BUKIT MERTAJAM 9 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dilihat menghadiri majlis anjuran parti pembangkang itu.
Perkembangan itu sekali gus menimbulkan semula cakap-cakap mengenai cubaan untuk membawa bekas Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menyertai pembangkang.
Pada majlis kenduri sempena sambutan Aidiladha anjuran PKR di surau Permatang Rawa di sini, Arif dilihat bersalaman dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hendak meninggalkan majlis tersebut. [utusan malaysia]
beritadarigunung:
Terdahulu, Zaid disingkir dari Umno kerana kelihatan sering bersama dengan pembangkang, PKR dan DAP. Tetapi Zaid sekadar berkata "I am fine"