Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

BN Penang Berjaya Bangkit Semula Di Tempat Jatuh


Kehadiran bintang ternama Korea Selatan, Psy ketika sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) yang dihadiri hampir 100 ribu orang baru-baru ini amat mengusarkan pakatan pembangkang yang diketui oleh DAP-PKR-Pas. Lebih memeranjatkan laungan bergema 1Malaysia yang disambut oleh para hadirin yang hadir dilihat sebagai satu petanda keruntuhan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Tambah mengusarkan kerajaan pakatan ialah, bilamana pihak pengurusan Kolej Han Chiang, George Town memberikan kebenaran kepada BN negeri untuk bagi mengunakan padang kolej tersebut sebagai tapak upacara sambutan.
Ini kerana ketika pilihanraya yang lepas, padang yang sama juga adalah merupakan tempat penyokong dan pimpinan pakatan rakyat meraikan kejatuhan kerajaan BN di Penang. Dan kejayaan menghimpunkan hampir 100 ribu orang di tempat yang sama adalah merupakan petanda kejayaan BN untuk bangkit semula di dalam pilihanraya umum akan datang.
Kerajaan DAP juga sebelum ini dilaporkan pernah mencuba untuk membawa Psy ke Penang sebagai satu menarik sokongan rakyat khususnya dari kaum Cina namun telah ditolak oleh penyanyi berstatus antarabangsa itu. Dan lebih membanggakan penyanyi Korea Selatan tersebut turut mengunakan perkataan 1Malaysia di dalam tweetnya sebagai tanda menyokong usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Semua ini sudah cukup membuatkan pimpinan pakatan khususnya DAP untuk merasa gusar dan goyang dalam menghadapi BN ketika PRU13. Ini kerana ia secara tidak langsung membuktikan sentimen rakyat ketika PRU12 jelas tidak lagi dapat digunapakai oleh mereka.
Mereka sebelum ini begitu takbur dan yakin untuk terus berkuasa di Pulau Pinang serta akan mampu menawan Putrajaya, namun jika dilihat dari sokongan rakyat dan tindakan yang dilakukan jelas membuktikan ia hanyalah kenyataan politik semata-mata. Sebagai contoh, mereka sebelum ini telah mengarahkan agar poster dan ‘banner’ yang memaparkan gambar Datuk Seri Najib mengunakan pakaian tradisi masyarakat Cina agar diturunkan serta merta.
Sekiranya kerajaan DAP yakin dengan sokongan rakyat, mengapa perlu takut dengan gambar Perdana Menteri yang hanya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina?
Seterusnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah meminta agar penyokong pakatan yang ingin hadir ke sambutan BN itu untuk mengunakan t-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada kerajaan pakatan.
Namun ternyata saranan tersebut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Kerana rakyat sedar, saranan yang tersebut hanya bertujuan untuk memalukan Perdana Menteri yang turut hadir di dalam majlis tersebut.
Ini kerana kegagalan BN Pulau Pinang untuk membentuk kerajaan negeri serta kehilangan mandat 2/3 bagi kerusi Parlimen di dalam pilihanraya yang lepas, sudah cukup membuatkan rakyat sedar dalam menilai antara kaca dan permata. Rakyat juga sedar kerjasama yang terjalin di antara DAP-PKR-Pas dilihat merupakan kerjasama yang rapuh dan penuh dengan sandiwara.
Antara mereka juga (pakatan) tidak wujud sebarang ikatan yang benar-benar ikhlas dalam membela nasih rakyat. Pimpinan parti pula dilihat sering bertelagah dan tidak pernah konsisten seperti yang pernah di janjikan ketika kempen dan manifesto yang lalu.
Semua ini telah membuatkan rakyat sedar, bahawa pimpinan pakatan bukanlah pilihan yang terbaik buat rakyat. Di kalangan mereka pula hanya wujud gerakan politik semata-mata dan ia digerakkan hampir sepanjang masa tanpa mengira perancangan dan tindakan untuk membantu rakyat dan pengundi.

