oleh BERITADARIGUNUNG
Sejak pengumuman Abdullah akan berundur pada 2010, inilah keputusan yang cenderung ke arah itu. Malangnya pertukaran portfolio itu dibuat dengan latarbelakang kritikan bertalu-talu. Publisiti kemasukan semula Tun Dr Mahathir dalam UMNO dan cadangan berani Muhyiddin menggesa peralihan kuasa dipercepatkan, dijangka memaksa perubahan drastik ini.
2. Ramai pemimpin telah menyatakan pandangan mereka, namun hanya dua sahaja dengan tegas mengasak Muhyiddin. Pertama Zaid Ibrahim dan kedua Mohamad Hasan. Zaid telah mengambil jalan selamat dengan meletak jawatan, apatah lagi beliau telah kehilangan tapak politik di Kota Baru.
3. Terdapat pemimpin kecil cuba menyampuk. yang ketara ialah Idris Haron dari Tangga Batu Melaka. Saya yakin beliau sedar kecenderungan Ali Rustam terhadap kritikan berani Muhyiddin. Ramai tahu betapa nasib pemimpin kecil berada dalam tangan Pengerusi Perhubungan Negeri. Idris telah memijak bara api. Mohd Khaled juga turut membidas Muhyiddin, walaupun mereka dari negeri yang sama. Sekadar peringatan buat Mohd Khaled, Muhyiddin pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor, sedang hajat Khaled dan Abdullah masih tidak menerima perkenan Sultan. Saya sebut ini semua untuk meletakkan ahli politik pada tahap credential masing-masing.
4. Agak janggal bila ahli kabinet Abdullah bercakaran. Terlalu sukar untuk terus menerima pandangan Shahrir dan Nazri suatu masa dulu, bahawa kini dalam kabinet mereka bebas bersuara. Walaupun ramai sedar, kata-kata itu dituju khas kepada Tun Dr Mahathir, namun ramai juga tahu, keberkesanan kepimpinan bukan ada hubungkait dengan berapa besar mulut yang bercakap, tetapi bergantung kepada berapa besar minda, ketajaman fikiran dan analisis serta berapa besar pemikiran strategik yang dapat digembeling. You cant quarrel and stay united. Singapore being idolised by some leaders never allow that. It is all about synergy!
5. Rakyat sedar betapa sejak awal lagi, Kerajaan pimpinan Abdullah kelihatan kurang synergy. Terlalu ramai pemimpin dan menteri membuat kenyataan. Hinggakan ada yang rasa perlu menegur dengan "Itu kenyataan peribadi beliau, Kabinet belum bincang". Pasukan tidak bergerak sebegini. Pasukan bolasepak pun tidak mampu menang jika pemain buat hal sendiri. Jawatan Kapten Bolasepak bukan sekadar glamour, malah ia menuntut komitmen dan kepimpinan. That's how it goes. Thats more of a reason, for a team requiring a leader. And thats what missing in Leadership. It is both bad and sad.
6. Dengan senario di atas, selepas perbincangan 4 mata anatara Abdullah dan Najib, lebih dari 4 jam, Malaysia dikejutkan dengan pengumuman pertukaran portfolio antara PM dan TPM. Dari sudut positif kita akan terima dengan lapang dada kerana inilah satu-satunya petanda jelas bahawa Abdullah serius dengan peralihan kuasa. Sedihnya, Abdullah buat begitu secara reactive, selepas diasak. Oleh yang demikian, akan ada yang mempersoalkan kejujuran Abdullah.
7. Najib ada credential untuk memikul tugas baru. Najib dulunya belajar ekonomi di University of Nottingham, England. Jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada awal 80'an tentu jadi pengalaman berharga. Jangan lupa, Najib masih ada keakraban dengan Razaleigh dan Tun Dr Mahathir. Fikiran kedua-duanya masih gagah, dan tentu boleh membantu jika dipinta.
8. Dengan jawatan baru ini, hubungan antara Najib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Shahrir Samad perlu dikaji semula. Shahrir perlu sedar keperluan baru untuk beliau seiring dengan Menteri Kewangan yang baru. Sukar tetapi wajar.
9. Keperluan utama dalam membina semula BN dan UMNO adalah untuk membetulkan tindak tanduk Abdullah dan kabinetnya. Kini bukan masa untuk tunjuk mulut siapa yang besar. Perlu ada synergy yang ketara. Najib telah menyatakan dengan jelas bila menyebut Muhyiddin sebagai Team Player (click) . Synergy bukan datang secara kebetulan tetapi dengan secara sedar dan penuh strategik. Bukan Abdullah sahaja yang bertanggungjawab, yang lain juga perlu sedar.
Penutup: Lupakan "keterbukaan", tidak salah sedikit "tertutup". Biar berdisiplin. Biar ada synergy. Malaysia dahaga pemimpin gagah yang boleh menjana ini semua. Mereka perlu berjiwa besar (bukan mulut besar).
beritadarigunung