Saturday, September 20, 2008

Hanya Annuar Musa pertahan Abdullah dalam Majlis Tertingi UMNO.

BERITADARIGUNUNG

Lima orang ahli Majlis Tertinggi UMNO sempat bercakap dalam mesyuarat tertutup Khamis lalu. Empat telah berterus terang menggesa Abdullah menyegerakan peralihan kuasa. Mereka ialah Rafidah, Muhyiddin, Hishamuddin dan Shafie Afdal. Rafidah dilaporkan berkata Abdullah beruntung jika dapat melepasi 58 pencalonan untuk jawatan Presiden.

Hanya seorang ahli bersuara mempertahankan Abdullah iaitu Annuar dari Kelantan. Wajar diingatkan Annuar bukan Ahli Parlimen kerana tewas dalam PRU12 di P26 Ketereh Kelantan kepada Calon Pas Hj Abd Aziz Abd Kadir, oleh demikian tiada political standing untuk menekan.

Dilaporkan juga Abdullah menitis airmata, sebelum Najib bangun menenangkan keadaan. -
beritadarigunung