Friday, September 26, 2008

Pengerusi, pengarah bukan eksekutif KTMB letak jawatan

KUALA LUMPUR: Pengerusi KTM Bhd, Tan Sri Lim Ah Lek dan beberapa pengarah bukan eksekutif bebas sudah meletakkan jawatan pada mesyuarat semalam, kata sumber yang boleh dipercayai.

Mereka dikatakan meletak jawatan sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan membatalkan keputusan awal melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd, Datuk Idrose Mohamed sebagai Pengarah Urusan yang baru.

Laporan sebelum ini menyebut mereka mengancam melepaskan jawatan itu berikutan keputusan kerajaan melantik bekas Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Fret KTMB, Abdul Radzak Abdul Malek mengisi jawatan itu mulai 2 September lalu, menggantikan Datuk Mohd Salleh Abdullah

Lembaga KTMB dikatakan tidak menyetujui keputusan Kementerian Kewangan membatalkan keputusan awal untuk melantik Idrose bagi jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jumlah pegawai lain yang menyertai Lim, yang juga bekas menteri sumber manusia, menyerahkan surat peletakan jawatan.

Pengarah bukan eksekutif Lembaga KTMB terdiri daripada Datuk Othman Abd Razak, Datuk Mani Usilappan, Puan Sri Aida Boey Abdullah, Datuk Wong Mook Leong dan Dr Kader Sultan Md Ismail.

source: but why?