Showing posts with label stopa ali. Show all posts
Showing posts with label stopa ali. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

4. Khas untuk Stopa Ali


Mustafa Ali:  isteri mula risau




STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia.

Pasangan ini berkunjung ke Utusan Malaysia, Kuala Lumpur bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Asas 1
Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2
Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.
"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.

"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3
Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.
"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas 4
Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5
Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6
Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz2QoWxK3ws
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Friday, April 19, 2013

3. Ngeri untuk Stopa Ali dan Hadi


Mustafa Ali
Beliau berpengalaman luas dalam dalam politik negara bermula menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1974 sehingga tahun 1978 dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Turut berpengalaman menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.



Gambar adalah untuk peringatan kepada semua bukan hanya Stopa Ali. Stopa tidak penting lagi di muka bumi kerana beliau telah dilindungi oleh Hadi. Orang kampung kata, subahat pun sama juga, buta dan jahat!

Perlaksanaan Hukum.

hukuman rejam sampai mati


Perlaksanan Hukum




hukuman pancung




Stopa Ali: 
Perjuangan Belum Selesai

2. Tazkirah untuk MUSTAFA ALI

Mustafa Ali
PERBEZAAN HUKUM HUDUD, QISAS DAN TA'ZIR | Assalamualaikum dan salam sejahtera... di sini aku nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan perbezaan hukum hudud, ta'zir dan qisas.. diharap perkongsian berkaitan hukum Allah ini dapat dimenafaatkan bersama2 dan menjadi bahan rujukan untuk ummat islam di seluruh dunia.. 


Tangan kena Potong


HUDUD
• Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman tersebut.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim.
• Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia.
• Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut syarak.
• Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.


QISAS
• Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris mangsa sahaja.
• Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa dan waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh.
• Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap penjenayah.
• Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur, waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak. 
• Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.


TA’ZIR
• Hukuman ta’zir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.• Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh member keringanan terhadap penjenayah.• Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi.• Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur.• Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman qisas dan hudud-SUMBER


Read more: http://wancikgumuzik.blogspot.com/2013/01/perbezaan-hukum-hudud-qisas-dan-tazir.html#ixzz2QZNLUb9a

1. soalan kepada Ustaz Hadi Awang mengenai Mustafa Ali.


Ustaz Hadi Awang
“ustaz, setahu saya didalam undang² islam tidak hanya terdiri daripada hudud semata²..dalam islam ada hudud/diyat/ta’zir betul tak?


apa pandangan ustaz tentang hukuman kesalahan mukazimah zina? eg: berkhalwat/cumbuan/berpelukan?

bukankah mereka boleh dikenakan hukuman ta’zir?

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”
Apa pandangan ustaz?“


di ambil dari blog ini:  

Tilik Pikir: Soal Jawab : Tuduhan Zina Mengikut Hukum Ta'zir

tilikpikir.blogspot.com/.../soal-jawab-tuduh.

Nasihat Dr Juanda Jaya untuk Mustafa Ali

Cinta itu milik semua.



Cinta bukan hanya milik orang muda! Bukan juga untuk orang yang belum berumahtangga. Sebenarnya cinta manis dan seronok dinikmati adalah cinta bagi pasangan suami isteri. Cinta tiada batasannya. Saling memiliki tanpa syarat, selagi ia tertakluk pada peradaban manusia dan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan agama. Namun ramai pasangan hari ini lupa untuk memupuk dan membaja cinta mereka.

Dr Juanda Jaya

Salah satu kunci keharmonian dalam rumah tangga adalah komunikasi yang intensif dan sihat. Tetapi ia makin jarang dilakukan oleh suami isteri. Kesibukan bekerja atau kesibukan menguruskan rumah tangga dijadikan alasan untuk menunda komunikasi. Malahan ada pasangan yang hanya sempat bertemu muka ketika menjelang waktu tidur.
Ketika ini masing-masing sudah keletihan. Jadi kesempatan untuk saling meluahkan rasa hati dan kerinduan terpendam begitu sahaja. Komunikasi hambar ini menjarakkan kemesraan dan jika berlarutan mengundang ketegangan dan perselisihan dalam rumah tangga.
Dalam buku ini, Dr. Juanda menyingkap kisah-kisah cinta dalam pelbagai tema, iaitu cinta suami, cinta isteri, cinta anak, cinta sahabat, cinta mertua, cinta harta, cinta jiran untuk tatapan pembaca.
Semoga anda mendapat manfaat dalam mengharungi kehidupan ini.

Judul Buku : Suami Mithali Isteri Sejati
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Pengarang : Dr. Juanda Jaya
ISBN : 978-983-3669-43-1
Muka Surat : 320 halaman
Kategori : Perhubungan & Cinta
Harga : RM 16.50
Berat : 440 g

bukupopular.com

Wednesday, April 17, 2013

nasihat seorang gadis untuk Mustafa Ali




Setiap kali kita buat maksiat dan dosa, kita bersembunyi dari manusia. Kita risau dosa dilihat manusia. Kita segan jika dilihat manusia. Tetapi adakah kita tidak malu pada Pencipta kita, ALLAH SWT yang sentiasa mengawasi & Maha Mengetahui tentang hambaNya?

