Sunday, December 07, 2008

SHARING WITH MALAYSIAKINI: Rasuah era Abdullah Badawi

Untuk kesekian kali, saya ingin berkongsi dengan Malaysiakini, mengenai isu Rasuah. Ini bukan isu baru, malah ia berupa isu lama seawal-awal wujudnya manusia dalam kehidupan masyarakat. Mengendalikan isu rasuah secara santai, tidak mungkin menemui titik-titik kejayaan.

2. Umpama hujan ribut yang turun tidak henti-henti. Penoreh getah melihatnya dengan sedih dan pilu. Nelayan menyidai pukat dan seluar masam. Pekerja yang berkereta pergi dan balik dari tempat kerja dengan persoalan "Harap-harap tidak ada banjir kilat". Doktor di klinik swasta membuka tingkap rumah dengan hati yang sangat lega. Hujan baginya adalah rezeki. Anak-anak kecil dan orang tua akan sakit dalam kesejukan cuaca. Mereka akan membuka pintu klinik dengan lebih luas lagi. Pengendali MONSOON CUP di Terengganu pula akan terbuai dalam desir angin dan layar.

3. Rasuah juga begitu. Perkara yang sama tetapi dilihat berbeza oleh manusia yang pelbagai. Pembangkang jadikan isu Rasuah sebagai umpan dan political cry. Pemimpin juga menjerit isu ini untuk terus memaparkan isi hati yang tulus dan mengekalkan imej Mr Clean.
Namun rakyat biasa terjerat dalam kancah kehidupan yang memperlihatkan rasuah sebagai staple food, where you cant go without.

Dari Berita Malaysiakini
Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi

Chan Kok Leong | Sep 23, 08 4:57pm
Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.
Rujuk ini : Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi Malaysiakini


Dari Kudakepang Dato Ruhanie Ahmad
Juga Rujuk kajian Kudakepang Ruhanie Ahmad dalam blog beliau:
1.SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH...
2.SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
3.SIRI DUA:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
4.SIRI SATU:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH


4. Berita lama oleh Chan Kok Leong dalam Malaysiakini memaparkan fakta tentang rasuah. Betapa tidak ada perubahan ketara walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan. Dalam perang rasuah ini, wajar semua faham apa itu rasuah dan siapa pendokongnya sebelum sebarang usaha dilakukan. Takut kalau kita acu senapang, tetapi kita tembak dahan saja bukan burung punai.

5. Manakala Ruhanie Ahmad telah membuat kajian yang mendalam disebalik isu memerangi rasuah dalam era Abdullah. Di bawah ini saya turunkan semula pandangan saya mengenai isu Rasuah sebagai ulasan ringkas terhadap kajian rasuah Ruhanie Ahmad dalam kudakepang.


KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI AKHIR:
SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH...
Beritadarigunung said...

Dato dan rakan-rakan.

Dalam kesemua kerangka tindak tanduk, ada satu perkara penting, sering disebut kawalan atau check atau control.

Amalan ISO dalam skop industri pengilangan, meletakkan control pada tahap yang tinggi. Hidup mati sesuatu produk terletak kepada kegigihan skop control.

Marketing walaupun ia berperanan membawa produk ke mata,telinga, minda dan riba pelanggan, yang dijaja merata-rata ialah sebuah produk berkualiti yang melepasi tahap control.

Keghairahan kepimpinan Abdullah adalah pada tahap marketing sahaja. Tahap control atau kawalan adalah ringan.

Tidak ada CEO dalam mana-mana company membenarkan situasi dimana semua orang dalam second atau third layer kepimpinan boleh buat press statement sesuka hati.

Sebahagiannya sangat bercanggah. Sebahagian pula bersifat pre-emptive. Setengahnya malang sekali adalah adalah gagasan yang belum melepasi tahap endorsement dari Kabinet.

Kalau kita berlegar disebalik konsep management mudah, iaitu PODC; Plan, Organise, Do and Control, kaedah sedia ada dalam kepimpinan Abdullah sangat-sangat open-ended. Jika kita serius dengan sesuatu, sistem loop adalah sangat perlu dan wajar.

Company yang sihat adalah berfokus. Fokus mereka adalah simple dan well defined. Mereka akan mengambil masa untuk jadikan sebarang gagasan besar diterima dan dipunyai. Kemudian datanglah konsep ownership.

Tahap-tahap yang disebut itu, jika dilalui dengan tertib dan tersusun, diyakini tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan lagi.

Menghuraikan dengan panjang lebar apa itu control, adalah tidak menasabah kalau ianya ditujukan kepada mana-mana CEO. Mereka seharusnya sangat mahir. Element Control sepatutnya sudah sebati dalam diri mereka.

Ramai CEO memahami konsep control ini. Ramai pula menjadikan Tun Mahathir sebagai guru, bila menyebut tentang company wide management. Saya yang kerdil ini juga tidak terkecuali.

CEO yang berkesan akan mencatit dalam nota kecil penemuan-penemuan melalui observation. Mana-mana CEO akan digeruni malah dihormati bila beliau dalam sesi pengurusan mula membuka helai demi helai nota kecilnya. That is CONTROL! Dan wujudlah jawapan kepada soalan umum "WHO IS IN CHARGE?"

Kita perlukan banyak kemahiran dalam meredah hidup ini. Kemahiran bila diikat dengan wisdom atau kebijaksanaan menjadikan kita bukan calang-calang manusia.

CEO bukan untuk sembarangan manusia. Itu sebab ada frasa "easily said than done"

Maaf dan terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Korban.

Beritadarigunung said...

Dato dan pembaca.

