BERITADARIGUNUNG
1. Data berikut adalah dari PRU12 april 2008 dan tidak mengambil kira keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos 2008 yang lalu. Calon paling popular bermaksud yang menerima peratus undi tertinggi dari pengundi kawasan parlimen berkenaan. Kedudukan Ahli Parlimen disusun dari yang paling popular ke yang paling tidak popular.
2. Kaedah susunan populariti ini tidak mengambilkira komposisi kaum pengundi tempat berkenaan. Dalam suasana kemerdekaan, wajar untuk ketepikan buat sementara waktu warna kulit, bangsa, dan agama. Penonjolan secara keterlaluan mengenai bangsa dikhuatiri mengheret penulis ke kancah "pohon maaf", maka oleh itu bangsa harus diketepikan.
3. Walaupun begitu, pembaca wajar membuat penelitian terhadap latarbelakang kawasan berkenaan dari segi bandar/luar bandar, socioeconomy, etc. Hanya dengan kefahaman demikian, analisa lebih mendalam boleh dicapai untuk memahami trend pengundi era sekarang.
4. Umur pengundi juga adalah penting sebab ia menggambarkan pengalaman yang mereka lalui, tahap ilmu tatarakyat, senario pendidikan yang ditempuhi. Yang lahir pada tahun merdeka 1957 kini berusia 51 tahun, yang lahir waktu Malaysia ditubuhkan kini berusia 45 tahun dan yang lahir selepas Anwar ditumbuk hingga lebam kini baru berusia 11 tahun.
5. Ahli parlimen dari Bukit Mertajam adalah yang paling popular dengan memperolehi 75.97% undi, Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas yang ke tujuh (7) dengan 65.78%, manakala yang paling tidak popular adalah dari Balik Pulau cuma dengan 51.15% undi.
beritadarigunung