Tuesday, October 19, 2010
Kesediaan BN untuk kekal bersama Kudakepang
Tidak banyak kejayaan kecil-kecil di sebalik gagasan tersebut untuk dicanang kepada rakyat. Oleh yang demikian, isu perjuangan dan kepentingan bangsa/suku kaum akan terus bermain. Tidak ada celanya permainan itu. Masalahnya adalah dari sudut taktikal, iaitu kesungguhan pemimpin untuk menunjuk nilai adil, toleransi, tanpa dilihat lemah.
Kemampuan membina BN yang sihat dan aman, mungkin terganggu dengan amalan demokrasi dalam parti itu sendiri. Keghairahan mencari pengaruh, membina rangkaian, dan melemahkan lawan dalam parti bukanlah ingredient untuk mempertahankan keunggulan parti. Demokrasi tidak terpimpin dalam parti akhirnya meninggalkan sebuah organisasi yang luka dan berparut dengan pemimpin-pemimpin yang terlalu waspada dan berdendam.
Kita sangat-sangat berharap ada sekelompok pemimpin yang mampu merentasi segala macam kepelbagaian supaya BN kekal aman selamat dan relevan.
rujukan lain
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Kesimpulan
Wednesday, October 13, 2010
gelagat menteri bersama kudakepang.
- [Merujuk kepada kudakepang: Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Lima ]
Salam semua dan bertemu kembali.
1. Kalaulah menteri turun dengan meletakkan kesediaan bekerja bersama rakyat, itulah sebaik-baiknya, tetapi menteri sering turun memaksa rakyat bekerja untuknya.
2. Ada menteri mengusung pegawai-pegawainya apabila berpindah kementerian. Itu juga dipandang serong, apatah lagi jika pegawai agak keterlaluan dan rakusnya tidak berselindung.
3. Ada menteri dilihat tidak jujur, andainya rakyat nampak tindak tanduk mereka berkait rapat dengan paksaan polisi dan agenda yang selesa diterjemah dalam projek dan kontrak untuk dikaut licin. Rakyat tidak semestinya buta dan bodoh.
4. Seorang pemandu teksi pernah berkata, zaman Nazri dulu permit teksi individu tak ada keluar, hanya permit consortium sahaja, tapi zaman Noh, sekurang-kurang ada juga borang boleh diisi, walau untuk dapat belum pasti. Disitu rakyat bina persepsi mudah. Seorang menteri yang baik dan seorang yang tidak baik.
5. Ada menteri yang membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakyatnya, tanpa ambil peduli apa akan jadi dihujung jalan, kerana fokus mereka adalah immediate, demi projek dan kontrak. Tapi rakyat tahu musibah 5 tahun kedepan bila menteri sudah berhenti atau bertukar ganti. Tetapi berapa ramai rakyat sedia bertelagah dengan menteri dan pegawai-pegawainya.
6. Ada menteri yang membiarkan adik dan abang mereka berkeliaran mengetuk bilik, membawa cadangan, proposal dan permintaan, hinggakan rakyat rasa dipaksa menggadai integriti
7. Malang sekali jika setpol menteri pernah terlibat dengan penipuan pemilihan UMNO bahagian. Tambah-tambah jika penipuan itu terserlah dalam media. Orang politik faham dan boleh terima, tetapi rakyat tidak selesa bermuka dua, lalu rakyat tidak lagi percaya sampai bila-bila. Sukar salahkan rakyat jika mereka percaya, jika begitulah setpol, begitu jugalah menterinya.
8. Malang jika pejabat menteri membahagikan rakyat dalam dua kategori, satu orang kita dan satu musuh kita. Tambah malang jika yang dimaksudkan orang kita adalah orang yang memudahkan orang menteri mengaut wang. Lebih malang lagi jika "musuh kita" itu adalah orang yang masih mahu berpijak dibumi nyata dan mengibar panji integriti. Yang dianggap musuh adalah penyokong setia Umno.
9. Yang suka dengan tindak tanduk menteri dan pegawai-pegawainya hanya segelintir peniaga yang beruntung. Peniaga yang malang lari mengerumuni menteri dan pegawai menteri yang lain. Rakyat umum hanya nampak kerakusan. Mereka benci dan lari dari BN, walaupun mereka tahu parti lain belum pasti nilai integriti dijunjung tinggi.
10. Walaupun saya merungkai pandangan yang agak negatif, itu hanyalah peringatan untuk menteri dan pegawai menteri memahami apa pandangan rakyat. Mereka boleh menidakkannya dan selamba berkata itu sekadar persepsi. Walhal persepsi yang terbina dalam minda rakyat, tanpa usaha menjernih kekeruhan dan masih rakus bermaharajalela, itulah yang dibawa rakyat ke peti undi pilihanraya.
11. Menteri dan pegawai menteri boleh berubah jika mahu, dan rakyat tiada masalah terus menerus mengundi BN sampai mati. Apa pun, dalam nada gembira masih ada menteri yang baik dan kental berwibawa, dikelilingi pegawai yang pandai dan teguh pendirian untuk bangsa, agama dan Negara.Maaf dan Terima Kasih
- RECENT SOSIOPOLITICO POSTS
Tuesday, December 09, 2008
UTSUKUSHII MALAYSIAKINI: with Ron and Mike in Kudakepang
Kudakepang. This is the blog I regularly visited over a couple of years. The blog itself is like a kopitiam. Regular faces, identical cups and saucers and of course those dark wooden table and chairs. As always, kopitiam squeezes occupational stress out of you while you continue the familiar sip.... surp. surp. surp.
This entry is an extract of a lighter phase in otherwise serious message, Ron like to get accross. It was my last comment in that entry of Ron's, very light in otherwise very serious tone of Ron.
From kudakepang:
Dear Dato Ron,
Allow me chatting the day off with Mike (pronounced the perak way, not the English way for Michael)
Luxury of life dear Mike, on aidil adha, and today I behave like a prince/princess munching salad fit only for the king.... ulam raja.