Pandangan betapa usaha membanteras Rasuah era Abdullah seolah make-up saja untuk mengabui mata, adalah berat dan serius.

Ia bermakna mereka tidak serius dalam hal ini. Serius mereka hanya untuk memastikan Rakyat jadi terpesona dengan imej Mr Clean yang semestinya bersih dari rasuah.

Ruang bersih dalam kelongsong imej Mr Clean, dengan itu diisi usaha senyap-senyap dan terang-terang untuk mengisi kantong.

Apa pun ramai yang sedar Dato, diyakini Shahrir pun turut sedar. Cuma dalam era ghairah PAC dulu, ECM tidak berada dalam prioriti tinggi beliau.

Sebaliknya Shahrir lebih terpesona dengan rekahan pada MRR2, dan tentu beliau sudah sukat dengan measuring tape, dengan ruler atau sekadar main agak-agak saja pakai jari. Dengan serangan bertalu-talu terhadap Samy Vellu sementara Hindraf dibiar bermaharajalela, undi penentu dalam PRU12 berpihak kepada
sympathisizer mereka iaitu Pakatan Alternatif. Ramai seterusnya menggigit jari. Namun apa yang Shahrir tahu?

Permainan politik era Abdullah Badawi telah memapar wajah dan hati sebenar pemimpin-pemimpin UMNO. Kita tidak akan lupa gelagat Shahrir, Radzi dan Zaid.

Mereka kelihatan gigih dan gagah, tetapi amat vulnerable, hingga waktu-waktu tertentu saya simpulkan bahawa mereka ini sangat-sangat NAIVE dalam world view dan konsep nation building.

Terima kasih

KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI TIGA: SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Beritadarigunung said...

Dato

Wajar kita akui bahawa usaha memerangi rasuah adalah usaha yang sangat murni. Tidak kira sama ada semangat itu datang dari Abdullah sendiri atau sesiapa yang lain.

Dato menyebut tagline "Abdullah dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan jodol Abdullah: Perangi Rasuah Lahir Dari Hasrat Sendiri.". Ini memang menarik, kerana Abdullah lebih dari sekali berkata demikian.

Dalam wawancara TV untuk gagasan besar SJER, dihadapan orang kuat BERNAMA dan berjuta penonton yang lain, Abdullah menyebut "Ini idea saya sendiri".

Apa maksud semua ini? Seperti tajuk kecil dato "Dabik Dada", memanglah, memang itulah yang semua penonton rasai. Seperti zaman remaja, ada kawan yang tidak berapa lawar (istillah chedet}, sanggup keluarkan cerita sensasi bahawa gadis pingitan itu adalah miliknya, girlfriendnya, dan kekasihnya.

Itu adalah misguided reality. A make believe world. Dunia khayalan. Ego Trip. A psychological disease.

Rakyat Malaysia sedar game-plan Abdullah pada suatu peringkat itu, untuk menyindir Tun Mahathir dalam usaha memadam legacy lama. Ramai yakin Abdullah berhasrat melakar roadmap sendiri.

Hari ini Abdullah memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang hanya menggunakan isu Rasuah sebagai kuda tunggangan.

Sebenarnya rahsia kejayaan duduk atas keazaman, iltizam dan kewarasan. Aspek tersebut masih jauh panggang dari api.

terima kasih.


KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI DUA:
SIRI DUA:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH
Beritadarigunung said...

Rasuah yang sering digambarkan sangat jijik ini, jika dalam bisnes ia merupakan prerequisite atau prasyarat.

Istilah umum "no money no talk". Dalam bisnes, ada column untuk "entertainment" di buku akaun supaya semua belanja ke arah itu senang dikira dan boleh dituntut.

Umpama grease untuk melegakan mekanisma bisnes. Kereta perlu ganti minyak selinder selalu, setiap 10,000km dengan fully synthetic engine oil. Dunia ini ada kesamaan dalam banyak hal.

Untuk dapatkan bisnes, dapatkan loan SME, untuk clear itu dan ini, untuk tapak politik, semuanya perlu sedikit lobbying. Memangpun, masakan duduk diam-diam boleh dapatkan apa yang kita idam!

Tetapi bukan semua rasuah berbentuk wang. Kuasa yang disalahguna adalah manifestasi RASUAH yang sangat keji. Itu lebih buruk.

Bagi mereka yang cekap, rasuah sering kekal tersimpan dalam fail minda seperti dalam movie QUANTUM OF SOLACE, James Bond. Itu adalah fail yang tidak boleh dibuka-buka.

Dimanakah harus perang rasuah ini bermula. Atau "kepimpinan melalui teladan" perlu jadi gagasan penting untuk menolak segala-galanya kedepan. Itu untuk Abdullah fikirkan.

KOMEN BERITADARIGUNUNG dalam Kudakepang
SIRI SATU: SIRI SATU:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Beritadarigunung said...

Rasuah bukan senang untuk dihapus. Kerangka perlonjakan dalam domain kuasa UMNO memaksa rasuah jadi bertambah real.

Kita boleh kira secara kasar berapa bilion ringgit berlegar waktu pemilihan UMNO. Jangan tanya wang itu dari mana datangnya.

Barangkali itu sebabnya pengukuhan bumiputra dalam ekonomi terus jadi mimpi ngeri. Atas kertas ada, tetapi realitinya, projek dan wang untuk disepahkan.

Dulu Mohamad Hasan selesa bila Isa Samad direhatkan atas nama rasuah. Kali ini tentu ada yang akan direhatkan. Kalau tidak, apa justifikasi berbilion ringgit yang berlegar.

Harus ada "political will".


beritadarigunung