Sunday, September 28, 2008

Mengulas Malaysiakini: King and politics, ball is in the royal court

King and politics, ball is in the royal court
Abdul Aziz Bari | Sep 26, 08 12:58pm
It appears that the public now seems to think that the Yang di-Pertuan Agong should intervene to put certainty and order back in the country. Some quarters however felt that such is not desirable, arguing that it is not appropriate to get the king involved in it.
  • Flexing their muscle
  • Grave matter

BERITADARIGUNUNG

Bila demokrasi melanda dunia, Raja cuma wujud dalam perlembagaan dan berkembang dalam sejarah. Malaysia ada raja di beberapa negeri, salah seorang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk lima tahun secara bergilir. Kuasa raja adalah terhad. Walaubagaimanapun Raja ada pengaruh penyatuan.

Siam adalah contoh sistem Raja yang sangat unik. Pengaruh Raja Siam bercampur dengan keagamaan. Pengaruh raja meresapi hingga ke akar umbi rakyat jelata. Waktu perit dan kemelut, Raja sering dirujuk. Titah raja ada kesan kepada tindakan selanjutnya.

Raja Jepun pula lain. Rajanya menjalani hidup yang terasing. Raja muncul pada waktu tertentu sahaja. Perang Dunia terdahulu ada tercatat pengaruh raja dalam kerangka kuasa dan penguasaan dunia. Askar Jepun berjuang kerana negara dan Raja. Kini Raja Jepun bersemayam belakang tabir.

Raja England juga kekal dalam sistem mereka. Istana Buckingham sudah jadi destinasi pelancungan untuk tontonan ramai. Kamera Sony, Nikon dan Olympus merakam kenangan pelancung. Memang, Raja kini kekal dalam kenangan sahaja.

Lama dulu, pada tahun 1970, Rukun Negara dicipta untuk rakyat bersatu dan berpendoman. Rukun yang ketiga ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Namun krisis perlembagaan 80'an menghadkan kuasa Raja.

Walaupun begitu, adalah menjadi kelaziman bagi Pemimpin negara mohon perkenan Raja untuk melantik Menteri Besar. Maka Ghani terus kekal Menteri Besar Johor kerana diperkenan Raja. Nama-nama lain belum pernah melepasi tahap cadangan. Maka kekal Khaled di pusat.

Kalau keputusan PRU12 memeranjatkan, kemelut perlantikkan Menteri Besar di dua negeri, iaitu Perlis dan Terengganu lebih memeranjatkan. Pengerusi Perhubungan Umno negeri bukan tiket untuk jadi Menteri Besar. Shahidan walau gagah mengekang kemaraan Pas, tidak dapat perkenan. Adik Raja juga ada peranan dalam politik negeri. Akhirnya Md Isa Sabu dapat perkenan dan jadi Menteri Besar.

Lain pulak jadinya dengan Terengganu. Negeri yang kaya dengan hasil minyak cuba berubah. Islam Hadhari dan Monsoon Cup adalah percaturan. Idris terbiasa dengan politik pusat terlupa dengan politik setempat. Ada yang menuduh Idris tidak peduli dengan orang setempat dalam pengagihan kek ekonomi. Ada yang turut menuduh semua angkara Abdullah, Khairy dan Patrick Lim. Orang Terengganu dapat kulit kacang manakala isi kacangnya dikunyah dek orang lain.

Nah, Ahmad Said dapat perkenan Raja untuk mengurus hal ehwal negeri. Waktu itulah ada pemimpin yang dituduh penderhaka! Sticker kuning "Taat kepada Raja" diedar percuma untuk menyatupadukan rakyat yang berbelah bagi. Kemelut pun reda.

Selepas itu, negara Malaysia mendengar titah demi titah dari Raja Nazrin. Ruang kenegaraan dan kepimpinan dibuka dan dikupas oleh Raja Nazrin. Titah Raja Nazrin bak mutiara. Tuanku Jaafar juga turut berpesan supaya hentikan kemelut politik. Yang diPertuan menyebut seorang bercita-cita merampas jawatan dan seorang lagi yang beria-ria tidak mahu melepaskannya. Rakyat akan jadi keliru dan negara akan rugi. Kedua-duanya harus berundur.

Disaat-saat genting, peranan Raja adalah penting. Namun gesaan dari Anwar tidak berpijak dibumi nyata. Kerajaan sudah terbentuk dengan keputusan PRU12. Walau tidak dengan 2/3 majoriti, kerajaan sudah boleh memerintah. Mengganggu keputusan PRU12 dengan mengajak atau mengumpan orang supaya lompat keseberang hampir-hampir menjadikan Anwar sebagai pengkhianat negara.

Kita yakin Raja telah memainkan peranan. Dalam senyap negara Malaysia makin sedar, kita masih ada Raja, dalam perlembagaan dan dalam hati rakyat jelata, bukan sekadar dalam kenangan. - beritadarigunung