And the other day, while digging, one little muscle pulled and I went limping and I thought that qualified me as an OKU for a day, but parking attendant kept asking for my OKU id.
And today after a brief takbir raya in the wee hours, numbers keep appearing. Then I remember Rod Steward's "6th cut is the deepest..........", and Dire Strait's "Six blade knife........".
Now what is 6? Could it be the slot of Najib's potrait in the alley of Power, or could it just be Abdullah, assuming Onn Jaafar as the supposed-to-be first Prime Minister.
I never know, how much they hate the new UMNO. Yes it was bitter then, tough and hard. But the 6th was left in the cold only for two years.
Semalam petik buah terung pungaq (loghat chedet), the last remaining terung free of genetic modification.
So, rasuah after all is just numbers which ever you look at it. A day, a year, a post, a project, a dream come true, a retaliation, a friend and an enemy or a slice of lemang.
And we can hop on Kudakepang via this: Rasuah era Abdullah or just pop in direct to SIRI AKHIR
By the way, utsukushii means beautiful in japanese.
beritadarigunung
Sunday, December 07, 2008
SHARING WITH MALAYSIAKINI: Rasuah era Abdullah Badawi
2. Umpama hujan ribut yang turun tidak henti-henti. Penoreh getah melihatnya dengan sedih dan pilu. Nelayan menyidai pukat dan seluar masam. Pekerja yang berkereta pergi dan balik dari tempat kerja dengan persoalan "Harap-harap tidak ada banjir kilat". Doktor di klinik swasta membuka tingkap rumah dengan hati yang sangat lega. Hujan baginya adalah rezeki. Anak-anak kecil dan orang tua akan sakit dalam kesejukan cuaca. Mereka akan membuka pintu klinik dengan lebih luas lagi. Pengendali MONSOON CUP di Terengganu pula akan terbuai dalam desir angin dan layar.
3. Rasuah juga begitu. Perkara yang sama tetapi dilihat berbeza oleh manusia yang pelbagai. Pembangkang jadikan isu Rasuah sebagai umpan dan political cry. Pemimpin juga menjerit isu ini untuk terus memaparkan isi hati yang tulus dan mengekalkan imej Mr Clean. Namun rakyat biasa terjerat dalam kancah kehidupan yang memperlihatkan rasuah sebagai staple food, where you cant go without.

Dari Berita Malaysiakini
Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi
Chan Kok Leong | Sep 23, 08 4:57pm
Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.
Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.
Rujuk ini : Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi Malaysiakini
Dari Kudakepang Dato Ruhanie Ahmad
Juga Rujuk kajian Kudakepang Ruhanie Ahmad dalam blog beliau:
1.SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH...
2.SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
3.SIRI DUA:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
4.SIRI SATU:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
4. Berita lama oleh Chan Kok Leong dalam Malaysiakini memaparkan fakta tentang rasuah. Betapa tidak ada perubahan ketara walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan. Dalam perang rasuah ini, wajar semua faham apa itu rasuah dan siapa pendokongnya sebelum sebarang usaha dilakukan. Takut kalau kita acu senapang, tetapi kita tembak dahan saja bukan burung punai.
5. Manakala Ruhanie Ahmad telah membuat kajian yang mendalam disebalik isu memerangi rasuah dalam era Abdullah. Di bawah ini saya turunkan semula pandangan saya mengenai isu Rasuah sebagai ulasan ringkas terhadap kajian rasuah Ruhanie Ahmad dalam kudakepang.
KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI AKHIR: SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH...
Beritadarigunung said...
-
Dato dan pembaca.
Pandangan betapa usaha membanteras Rasuah era Abdullah seolah make-up saja untuk mengabui mata, adalah berat dan serius.
Ia bermakna mereka tidak serius dalam hal ini. Serius mereka hanya untuk memastikan Rakyat jadi terpesona dengan imej Mr Clean yang semestinya bersih dari rasuah.
Ruang bersih dalam kelongsong imej Mr Clean, dengan itu diisi usaha senyap-senyap dan terang-terang untuk mengisi kantong.
Apa pun ramai yang sedar Dato, diyakini Shahrir pun turut sedar. Cuma dalam era ghairah PAC dulu, ECM tidak berada dalam prioriti tinggi beliau.
Sebaliknya Shahrir lebih terpesona dengan rekahan pada MRR2, dan tentu beliau sudah sukat dengan measuring tape, dengan ruler atau sekadar main agak-agak saja pakai jari. Dengan serangan bertalu-talu terhadap Samy Vellu sementara Hindraf dibiar bermaharajalela, undi penentu dalam PRU12 berpihak kepada sympathisizer mereka iaitu Pakatan Alternatif. Ramai seterusnya menggigit jari. Namun apa yang Shahrir tahu?
Permainan politik era Abdullah Badawi telah memapar wajah dan hati sebenar pemimpin-pemimpin UMNO. Kita tidak akan lupa gelagat Shahrir, Radzi dan Zaid.
Mereka kelihatan gigih dan gagah, tetapi amat vulnerable, hingga waktu-waktu tertentu saya simpulkan bahawa mereka ini sangat-sangat NAIVE dalam world view dan konsep nation building.
Terima kasih
- KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
- SIRI TIGA: SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
- Beritadarigunung said...
-
Dato
Wajar kita akui bahawa usaha memerangi rasuah adalah usaha yang sangat murni. Tidak kira sama ada semangat itu datang dari Abdullah sendiri atau sesiapa yang lain.
Dato menyebut tagline "Abdullah dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan jodol Abdullah: Perangi Rasuah Lahir Dari Hasrat Sendiri.". Ini memang menarik, kerana Abdullah lebih dari sekali berkata demikian.
Dalam wawancara TV untuk gagasan besar SJER, dihadapan orang kuat BERNAMA dan berjuta penonton yang lain, Abdullah menyebut "Ini idea saya sendiri".