Sebab tu fenomena seperti :

1- Bergayut dalam selimut dengan pakwe/makwe.
2- Dating di tempat yang susah dikesan.
3- Letak nama lain bila SMS dengan lelaki/perempuan yang kita intim berhubung.

Ini untuk orang couple. Dan macam-macam lagi contoh yang boleh dibawa.




Kalau takut pada manusia, kenapa tidak takut kenapa ALLAH?

Rasa ALLAH tak nampak?

Walaupun kita tidak melihat ALLAH, tetapi ingatlah Dia melihat kita. Setiap tingkah perbuatan kita dilihat dan dihitung Dia.

Jangan rasa seronok bercinta dengan manusia dan dapat berselindung dengan orang lain. Percayalah, aib itu jika mahu dibuka ALLAH, sekejap cuma terbuka dan terdedah. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti, itu pasti.







Saya juga agak bosan dengan gejala cinta Islamik yang dibawa oleh ramai orang sekarang. Bertaqdim. Bertunang. Apa saja istilah yang digunakan, semua itu sama sekali tidak menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Cuma ikatan perkahwinan saja yang menghalalkannya.

Percaayalah, semakin rosak dunia ini dengan orang-orang alim yang mengaku sebagai DAI'E, tetapi dalam diam, mereka berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Alasannya? Couple Islamik.

Benarlah manusia itu tidak pernah lepas dari dosa. Begitu juga saya, pendosa yang mengaku DAI'E. Tetapi berusahalah untuk mengelak dari dosa-dosa tersebut.


Sedaya upada mungkin berusaha untuk menjauhi serta mujahadah dengan kuat.

Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau tengok gambar dia dalam FB.  

Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau fikir modal nak sms dia. 

Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau spend masa fikir angan-angan dengan dia. 


Kau kata kau mujahadah, bila sedikit tergugat, kau terus tergoda dan cair.

Kau kata kau mujahadah, berapa banyak kali kau tadah doa dari ALLAH?

Kau jangan cakap soal mujahadah kalau kau tak buat apa pun melainkan sekadar berkata 'mahu mujahadah'.

Berhentilah bermesej yang sia-sia & berhubung tanpa asbab dengan ajnabi.

Mungkin ia perkara yang kecil, sekadar berSMS, tapi percayalah setiap benda besar bermula dengan perkara kecil.

Tidak berlaku zina melainkan permulaannya cuma SMS lelaki dan wanita yang biasa-biasa.
Tidak berlaku zina melainkan perasaan 'takpa' antara lelaki dan wanita dalam berhubung. 

Aku takut aku diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi ia tidak menghalan aku untuk menyampaikan hikmah yang benar.

Kerana saban hari aku melihat sahabat-sahabat aku yang bergelar DAI'E begitu asyik bercinta dengan cara islamiknya. Aku juga takut dengan ujian itu menimpa diriku.

Aku cuma mampu berserah pada ALLAH agar melindungi aku dari sekecil-kecil zina hingga ke sebesar-besar zina.



Kata-kata ini bakal mengguris ramai orang, aku tahu.
Dan bakal dihelahkan dengan pelbagai hujah. Aku juga tahu.

Tapi tanggungjawab aku adalah menyampaikan. tanda tidak senang aku dengan fenomena ini.

Kadang-kadang aku takut, gersangnya dakwah hari ini, kerana para DAI'E yang tidak menjaga dosa-dosa kecil.

Gersangnya dakwah ini kerana para DAI'E yang syok sendiri dalam dunia 'islamik' ciptaannya.


palah bezanya kita dengan mereka yang bercouple?




Kita couple ala-ala islamic, ikut syariat. Tetapi mereka? Couple sekular, ikut nafsu.

Bezanya cuma mereka jaharkan percintaan mereka, kita pula senang hati melakukannya dalam keadaan tertutup dan bersembunyi. Seolah-olah 'halal' perbuatan tersebut, kita kan DAI'E!

Mereka berdua-duaan di alam nyata, kau pula berdua-duaan di alam cyber dan teknologi. 

Apa bezanya kau dengan mereka? ~MuHaSaBaH BeRSaMa~

catatan: artikel diambil dari 

WEHDATUL FIKRAH: DAI'E : JauHi DaRi ZiNa HaTi iSLaMiK...     

atikahhumairah.blogspot.com



Sumber Artikel : http://husnabaek.blogspot.com/2012/06/musleh-muslehah-jauhkan-diri-dari-zina.html

Monday, April 15, 2013

Polis panggil STOPA ALI untuk Kawad Cam.





Difahamkan PAS ada jentera menguruskan negara cara mereka sendiri siap dengan pasukan POLIS PAS. Esuk POLIS PAS akan buat kawad cam untuk selesaikan isu Stopa Ali. Difahamkan berjuta hp telah akses kepada video klip STOPA ALI..... Perempuan dalam video berkenaan juga telah dikenalpasti dan bersedia untuk memberi kerjasama. .... Naib Presiden PAS Mahfuz  dalam temuramah semalam dengan nada tegas memaklumkan dalam Bahasa Inggeris "we will get to the bottom of this and trust me, no stone will be left unturned" ........   (konon cerita)









disertakan beberapa foto untuk memudahkan pengecaman dalam maya.



















Keputusan ditangan anda.