Tuesday, August 29, 2006

Mendepani Rasuah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedih kerana berdasarkan kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ke atas 158 negara, negara Islam yang terbaik hanya menduduki tangga ke-29.
Berucap merasmikan Forum Pertama Mengenai Antirasuah anjuran Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini, Perdana Menteri berkata, jika purata mata keseluruhan diambil kira, negara Islam hanya memperoleh 3.06 daripada 10 mata, meletakkan negara-negara Islam di tempat ke-89.


Bila menyebut tentang gejala rahsuah dalam sesebuah negara, eluklah terlebih dahulu kita berundur sedikit jauh dari isu ini. Dalam keadaan sebegitu, skop pandangan menjadi lebih luas bersulamkan perspektif yang sesuai. Letakkan negara Malaysia dalam konteks Total Quality Management terlebih dahulu.

Jika SWOT analysis yang dijalankan oleh TUN suatu ketika dulu, menbedah segala-galanya, melihat persekitaran yang bersifat tempatan mahupun global, dan merencanakan tindakan strategik bagi kesejahteraan negara. Rasuah atau mengurangkan rasuah bukanlah objektif utama untuk dicapai. Gejala ini berpunca dari kurang penghayatan, kurang penerapan nilai-nilai murni dan juga kawalan-kawalan yang longgar.

Jika isu rasuah menjadi sesuatu yang bersifat matlamat strategik utama negara, akan kelihatan negara seperti bahtera di lautan yang tampak sibuk dengan aktiviti sampingan seperti mengecat dek supaya cantik. Nakhodanya pula berdiri ditepi tiang layar utama memantau kerja-kerja itu. Tiada siapa pun ambil peduli mengenai destinasi yang ingin dituju. Tiada siapa pun sedar tentang ribut mendatang. Tiada siapa pun sedar tentang tukun di depan menanti dirempuh!!!....