Apa maksud semua ini? Seperti tajuk kecil dato "Dabik Dada", memanglah, memang itulah yang semua penonton rasai. Seperti zaman remaja, ada kawan yang tidak berapa lawar (istillah chedet}, sanggup keluarkan cerita sensasi bahawa gadis pingitan itu adalah miliknya, girlfriendnya, dan kekasihnya.
Itu adalah misguided reality. A make believe world. Dunia khayalan. Ego Trip. A psychological disease.
Rakyat Malaysia sedar game-plan Abdullah pada suatu peringkat itu, untuk menyindir Tun Mahathir dalam usaha memadam legacy lama. Ramai yakin Abdullah berhasrat melakar roadmap sendiri.
Hari ini Abdullah memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang hanya menggunakan isu Rasuah sebagai kuda tunggangan.
Sebenarnya rahsia kejayaan duduk atas keazaman, iltizam dan kewarasan. Aspek tersebut masih jauh panggang dari api.
terima kasih.
KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI DUA: SIRI DUA:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
- Beritadarigunung said...
-
Rasuah yang sering digambarkan sangat jijik ini, jika dalam bisnes ia merupakan prerequisite atau prasyarat.
Istilah umum "no money no talk". Dalam bisnes, ada column untuk "entertainment" di buku akaun supaya semua belanja ke arah itu senang dikira dan boleh dituntut.
Umpama grease untuk melegakan mekanisma bisnes. Kereta perlu ganti minyak selinder selalu, setiap 10,000km dengan fully synthetic engine oil. Dunia ini ada kesamaan dalam banyak hal.
Untuk dapatkan bisnes, dapatkan loan SME, untuk clear itu dan ini, untuk tapak politik, semuanya perlu sedikit lobbying. Memangpun, masakan duduk diam-diam boleh dapatkan apa yang kita idam!
Tetapi bukan semua rasuah berbentuk wang. Kuasa yang disalahguna adalah manifestasi RASUAH yang sangat keji. Itu lebih buruk.
Bagi mereka yang cekap, rasuah sering kekal tersimpan dalam fail minda seperti dalam movie QUANTUM OF SOLACE, James Bond. Itu adalah fail yang tidak boleh dibuka-buka.
Dimanakah harus perang rasuah ini bermula. Atau "kepimpinan melalui teladan" perlu jadi gagasan penting untuk menolak segala-galanya kedepan. Itu untuk Abdullah fikirkan.
- KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
- SIRI SATU: SIRI SATU:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
- Beritadarigunung said...
-
Rasuah bukan senang untuk dihapus. Kerangka perlonjakan dalam domain kuasa UMNO memaksa rasuah jadi bertambah real.
Kita boleh kira secara kasar berapa bilion ringgit berlegar waktu pemilihan UMNO. Jangan tanya wang itu dari mana datangnya.
Barangkali itu sebabnya pengukuhan bumiputra dalam ekonomi terus jadi mimpi ngeri. Atas kertas ada, tetapi realitinya, projek dan wang untuk disepahkan.
Dulu Mohamad Hasan selesa bila Isa Samad direhatkan atas nama rasuah. Kali ini tentu ada yang akan direhatkan. Kalau tidak, apa justifikasi berbilion ringgit yang berlegar.
Harus ada "political will".
beritadarigunung
Friday, December 05, 2008
ULASAN TOPBLOG MALAYSIAKINI: Tun Mahathir adalah berlian.

Ruhanie Ahmad: TUN MAHATHIR ADALAH BERLIAN REBUTAN DUNIA ISLAM
Tun Dr Mahathir Mohamad menerima dua anugerah tertinggi – pingat emas kelas satu daripada Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services dan ijazah Phd daripada Tehran University of Medical Sciences – yang disampaikan di dua majlis berasingan di Tehran, Iran, pada 1 Disember 2008.
Ada beberapa negara Islam yang sangat lain coraknya. Lihat cara kasar, nampak gagah. Lihat lebih dalam, tertonjol cerita ada beli jet pejuang tercanggih, tetapi pilotnya orang luar.
Semuanya berlegar disebalik keazaman dalam nation building. Wajar kita ingatkan sesama kita, Malaysia jadi begini, eluk atau sebaliknya, bukan hal seorang dua pemimpin.
Terlalu lama, mungkin boleh tarik dari tarikh Melaka dibuka parameswara atau lewat sikit, waktu pintu Kota Melaka dibuka dari dalam untuk penjajah bermaharajalela.
Atau lebih lewat, waktu pejuang dianggap petualang, waktu Ishak Muhamad memungut durian tikus di Temerloh.
Atau lebih lewat lagi waktu Stadium Merdeka bergema dengan laungan Tunku, "Merdeka, Merdeka, Merdeka"
Atau waktu sengsara anak muda Melayu merantau di bumi felda, menginsafi betapa Melayu masih berpaut dengan tanah bagi menyala nostalgia bahawa bumi ini asalnya, Tanah Melayu.
Mungkin waktu setiap perancangan harus diteliti dengan penuh integriti, dengan butiran semua dikaji bila Tun Husein membaca satu demi satu.
Atau waktu semua kekangan dirempuh untuk meyakinkan umat melayu, bahawa "orang melayu tak boleh buat apa walaupun jarum sebatang" hanyalah dongeng untuk melekakan Melayu itu sendiri.
Atau kini, waktu semua orang boleh kata dan buat apa saja. Waktu dimana Melayu mesti kenal semula diri dan nilai sendiri, kerana peguam bumi ini tidak segan-segan mencerca Ketua Hakim sendiri, manakala yang lain tidak angkat pun telunjuk untuk membantah.
Dalam kerangka yang panjang itulah Tun Mahathir mempamir diri dan berbakti. Kalau ada yang tidak suka dengan Tun, melihat Tun Bagai Duri, bagi yang lain, baik dalam Tanah Melayu baik dalam Dunia Luar, Tun Mahathir tetap sebuah berlian.
