Sunday, September 28, 2008

Mengulas Malaysiakini: Saya kena sabotaj, kata Khairy.

From Malaysiakini: I'm being sabotaged, says Khairy
Sep 26, 08 1:01pm

Khairy Jamaluddin said his campaign for Umno Youth chief is being sabotaged by certain quarters who are preventing party members from meeting him.MORE



BERITADARIGUNUNG


1. Sering berita bukan peristiwa yang terasing, malah berada dalam rantaian peristiwa-peristiwa lain. Sesuatu berita atau kejadian boleh jadi catalyst kepada deretan peristiwa yang lain begitu juga sebaliknya, iaitu sesuatu kejadian adalah kesan daripada peristiwa, tindakan atau pilihan terdahulu.

2. Peperangan adalah peristiwa penting dalam dunia. Sejarah dunia terbahagi kepada kepada beberapa era mengikut punctuation dari peperangan utama seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua.

3. Pengkaji sejarah cuba meneliti dan menghuraikan punca-punca sesuatu peperangan. Namun yang jauh lebih penting adalah pencetus peperangan itu sendiri; catalyst or immediate cause.
Ada masanya, immediate cause direka, disusun dan dilaksanakan dengan sengaja, bagi mengesahkan arahan sesuatu peperangan. Sering peperangan bukanlah event yang tidak sengaja, malah ia dirancang dengan teliti bertahun-tahun lamanya dengan niat yang munasabah. Dalam banyak hal, peperangan adalah political pursuit dengan niat mengukuhkan pengaruh serta menikmati habuan perang. Perang jarang yang suci dan bersih, ia dicemar dengan muslihat dan tipuhelah.

Dicelah-celah muslihat dan tipuhelah itulah ada SABOTAJ.

4. Apa itu sabotaj?. Asalnya dari bahasa inggeris; sabotage, pronunciation: \ˈsa-bə-ˌtäzh, Function: noun, Etymology: French, from saboter to clatter with sabots, botch, sabotage, from sabot
Meaning;
a: an act or process tending to hamper or hurt b: deliberate subversion.

5. Ragam yang telah ditunjukkan Khairy adalah lumrah dikalangan ahli politik. Beliau oputunis, bijak mencuri peluang. Itulah yang dipamirkan waktu dilonjak dalam UMNO sebagai naib ketua pemuda tanpa bertanding. Umum mengetahui apa telah dilalui oleh Mukhriz waktu itu. Ada sedikit kesamaan dengan peristiwa Arwah Ghafar dimalukan Anwar dulu. Kejadian mencuri peluang seperti ini sering disebut sebagai perlaksanaan sabotaj.

6. Tidak banyak dipapar dalam berita untuk menghurai peristiwa Tengku Abdullah tidak bertanding jawatan orang nombor dua dalam FAM. Selepas itu adalah pengetahuan umum dengan Khairy mengisi kerusi kosong itu. Sama ada itu hasil rundingan licik atau sabotaj, tidak ramai sudi mengkaji.

7. Ada kecenderungan Khairy muncul tanpa bertanding hasil dari tindakan terdahulu. Pertama kali Khairy bertanding ialah di Parlimen Rembau. Beliau turun dengan gah sebagai menantu Perdana Menteri. Bukan calang-calang credential. Beliau bertanding dicelah ketiak Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan bekas ahli koperat juga orang penting dalam Khazanah. Majoriti undi BN jatuh merudum. Khairy nyaris kalah ditangan Bad.

8. Anwar Ibrahim berbangga ketika menambah majoriti dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, tetapi Khairy tentu malu disebalik kejayaan Bad menurunkan majoriti BN sepuluh ribu. Sesiapa yang menonton TV waktu pengumuman kemenangan Khairy tentu masih ingat betapa Mohamad Hasan diam mencuka dan Khairy hanya mampu mengulum senyum tawar yang nipis. Itulah hakikat bertanding dan berjuang.

9. Waktu Abdullah beramah mesra dengan Rice di dalam, di luar Khairy mengasak diri dengan perjuangan pemuda bikinannya. Orang masih was-was keluhuran apa yang dijuangkan. Lama dulu, Anwar juga begitu, dalam stadium beliau menjerit-jerit "Hidup Palestin!!". Umum masih ingat betapa Anwar masih sempat mencuri glamour disebalik Seri Carcosa. Anwar menyambar makanan yang sedia terhidang umpama gagak dan helang. Kita tahu Allahyarham Tunku Abdul Rahman bermuram durja dengan tidakan oputunis itu.

10. Bertanding jawatan penting dalam UMNO adalah serius, seperti perang juga, ia tidak akan bersih dan jujur. Ada yang mengangkat kening bila terbaca Khairy menuduh ada sabotaj keatasnya. Kerana sabotaj dan oputunistik adalah sinonim dengan stail Khairy. Rakyat malas meneka apa yang dimaksudkan oleh Mukhriz, waktu mengulas rungutan rakyat Jerlun tentang beberapa kenderaan mewah berplet ibukota turun menabur wang supaya jangan mengundi Mukhriz. Tetapi majoriti BN kekal di Jerlun manakala majoriti BN merudum di Rembau.

Itu dia fakta berjuang dan bertanding!

11. Malang, pertandingan Khairy kali ini diselit dengan ura-ura Presiden UMNO tidak akan bertanding lagi Mac ini. Dulu Khairy ada menyebut banyak yang boleh beliau laku dan sumbangkan dengan protection yang dinikmati sebagai menantu Perdana Menteri. Kini keadaan sudah berubah. Realiti ini adalah pahit dan wajar diikuti dengan rapi. Benarkah Mukhriz dan Khairy ada credentials yang bersih, tidak tercemar. Untuk UMNO kekal relevan dan bertambah kukuh, manakah yang ahli mahu, Khairy atau Mukhriz.

Selamat Berhari raya, Maaf dipinta.

- beritadarigunung