Friday, September 05, 2008

Foto MP paling popular Pulau Pinang, yang teratas dan yang ke tujuh.

BERITADARIGUNUNG


Yang paling popular di Pulau Pinang: No 1

Chong Eng
bersungguh.


Yang ke tujuh paling popular di Pulau Pinang: No 7

Abdullah
kusyuk dalam perhimpunan

Abdullah
dengan stail


Sila rujuk posting berikut untuk memahami maksud populariti.

1. Ahli Parlimen paling popular di Pulau Pinang.
2. The most popular Member of Parliament in Penang. (sama dgn 1)

beritadarigunung

The most popular Member of Parliament in Penang.

BERITADARIGUNUNG

1. Data berikut adalah dari PRU12 april 2008 dan tidak mengambil kira keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos 2008 yang lalu. Calon paling popular bermaksud yang menerima peratus undi tertinggi dari pengundi kawasan parlimen berkenaan. Kedudukan Ahli Parlimen disusun dari yang paling popular ke yang paling tidak popular.

2. Kaedah susunan populariti ini tidak mengambilkira komposisi kaum pengundi tempat berkenaan. Dalam suasana kemerdekaan, wajar untuk ketepikan buat sementara waktu warna kulit, bangsa, dan agama. Penonjolan secara keterlaluan mengenai bangsa dikhuatiri mengheret penulis ke kancah "pohon maaf", maka oleh itu bangsa harus diketepikan.

3. Walaupun begitu, pembaca wajar membuat penelitian terhadap latarbelakang kawasan berkenaan dari segi bandar/luar bandar, socioeconomy, etc. Hanya dengan kefahaman demikian, analisa lebih mendalam boleh dicapai untuk memahami trend pengundi era sekarang.

4. Umur pengundi juga adalah penting sebab ia menggambarkan pengalaman yang mereka lalui, tahap ilmu tatarakyat, senario pendidikan yang ditempuhi. Yang lahir pada tahun merdeka 1957 kini berusia 51 tahun, yang lahir waktu Malaysia ditubuhkan kini berusia 45 tahun dan yang lahir selepas Anwar ditumbuk hingga lebam kini baru berusia 11 tahun.

5. Ahli parlimen dari Bukit Mertajam adalah yang paling popular dengan memperolehi 75.97% undi, Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas yang ke tujuh (7) dengan 65.78%, manakala yang paling tidak popular adalah dari Balik Pulau cuma dengan 51.15% undi.



beritadarigunung

Saturday, March 15, 2008

Kalah pun kira menang?

Sesekali menjengah ruang lampau, hati berdetak. Dulu, kita boleh main apa-apa saja. Asalkan kita boleh berlonggok, bercakap dan bersuka. Tidak perlu padang betul-betul untuk belajar mengelecek dan meluru kepintu gol. Hati rasa puas dan lega, dengan badan berpeluh, baju seluar jadi kotor, walah kalah. Kita pulang untuk mandi, walau bonda membebel tengukkan baju seluar kotor.

Kita main untuk suka.

Yang main masak-masak pun bukan main suka. Habis pinggan mangkuk tercemar dengan ungu buah keduduk. Ada pinggan yang pecah dan tidak dilapurkan. Kita main dan berinteraksi. Kalau bergaduh, hanya sekejap saja.

Hari ini adalah REALITI. Hari ini bukan main bola atau main masak-masak. Lima negeri jatuh ketangan pembangkang. Perdana Menteri yang telah mengangkat sumpah baru ini pulak datang dari sebuah negeri yang telah TEWAS, KECUNDANG dan RANAP.

Dalam keadaan itu sekalipun, Barisan Nasional dan Pemimpin UMNO masih rasa wajar dan tepat, Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri. Dengan Penang yang tewas dan ranap, apakah credential Abdullah untuk terus memimpin negara?

Atau itu semua tidak penting?. Atau Rakyat yang berpindah undi juga salah?

Masa kecil dulu, kita tahu, kalau kalah maknanya KALAH. (Orang macam Nazri dan Khairy tidak tahu konsep ini, sebab mereka bukan kampung boys. )

~ Beritadarigunung