Wajar juga kita faham kenapa Abdullah, mungkin menantu beliau juga, tidak mahu melihat Tun walau dengan ekur mata.
Wajar juga kita ambil maklum waktu Musa Hitam secara sinis mengulas isu Tun Mahathir keluar dari UMNO sebagai "duri sudah terkeluar".
Wajar juga kita ambil tahu kenapa pembangkang menyifatkan peralihan kuasa sekarang ini adalah petanda Mahathirisma akan kembali.
Apapun ramai sedar bahawa ramai anak Melayu jadi terdidik dalam era Mahathir dan mereka memiliki hati yang waja. Ramai yang berkongsi semangat kental untuk terus berjaya.
Tun Mahathir adalah mutiara untuk Tanah Melayu dan Dunia Lain.
beritadarigunung
Tuesday, November 11, 2008
Mengulas kudakepang: WACANA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ANJURAN PERKASA
Berita dari gunung. said...Dato,
Orang sering hairan kenapa sesuatu tindakan drastik dan tidak lojik itu wajar dan perlu.
Kemudian orang akan merujuk peristiwa hukuman mati keatas Imam Samudra dalam dunia nusantara ini.
Yang taksub dan keras hatinya hanya mampu melihat kezaliman baik dari sudut hukuman itu sendiri mahupun dari segi kematian yang kononnya lahir dicelah ledakan bom dari tangan Imam Samudra dan rakan-rakannya.
Namun ada juga yang sudi mengkaji apa itu PERLU. Kepada penggiat demonstrasi jalanan, yang PERLU adalah menghumban perkataan KEJAM kepada pemimpin.
Kepada pemimpin negara pula, perspektif kesejahteraan negara, bangsa dan rakyat sering jadi pendoman untuk menentukan sama ada tindakan itu PERLU atau sebaliknya. Ramai tidak terjangka betapa rapatnya hubungkait antara hargadiri, kesejahteraan negara dan pengorbanan.
Lalu, izinkanlah pengorbanan Imam Samudra dari apa jua kacamata yang digunakan. Apapun usah kita bandingkan isu Imam Samudra dengan kematian dalam peristiwa Memali. Itu isu lain yang sangat pahit dan wajar dilupakan walaupun sukar.
Perlembagaan Persekutuan adalah tonggak negara dan kita yakin dari situ lah lahir bibit-bibit pejuang tulin, pendokong kesejahteraan sejagat dan rakyat yang bersatu padu.
Cuma kadangkala kita cuai dan tersilap dalam memilih pemimpin yang akan melihat dan menjaga Perlembagaan. Ramai sekadar melihat perlembagaan sebagai surat peribadi.
Perlembagaanlah tonggak bangsa dan negara, yang menuntut bukan sedikit pengorbanan.
Terima kasih.
11:57 PM
ulasan ringkas kepada posting asal ruhanie ahmad kudakepang dalam WACANA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ANJURAN PERKASA
Monday, November 10, 2008
Mengulas kudakepang: WAHYU MAKHLUK GHAIB DAN KEMUNGKINAN BERLELUASANYA RASUAH POLITIK DALAM PEMILIHAN UMNO
Berita dari gunung said...
Dato,
Kita undang demokrasi ke riba. Kalau kita gagal mengurus demokrasi, nanti kita jadi marah dan malu kalau ada secara nakal menuduh kita macam monyet suka bunga. Monyet sekadar membelek bunga, mencarik-carik dan memekik.
Rasuah bukan perkara baru. Rasuah bukan semata-mata wang bawah meja. Vested interest adalah pendorong gejala hitam.
Dalam politik, vested interest adalah perkara yang menarik. Lama dulu, waktu Julius Ceasar berkenal dengan kuasa dan pengaruh, ada pembesar yang sanggup membiayai bala tentera. Dalam itu ada vested interest. Dilihat secara casual, kita hanya nampak patriotisma!
Percaturan dalam politik ada jalinan yang besar. Itu sebab, ada pemimpin berkata "saya selesa kerja dengan dia". Ada juga pemimpin yang berkata " I will never work under him".
Akhirnya wujudlah pakatan-pakatan dalam percaturan politik. Ada yang sanggup jadi promoter, sebagaimana Don King mengatur tinju terkemuka abad ini! Quantum Don King adalah berjuta.
Mengapa pula itu salah? Kita jemput demokrasi ke riba, maka itulah tarinya.
Makhluk ghaib akan ada dimana-mana. Celupar Zaid dalam kemelut judicial reforms disifatkan sebagai pembawa "wahyu". Kini Zaid ada diluar menghentam habis-habisan dan terlupa beliau adalah Melayu!
Ramai sudah buat ketetapan tentang "wahyu", pembawa dan penyebar wahyu dan makhluk ghaib. Namun ramai tidak peduli, kerana dalam pemilihan Umno, ada wang untuk diagih. Jawatan adalah asset, lalu ia harus dibeli dengan harga tertentu.
Rupanya demokrasi telah menternak hantu dan makhluk ghaib. Adakah demokrasi era Abdullah benar-benar tulin dan didokong oleh orang yang berjiwa luhur.
Lihat saja watak M. Nor Awang tercegat atas pentas melihat peristiwa tumbuk menumbuk dalam mesyuarat Umno Seremban baru-baru ini. Lihat saja kenyataan akhbar oleh Mohamad Hasan dan Abdullah tentang mesyuarat yang kecuh itu. Seolah semua orang hairan dan terkejut.
Dalam politik, memang ada yang boleh diatur. Sedang permainan bolasepak boleh diatur, inikan pula permainan politik. Dalam bolasepak Khairy lebih maklum dan sedar, sebab beliau orang nombor dua. Dalam politik negara, pemain dan pencaturnya sangat ramai dan mereka sangat maklum!
Demokrasi belum tentu tulin. Kalau tulin pun, ianya jadi buruk juga jika pemain demokrasi berhati busuk.......
maaf.11:27 PM
Monday, November 03, 2008
Mengulas kudakepang: ABDUL RAZAK BEBAS ATAS TUDUHAN BERSUBAHAT BUNUH ALTANTUYA.
