Saturday, September 20, 2008

## Abdullah dijangka berundur seberapa segera dengan terhormat

Berita dari gunung said...

Keadaan makin sukar untuk Abdullah. Awal dulu, Anwar memilih Najib, Gani, Musa dan Tun Mahathir sebagai sasaran.

Sekarang Anwar ajak Abdullah bermain poker dalam Parlimen.

Kritikan bertalu, kemasukan semula Tun, kritikan berani Muhyiddin, BN yang makin longgar dan tidak mesra, kemelut UMNO, dan yang penting sekali ialah ANCAMAN EKONOMI. Tsunami ekonomi bergerak laju dengan epicentre di America, mampu melemahkan benteng pertahanan.

Tekanan disebalik bermain poker dengan Anwar bukan calang-calang. Sekarang kelihatan ada tanda-tanda Anwar akan dapat semula cuti panjang yang diperolehi waktu era Mahathir. Ada rumah rehat di Kamunting atau Sungai Buluh. Anwar perlu berehat. It has been a long battle.......

Dato, memang ada tanda yang jelas bahawa Abdullah akan meninggalkan tampuk kuasa. Kuasa telah disalahertikan, bukan glamor, bukan ruang rehat, bukan ruang menjana kuasa dan wang. Kuasa menuntut komitmen.

Perdana Menteri hanya bagi mereka yang gagah dan berjiwa besar sahaja. Takhta Perdana Menteri juga ada daulat. Calang-calang manusia akan merana.

Merujuk kepada posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam ABDULLAH DIJANGKA BERSARA SECARA SUKARELA DAN TERHORMAT DALAM TEMPOH TERDEKAT INI?.

Ruhanie Ahmad