Friday, September 26, 2008

Mengulas Malaysiakini: AGM ditunda, PM mungkin undur Mac ini.

  • AGM postponed, PM may quit in March
  • Beh Lih Yi, Sep 26 08 12:17pm
The Umno supreme council dealt a blow to Abdullah Ahmad Badawi by putting off party polls and its annual general meeting to March next year in the bid to force the party leader to hand over power to his deputy in six months.
  • Abdullah to decide before Oct 9
  • No pressure, but he fumbles..
BERITADARIGUNUNG

1. Dua minggu lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno digemparkan dengan desakan supaya Abdullah peralihan kuasa disegerakan. Suara Annuar Musa yang membela Abdullah tenggelam dalam asakan Muhyiddin, Rafidah, Shafie Afdal dan Hishamuddin. Melihat Abdullah bergenang air mata, Najib segera meredakan keadaan dengan berjanji akan berbincang dengan Abdullah secara private.

2. Perbincangan Najib dan Abdullah secara private telah mengundang ejekan dari banyak pihak. Kepimpinan pada kebanyakan pemerhati bukan hal peribadi dua pihak. Walaupun Najib berkeras supaya sebarang ketetapan hendaklah diserahkan kepada akar umbi dalam pemilihan UMNO, perbincangan empat mata agak pelik.

3. Tun Mahathir menyifatkan perbincangan dua orang, dekat-dekat dan rapat-rapat. Macam ada muslihat. Razaleigh pula mengulas dengan kata-kata "peralihan kuasa macam budak-budak".

4. Peralihan kuasa sebelum pencalonan kepimpinan UMNO adalah sesuatu yang munasabah dan jujur. Tetapi jika kuasa hanya beralih selepas pencalonan, ia mengundang pelbagai telahan. Keadaan itu akan menjerat seluruh ahli UMNO. Keadaan akan jadi kelamkabut. Ahli UMNO akan jadi keliru untuk mencalon sesiapa. Keadaan yang tidak menentu sebegitu, tentu tidak bijak dalam kemelut politik tanah air. Sementara itu Anwar duduk bertenggung, mengintai apa-apa peluang. Jalanraya akan sesak dengan demonstrasi menuntut macam-macam. Dari ISA, hindraf, reforms dan harga petrol, keadaan akan jadi bingit dan tidak terkawal.

5. Kewangan Amerika pula runtuh dan perlu bail-out yang besar. Tsunami kewangan akan melanda pantai. Ketidaktentuan kepimpinan negara tidak langsung membantu usaha memperkasakan benteng ekonomi negara. Malaysia tidak mampu bertahan secara retorik seperti Anwar akhir 90'an dulu. Anwar gemar menyebut "but our fundamentals are solid and strong". Seolah bila menyebut sebegitu, seseorang sudah dikira layak sebagai economist. Menjaga negara memerlukan lebih dari retorika.

6. Menangguh pemilihan UMNO ke bulan Mac 2009, mampu mengurangkan tekanan. Namun ia masih tidak mampu mengurangkan ketidaktentuan pencalonan diperingkat bahagian. Hanya dengan pengumuman Abdullah tidak akan pertahan jawatan sahaja akan menamat segala teka -teki. Bahagian akan selesa menamakan calon masing-masing. Abdullah masih ada 7 bulan sebelum Mac 2009 untuk memperaga baju Perdana Menteri dari closet. Waktu itu mencukupi untuk Abdullah menyelamatkan anak dan menantu . Masa itu cukup untuk Abdullah berkemas dan mengosongkan Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.

7. Abdullah masih kelihatan segak pada penghujungnya. Tentu sekali perhimpunan agong UMNO bulan Mac membenarkan Abdullah bercakap buat kali terakhir sebagai Perdana Menteri. Perwakilan pula tidak pernah lokek dengan ucapan memuji yang akan datang melimpah-limpah. Abdullah akan turun sebagai statesman dan secebis dignity, manakala Najib dan Razaleigh akan berjuang, sedang Muhyiddin dan Zahid Hamidi(?) akan menguji kelebihan masing-masing bagi mengisi slot kedua. Kedua-duanya secara kebetulan adalah anak Tok Guru.

Akhirnya kemelut akan reda. Sebenarnya kopi memang pahit walau bersudu-sudu gula dikacau.
- beritadarigunung