- Berita dari gunung said...
-
Eluk kita biasakan diri dengan menghormati keputusan mahkamah.
Alhamdulillah Razak Baginda dibebaskan sekarang. Beliau akan dapat bersama isteri dan sanak keluarga selepas terpisah buat beberapa ketika.
Untuk Razak sendiri banyak yang sudah beliau pelajari dalam tempuh itu.... Yang tidak eluk jadikan sempadan, yang eluk jadikan pendoman.
Namun, Anwar terpaksa kembali ke mahkamah dengan tuduhan yang hampir sama.
Apakah yang telah Anwar, Razak dan rakyat pelajari dari episod ini?
Manakala Zaid melepaskan diri dan melalak seolah beliau kaya raya kerana terjumpa harta karun dalam pasir di Pasir Pekan, bukan kerana darahnya adalah darah Melayu dan bukan sebab affirmative action kerajaan untuk tingkatkan orang Melayu.
Jangan persetankan social contract dan kuasa politik orang Melayu. Anwar sudah lama lupa asal usulnya... biarkan. - 1:05 PM
Mengulas kudakepang: DEBAT CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA ...
-
Berita dari gunung said... Kita sudah lihat debat Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim tempuh hari. Cetek dan buang masa sahaja.
Ada lagi perkara penting dalam negara yang wajar diberi perhatian. Hanya mereka yang kepingin publisiti sahaja yang berhajat dengan debat. Itu sebab Shahrir sambil senyum, menyokong.
Pembangkang rata-rata sokong debat itu diadakan. Apa lagi yang menarik selain daripada melihat ayam sabung berlaga. Bukan setakat dua ayam laga yang luka-luka, jatidiri UMNO juga turut terguris dan terhakis.
Setengah orang tidak peduli itu sama, asalkan mereka dapat penonjolan "for a few minutes more", sedang orang kampung masih berhempas pulas "for a few dollars more" dan jurupandu budget taxi Klia bersengkang mata untuk "a few trips more".
Abdullah Badawi walaubagaimanapun sudah perolehi " a few months more".
Jangan anggap debat Shabery sebagai precedence yang harus ada sequel.11:10 PM
Tuesday, October 28, 2008
MENGULAS KUDAKEPANG: Adakan Perhimpunan Agung Umno Disember 2008
- Berita dari gunung said...
-
Banyak benda yang kita takut dalam hidup ini terutama yang "first time".
Untuk Pak Lah ini bukan "first time out". Lama dulu, beliau dibiarkan di luar begitu saja untuk muhasabah diri.
Untuk Mukhriz, Khairy, Muhyiddin dan Najib pula ini adalah untuk "first time in" bagi jawatan baru.
Sebagaimana "first night" juga, dada berdebar. Lagi lama tunggu lagi berserabut.
Memang seperti mana yang diutarakan, tidak ada lojiknya perlu tunggu lama-lama. Untuk apa? Untuk secawan kopi dan sepotong kek?
Bukan isu tak sabar-sabar. Yang wajar disegerakan, usah tunggu-tunggu. Ada banyak benda lain yang wajar diuruskan selain berkempen tak sudah-sudah.
Pakatan Rakyat melanjutkan tempuh berkempen PRU12 melalui proksi mereka; hindraf dan bar council dengan matlamat merebut kuasa.
Tetapi UMNO melanjutkan kempen untuk melemaskan akar umbi dan melemahkan kepercayaan ahli dan rakyat terhadap kewajaran UMNO sebagai tonggak.
The quicker the better..... oh, the first time in, the first time out, and the first night.
happy deepavali... - 3.08PM
Ulasan kepada posting Ruhanie Ahmad kudakepang Isnin 27 Oktober 2008 bertajuk ADAKAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DISEMBER 2008
Saturday, October 25, 2008
Mengulas kudakepang: 50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIK...
- Berita dari gunung said...
-
Dato dan rakan pembaca.
Ini adalah petanda awal, ekonomi negara sedang sakit. Mana yang boleh dikurangkan, jangan fikir dua kali.
Dalam bisnes itu hal biasa. "Retrenchment" bunyi canggih sedikit dan menyembunyikan langkah brutal dan kejam. Banyak yang buat begitu. Dulu MAS pun sama. Idris Jala diunjuk KPI, mahu tidak mahu pekerja perlu dibuang, dan harta juga dijual supaya nampak CASH masuk.
Syarikat pembinaan rela ambil pekerja asing. Sebab murah, senang kawal dan senang ambil ramai-ramai dan buang pun senang ramai-ramai.
Untung adalah prioriti dalam busines. Kini kerajaan pun ambil langkah yang sama.
Namun ia berlaku disebalik langkah melanjutkan tempuh bekerja hingga 58 tahun. Lewat orang pencen, tergencat sedikit ambil orang baru.
Sering juga kita dengar ada pegawai tinggi yang disambung kontrak selepas bersara wajib. Kita dimaklumkan sebab mereka pakar dan berpengalaman.
Ada yang nakal menyebut, sebab mereka sudah biasa dengan menteri dan budak-budak menteri. Jadi senanglah sikit proses kerja. Hal budak-budak menteri yang galak, rakus dan ghairah bukan cerita dongeng. Kekalkan pegawai tinggi memudahkan semua perkara.
Rakyat umum dibiar berjuang untuk hidup. Dengar saja rintihan pemandu budget taxi KLIA. Mereka kena bayar RM145 sehari dengan syarikat(kalau tak silap). Itu kesan monopoli dalam bisnes.
Jangan tanya-tanya lagi kenapa Abdullah berkempen orang tanam sayur. Rakyat harus pandai hidup sendiri, kerana kesian atau kasihan bukan lumrah hidup kini. - 11:48 PM
Wednesday, October 22, 2008
Mengulas kudakepang: Pak Lah tidak kenal Tun Mahathir?
