: kutipan dari http://umnojb.com.my/pilihanraya/


Shahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan


JOHOR BAHRU 3 Ogos – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa terkilan terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk bandar raya ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menegaskan, Iskandar Malaysia sehingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.

“Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.

"Dan kalau berjaya pula, ia bukan milik kita,” katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminal Awam Larkin di sini malam tadi.

Shahrir berjanji akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) bagi memperjuangkan nasib penduduk Johor Bahru dan memastikan program pembangunan yang dirancang diterima baik oleh rakyat serta mencapai matlamatnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meluahkan kekecewaan kerana pembangunan di Iskandar Malaysia masih tidak menampakkan faedah kepada golongan peniaga kecil.

Tegasnya, projek pembangunan itu bukan hanya melibatkan pelaburan asing. “Apa yang penting kita perlu ada sokongan daripada penyertaan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kalangan peniaga di Johor Bahru hari ini mendapati rata-rata mereka bersetuju dengan kenyataan Shahrir itu dan menyuarakan kebimbangan projek mega Iskandar Malaysia terlalu mengutamakan pelabur asing sehingga mengetepikan usahawan tempatan.

Menurut seorang usahawan dalam bidang peruncitan, Abu Talib Alias, 45, kerajaan perlu menetapkan dasar yang membolehkan para peniaga tempatan menyertai pembangunan di wilayah itu.

“Kita boleh nampak sekarang ini bagaimana kompleks beli-belah tumbuh bagai cendawan di Johor Bahru. Kami bimbang syarikat-syarikat besar itu akhirnya akan menelan peniaga-peniaga kecil terutama orang Melayu,” katanya.

Abu Talib berkata, pelan induk Iskandar Malaysia juga perlu diperincikan sepenuhnya bagi melindungi perniagaan usahawan tempatan dan menggalakkan kerjasama dengan pelabur asing.

Seorang lagi peniaga, Awalluden Ahmad, 38, berkata, projek Iskandar Malaysia terlalu tertumpu kepada pelaburan asing dan keadaan tersebut boleh mengakibatkan penduduk bandar raya ini, khususnya para peniaga, berasa tersisih.

“Bagi saya, cukuplah kita kehilangan Batu Putih, takkanlah kita mahu perniagaan anak-anak tempatan pula hilang,” katanya.

Bagi seorang lagi peniaga, Johar Ariffin, 52, dengan ekonomi negara yang terjejas akibat kenaikan harga petrol dan diesel, projek pembangunan tersebut sewajarnya menjadi penyelamat dalam memberi peluang kepada para peniaga tempatan.

“Amat menyedihkan, kita belum nampak lagi manfaatnya Iskandar Malaysia kepada para peniaga tempatan. Saya amat berharap penjelasan dapat dibuat segera mengenai hala tuju pembangunan ini,” katanya.

Projek Iskandar Malaysia, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi diubah namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lalu.

Sehingga kini, jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia mencecah RM33 bilion iaitu kira-kira 70 peratus daripada sasaran RM47 bilion yang ditetapkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pelaburan-pelaburan asing itu melibatkan syarikat dari Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Lebanon dalam bidang kewangan, hartanah, pelancongan serta rekreasi.Baca sini
Shahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan
utusan malaysia

Sekarang Shahrir tidak perlu lagi sibuk tentang bontot orang atau domain orang seperti di bawah ini:-



KUALA LUMPUR 3 Ogos – Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah pun dibaik pulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi....