Thursday, December 25, 2008
TIMBANGTARA DALAM MALAYSIAKINI: UMNO khianati Zahar Hashim?
Begitulah kata Zahar Hashim dalam berita yang dipapar oleh Muda Mohd Noor dalam Malaysiakini semalam. Sering waktu kecil, strategi sebegitu sangat berkesan untuk melepaskan diri. Bila digasak, ada yang akan berkata "saya tak ambil, Farid yang ambil". Atau waktu si Ahmad berdalih "dia yang tumbuk saya dulu..." Begitulah lebih kurang, dalam melihat episod Zahar cara santai.
Bukan saya khianati Umno, Umno yang khianati saya.
2. Lebih baik kita lihat perkara asas tentang adat bisnes dan tender. Tender Eurocopter bukan sesuatu yang unik, ada beribu lagi tender dalam negara ini. Dalam tender ada beberapa hak. Yang berwibawa ada hak untuk bertanding, yang berkehendak ada hak untuk memilih. Proses tender adalah langkah selamat untuk memilih penender terbaik. Satu sahaja akan berjaya, manakala yang lain akan gagal.
3. Soal 1 juta kena bayar untuk masuk tender bukan perkara pokok, kerana untuk mereka yang lebih kecil, walaupun bayaran bukan satu juta, komitmen untuk bersaing tetap ditunjukkan walau hanya RM 100 sahaja. Dokumen juga bukan percuma. Untuk beribu kontraktor kecil kelas F, mereka tidak mampu untuk merajuk dan marah-marah setiap kali kalah. Kontraktor kelas F juga tidak akan merungut rugi RM100, kerana mereka tahu itulah caranya.
4. Yang kalah hari ini, mungkin akan menang esuk. Kerja-kerja untuk kelas F ada bersepah, dengan itu mereka berupaya untuk cuba berkali-kali, kalah berkali-kali dan mungkin menang beberapa kali. Untuk Eurocopter, tender itu sekali dalam berpuluh tahun. Tetapi penender bukan satu .......
5. Tender Eurocopter adalah tender kerajaan Malaysia. Memang ada orang Umno dalam kerajaan, tetapi untuk keluar Umno, masuk Pas dan pertikaikan pemilihan tender kerajaan Malaysia, adalah sesuatu yang sukar dimengertikan dalam business circles. Malaysia sebenarnya akan terus maju dengan peniaga-peniaga yang ada dayasaing sama ada peniaga itu ahli Umno, Pas, DAP, MCA atau insan tanpa parti namun tetap turun mengundi.
beritadarigunung
Rujuk
Umno khianati saya, kata Zahar
Umno's Zahar joins Pas New Straits Times, Malaysia
After complains about Eurocopter, Umno man defects to Pas The Malaysian Insider, Malaysia