- Berita dari gunung said...
-
Pak Lah tidak kenal Tun Mahathir?
Saya ingin kaitkan kenaikan Zaki Azmi dalam struktur kehakiman negara. Dari seorang lawyer biasa, beliau dilantik sebagai hakim peringkat atas dan kini bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Chief Justice!
Tahun 2007, Pak Lah belum terfikir judicial reforms dalam konteks laluan khas untuk Zaki. Dari sudut ini sahaja kita dapat melihat multi-faces Pak Lah.
Ada yang utarakan bahawa sebaik judicial reforms ala Pak Lah termetrai, kerajaan terlepas punca kawalan. Suara Bar Council akan kuat dan menghimpit. Adakah semua ini Pak Lah atau semata-mata Zaid? Jangan lupa linggamgate pencetus kepada keghairahan judicial reforms. Linggamgate adalah bikinan ANWAR!
Dari sudut judicial reforms sahaja, Pak Lah sudah berbeza dengan Tun Mahathir. Grip atau kawalan dilepas sesuka hati.
Seperti ada orang yang kesian melihat ayam sihat dalam reban, lalu membuka pintu reban supaya ayam dapat lihat dan rasa dunia luar. Orang itu lupa, bagaimana mahu pastikan ayam kembali petang nanti. Strategic thinking tidak berlaku. Pelik dan membimbangkan.
Banyak lagi insiden yang serupa berlaku. Longgokan peristiwa sedemikian menjadikan Pak Lah dilihat mengecewakan.
Reban ternganga luas, ayam entah kemana.
Oleh yang demikian Pak Lah tidak akan kenal siapa Tun Mahathir sampai bila-bila. - 12:51 AM
rujuk posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang: ABDULLAH TAK KENAL SIAPA MAHATHIR?
Monday, September 29, 2008
Mengulas ruhanie ahmad: Jika Abdullah nekad pertahan jawatan.
- Berita dari gunung said...
-
Dato,
Telahan itu agak jauh dan rumit. Kalau begitu jadinya, Abdullah dapat extra months untuk kempen. Boleh rasmi majlis sana sini sambil-sambil memujuk.
Oh, harapnya tidak. Skop pemilihan Umno kecil, yang besar dan luas adalah persepsi rakyat terhadap kepimpinan Abdullah.
Tetapi realiti pemimpin dari Umno memang begitu. Naik ikut tangga parti dan duduk diam-diam. Harapan rakyat tidak penting. Yang penting adalah beberapa ribu perwakilan.
Abdullah memang nampak lurus, tetapi permainannya licik. Tetapi telahan yang Dato utarakan bukan licik lagi, nampaknya menghampiri sempadan JAHAT.
Harap-harapnya Abdullah tidak jadi bertanding dan tiba Mac boleh senyum dengan retorik pujian melimpah-limpah. - 12:57 AM
Saturday, September 20, 2008
## Abdullah dijangka berundur seberapa segera dengan terhormat
- Berita dari gunung said...
-
Keadaan makin sukar untuk Abdullah. Awal dulu, Anwar memilih Najib, Gani, Musa dan Tun Mahathir sebagai sasaran.
Sekarang Anwar ajak Abdullah bermain poker dalam Parlimen.
Kritikan bertalu, kemasukan semula Tun, kritikan berani Muhyiddin, BN yang makin longgar dan tidak mesra, kemelut UMNO, dan yang penting sekali ialah ANCAMAN EKONOMI. Tsunami ekonomi bergerak laju dengan epicentre di America, mampu melemahkan benteng pertahanan.
Tekanan disebalik bermain poker dengan Anwar bukan calang-calang. Sekarang kelihatan ada tanda-tanda Anwar akan dapat semula cuti panjang yang diperolehi waktu era Mahathir. Ada rumah rehat di Kamunting atau Sungai Buluh. Anwar perlu berehat. It has been a long battle.......
Dato, memang ada tanda yang jelas bahawa Abdullah akan meninggalkan tampuk kuasa. Kuasa telah disalahertikan, bukan glamor, bukan ruang rehat, bukan ruang menjana kuasa dan wang. Kuasa menuntut komitmen.
Perdana Menteri hanya bagi mereka yang gagah dan berjiwa besar sahaja. Takhta Perdana Menteri juga ada daulat. Calang-calang manusia akan merana. - 6:39 AM
Friday, September 12, 2008
Ulasan Abdullah Berundur Selamatkan BN
- Berita dari gunung said...
-
Sindrom "Frog in hot water" bukan perkara main-main. Ramai pernah terleka dalam suasana. Tidak keterlaluan menyifatkan Abdullah sedemikian.
Ada waktunya memang sukar untuk benar-benar jujur. Orang politik yang pernah jatuh dan ditinggalkan, ada sifat "staying power". Semangat itu juga ada pada Rahim Thamby Chik. Beliau juga mahu kekal relevan dalam era yang pelbagai.
Memang semua orang berguna pada tahap, masa dan keadaan tertentu. Cuma dalam senario kini, adalah bahaya untuk Abdullah terus kekal diatas. Walaupun pahit, hasrat rakyat dan akar umbi bukanlah timbul sebab dengki.
Akar umbilah yang membenarkan pokok UMNO terus tumbuh. Usah hampakan harapan akar umbi, sebelum pokok UMNO layu dan tidak segar-segar lagi.
Kuasa memang memukau. Kuasa juga macam madu, manisnya sukar diterjemahkan. Dari sudut itu kita faham sindrom Abdullah.
Kita perlukan suara yang lebih keras dari barisan pemimpin. Giliran mereka kini. Akar umbi sudah puas bersuara. Bersikap jujur bukanlah jahat walau pahit. - 4:34 AM
Mengulas Abdullah terkejut Kenyataan Muhyiddin
- Berita dari gunung said...
-
Dato dan pembaca,
Apa yang Muhyiddin nyatakan adalah perbualan biasa rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, agama, keturunan dan peringkat umur.
Kepimpinan kini dilihat gagal mengawal keadaan dan gagal memberi perspektif besar ke atas tindak tanduknya.
Tetapi Muhyiddin juga adalah seorang ahli politik, oleh yang demikian, pemilihan barisan baru UMNO disember ini meletakkan dirinya dalam keadaan yang serba salah dan tersepit.
Terlalu ramai ingin mencuba nasib dengan Naib Presiden. Beliau tidak mampu lagi bergelumang disitu. Bergerak ke atas wajar jadi percaturan beliau.
Tetapi saya masih memilih untuk berpegang kepada asas teguran Muhyiddin, bahawa Berundurnya Abdullah memberi nafas baru kepada UMNO, BN dan Negara menjelang pilihanraya selanjutnya.
Rakyat mahukan lebih daripada seorang Perdana Menteri. Rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang kuat dan mampu memberi perspektif dalam keputusan besar yang dibuat atau dicapai.
Lebih lama Abdullah di atas, lebih malang nasib UMNO, BN dan Negara.
Terima kasih dan Selamat Berpuasa. - 2:38 AM
Merujuk posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN
Thursday, September 11, 2008
Mengulas suara hati Ruhanie Ahmad kudakepang tentang BN
Berita dari gunung said...Dato,
PERIKATAN (kapal layar), adalah saluran untuk 3 bangsa duduk semeja merencana bangsa dan negara. Pakatan 3 parti diuji pada tahun 1969 dan isu bangsa dan sensitivitinya tiba-tiba jadi panas.
Peristiwa 13 Mei merobah beberapa perkara. Pertama dasar ekonomi baru menekankan pentingnya affirmative action dilaksanakan untuk mengimbangi kuasa ekonomi. Kedua, Perikatan berubah menjadi Barisan Nasional (dacing) dengan membawa masuk lebih banyak parti.
Pakatan Kaum dalam Barisan Nasional diuji sekali lagi dalam PRU12 2008. Kali ini, Anwar membawa gagasan Malaysia Malaysian, dalam bahasa mudah, anak china, anak india, anak melayu, anak iban, anak kadazan dan lain-lain lagi adalah anak Anwar.
Barisan Nasional sejak mula lagi menyediakan tapak untuk ketuanan Melayu (istilah kegemaran Umno waktu menghunus keris).
Pakatan Anwar tidak menjanjikan itu. Sebaliknya Anwar sedia buang polisi pro-melayu dalam siri kempennya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, Anwar memanglah Melayu. Selepas Anwar, tidak ada siapa sanggup menjawab.
Ramai Melayu tidak sedar, kerana mereka selesa memangkah PAS. Ada orang "alim" dalam PAS. Namun PAS sekadar melukut dalam Pakatan Anwar. PAS sanggup menurunkan panji perjuangan bila duduk semeja dengan Anwar dan DAP. Apa yang boleh kita harapkan.
Walaupun begitu, kita wajar melihat dari dua sudut. Pertama, BN sebagai kenderaan. Kedua, Pemimpin sebagai pemandu kenderaan.
Rakyat tidak segan silu melahirkan rasa sangsi dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai sudah dapat meneka betapa "reforms" anjuran Abdullah hanyalah tabir untuk menutup kelemahannya.
Pakatan pelbagai kaum dalam BN adalah Barisan yang natural dan murni. Memang manusia duduk berpuak ikut bangsa dan agama. Tidak apa yang salah mengenainya.
Rupa-rupanya kewajaran Barisan Nasional dalam politik negara, menuntut pemimpin yang jujur dan kuat.
Terima sajalah bahawa kenderaan masih gagah dan relevan. Masalahnya semata-mata pemandu tidak mahir mengendali perjalanan yang berliku.
Bawa saja kenderaan ke dalam "pit", tukar pemandunya, insyaAllah Race Formula1 masih milik kita.
Terima kasih.
11:56 PM
- beritadarigunung
mengulas posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam SUARA HATI MENGENAI BN MUTAKHIR...
Friday, August 15, 2008
ROSMAH BUKAN KESEORANGAN.
Berita dari gunung said...Lupakan musuh politik Tun Mahathir, yang dulu rasa tergugat, terpencil dan tersisih.
Ramai yang berasa selesa waktu Tun memimpin negara ini. Hari ini pandangan Tun masih bernas walau melepasi usia 75 tahun (seperti komen Tinta Merah MSO dalam blognya). Tun belum tersilap cakap malah belum terlelap.
Rosmah bukan keseorangan dalam soal ini.
6:59 PM
CLICK HERE : on Dato Ruhanie Ahmad Kudakepang : ROSMAH HARAP DR. MAHATHIR DAN DR. SITI HASMAH KEMB...
Wednesday, August 13, 2008
Anwar: trend-setter politik Malaysia.
Berita dari gunung said...Seperti mana yang dijangka Anwar mahu menjaga auranya, pada masa yang sama menggerakkan strategi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Anwar, walau pun sudah terlalu lama memegang jawatan penting dalam kerajaan ketika beliau berada bersama UMNO, masih mencari-cari apakah sumbangan beliau terhadap rakyat dan orang Melayu.
Dalam politik, Anwar adalah trend-setter. Beliau kerap membawa trend baru sejak "beliau membaca talkin" pengkebumian orang Melayu yang kononnya mati kebuluran di Baling zaman mudanya. Lalu beribu anak muda berlari dan memekik.
Anwar meminda kefahaman sejagat dengan menjadikan kronisma satu dosa dalam pemerintahan, lalu berduyun orang berkejar ke Kuala Lumpur.
Anwar mecipta konsep baru bahawa pakatan perlu dibina dan harus segera diroboh, lalu "team wawasan" bangun cemerlang dan tumbang satu persatu.
Anwar memilih konsep "succession" yang baru, iaitu untuk naik harus pijak orang dan merentap yang diatas, lalu orang bergembira setiap kali kepala dipijak dan orang diterjah, tetapi orang meratap bila beliau dikuis dan lebam.
