Tuesday, August 24, 2021

RAHMAN DAHLAN: baik dan huduh

Dua penggal jadi MP di Sabah. PRU14 dia tumbang ....  Penggal terakhir sebelum kecundang, dia bawak pelbagai wajah. Wajah baik dan wajah huduh. Baik sebab pertahan ketua nama Najib dalam skandal 1MDB. Huduh sebab dilihat berusaha tegak benang basah.

Skandal tarik sokongan Muhyiddin 2021 ada audio suara macam Rahman. lebih kurang katanya...... ini masa sesuai belasah Muhyiddin, kalau lewat nanti, dgn vaksinasi meningkat dan herd immunity tercapai.., Muhyiddin dapat kredit...., kita rugi. 

Tindakan boleh dilihat dari pelbagai sudut.  Rahman dianggap hulubalang Najib. Orang lain lihat Rahman tanggal kewarasan dan serlahkan sikap opportunistic.

Orang Sabah masih sayang Rahman?