Anwar pada abad ini melihat kuning bukan lagi warga "diraja" tetapi sekadar warna baju untuk rakyat malaysia berbasah kuyup berarak ke Istana Negara sambil beliau senyum lebar memukul gendang pilihanraya.
Sebagaimana Zahid meminjamkan mulutnya untuk Anwar memekik ketika Rahim dimalukan dan gong "nepotisma dan kronisma" dibalun sekuat-kuatnya, seperti itu juga, Khalid Ibrahim meminjamkan mulutnya untuk Anwar menjerit-jerit menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ini adalah trend baru Anwar. Menghentam pesaka orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.
Sering bila berdepan dengan trend baru dalam political race, Anwar meminjam mulut orang kuatnya. Kali ini Khalid. Apa pun mulut Anwar buat masa ini dikhaskan untuk menjawab segala keraguan di Mahkamah. Mata beliau digunakan untuk menahan kerlingan Saiful Bukhari Azlan.
Sedangkan hati beliau dibelai dengan idaman menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September 2008.
Dato, isu Uitm adalah trend baju politik Anwar sahaja. Boleh dilupakan bila-bila masa.
11:07 PM
Klik sini untuk posting asal Dato Ruhanie Ahmad :: UiTM MILIK PENUH BUMIPUTERA
Saturday, August 09, 2008
UMNO AKAR UMBI RINDUI PEMIMPIN BESAR
- Berita dari gunung said...
-
Tidak dapat elak, setiap pemimpin dan kepimpinan ada baik dan cela. Datangnya dalam satu bakul, yang buruk dan yang baik.
Izinkan saya menyentuh tentang Koridor ekonomi negara yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa sebelum ini. Ia idea Abdullah. Bukan idea orang lain.
SJER (Iskandar) sudah menarik RM33 billion iaitu 70 peratus dari RM47 billion yang diperlukan untuk memajukan kawasan itu.
Seharusnya orang Johor berbangga dengan cetusan idea itu dan perkembangan yang ditunjukkan.
Tambahan pula advisory council terdiri dari Abdullah dan Ghani sebagai co-advisor dan dibarisi oleh Musa, Samsudin, Kishu Tirathai, Andrew Sheng, dan Robert Kuok.
Keluhan Shahrir baru-baru hanyalah sedikit kocakan yang boleh membetulkan keadaan. Kita cuma harap Shahrir lakukan lebih dari itu.
Sudah lewat untuk merungut tentang SJER. Pemimpin harus kuat untuk betulkan keadaan supaya tidak terus tergelincir. Kalau yang buruk berlaku, ada orang boleh lari ke Pulau Jawa kampung tok nenek. Ada orang boleh ke kampung bekas isteri di Amerika Selatan.
Manakala berjuta yang lain mungkin merempat di tepi gantang.
Abdullah wajar juga dilihat kehebatannya walaupun pahit, perit dan pedih. Cawangan yang mencalon Abdullah, saya kira bersedia menelan yang pahit, dan tentu bersedia jua menjelir lidah untuk mengecap manisan walau madu sudah terlebih masa dan jadi sedikit masam. - 9:38 PM
BERWIBAW... Friday, August 08, 2008


Dato dan rakan-rakan.
Dalam kesemua kerangka tindak tanduk, ada satu perkara penting, sering disebut kawalan atau check atau control.
Amalan ISO dalam skop industri pengilangan, meletakkan control pada tahap yang tinggi. Hidup mati sesuatu produk terletak kepada kegigihan skop control.
Marketing walaupun ia berperanan membawa produk ke mata,telinga, minda dan riba pelanggan, yang dijaja merata-rata ialah sebuah produk berkualiti yang melepasi tahap control.
Keghairahan kepimpinan Abdullah adalah pada tahap marketing sahaja. Tahap control atau kawalan adalah ringan.
Tidak ada CEO dalam mana-mana company membenarkan situasi dimana semua orang dalam second atau third layer kepimpinan boleh buat press statement sesuka hati.
Sebahagiannya sangat bercanggah. Sebahagian pula bersifat pre-emptive. Setengahnya malang sekali adalah adalah gagasan yang belum melepasi tahap endorsement dari Kabinet.
Kalau kita berlegar disebalik konsep management mudah, iaitu PODC; Plan, Organise, Do and Control, kaedah sedia ada dalam kepimpinan Abdullah sangat-sangat open-ended. Jika kita serius dengan sesuatu, sistem loop adalah sangat perlu dan wajar.
Company yang sihat adalah berfokus. Fokus mereka adalah simple dan well defined. Mereka akan mengambil masa untuk jadikan sebarang gagasan besar diterima dan dipunyai. Kemudian datanglah konsep ownership.
Tahap-tahap yang disebut itu, jika dilalui dengan tertib dan tersusun, diyakini tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan lagi.
Menghuraikan dengan panjang lebar apa itu control, adalah tidak menasabah kalau ianya ditujukan kepada mana-mana CEO. Mereka seharusnya sangat mahir. Element Control sepatutnya sudah sebati dalam diri mereka.
Ramai CEO memahami konsep control ini. Ramai pula menjadikan Tun Mahathir sebagai guru, bila menyebut tentang company wide management. Saya yang kerdil ini juga tidak terkecuali.
CEO yang berkesan akan mencatit dalam nota kecil penemuan-penemuan melalui observation. Mana-mana CEO akan digeruni malah dihormati bila beliau dalam sesi pengurusan mula membuka helai demi helai nota kecilnya. That is CONTROL! Dan wujudlah jawapan kepada soalan umum "WHO IS IN CHARGE?"
Kita perlukan banyak kemahiran dalam meredah hidup ini. Kemahiran bila diikat dengan wisdom atau kebijaksanaan menjadikan kita bukan calang-calang manusia.
CEO bukan untuk sembarangan manusia. Itu sebab ada frasa "easily said than done"
Maaf dan terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Korban.