2. Suatu masa dulu, ada seorang ahli politik terkenal tanah air memilih untuk guna lebuhraya tetapi tidak bayar TOL kerana katanya "apa mau bayar, lebuhraya pun sesak dan rosak-rosak". Difahamkan waktu itu, sebahagian dari lebuhraya yang dilalui oleh ahli politik itu sedang diturap semula. Tetapi berjuta yang lain, guna dan bayar sebagai warga yang baik.Petikan entri dalam Malaysiakini dari saudara KIT
My censure motion to cut the salary of Inspector-General of Police, Tan Sri Musa Hassan, in Parliament today was defeated by a 48 to 30 votes when it was put to the House.
I had moved the motion against Musa on two grounds, viz:
• For being more of a lobbyist for police megal deals instead of being the police leader to keep crime down and the country safe for Malaysians, tourists and investors; and
• Telling Malaysians that they had been living “a great lie” in the past five years under the Abdullah premiership by succumbing to the new police line that the real problem is not worsening crime situation or a misperception.
3. Kini mereka mahu menggasak Musa dari depan dan belakang. Waktu yang sama mereka menujah Gani Patail kiri dan kanan. Zaki mereka lakukan seolah nilai CJ tidak ada apa-apa makna. Dulu mereka lihat Raja sebagai rakyat biasa yang boleh dicerca.
4. Untuk apa semua tuduhan dibuat? Siapa yang mereka mahu sebagai Ketua Polis, Peguam Negara dan Ketua Hakim? Atau bagi setengah ahli politik, mencairkan kepercayaan rakyat terhadap ketua-ketua yang memegang tonggak keselamatan dan penghakiman adalah penting dalam menjelmakan kepercayaan rakyat terhadap kecenderungan politik ala Anwar, Karpal dan Lim. Satu kaedah buruk dalam permainan politik ialah menyerlahkan keburukan orang lain dengan andaian itu akan menyerlahkan kebaikan diri dan parti sendiri.
5. Berapa kali mereka perlakukan Najib, seolah beliau adalah pesalah yang wajar dihukum subuh ini juga, tanpa lengah-lengah. Betapa sebahagian jentera council (yang seharusnya lebih bebas dari itu) diperkuda seolah council adalah badan WANITA untuk pembangkang.
6. Berapa kali isu bangsa dilaung untuk menjerat kerajaan. Berapa kali pula dalam keghairahan untuk mencanai Bangsa Malaysia ada pula sisipan celaka bahawa "vernacular school must stay". Ahli politik sering bermain dengan isu tanpa komitmen dari sudut kenegaraan. Seolah semua mahu mengumpan sesuatu, seolah apa yang berlaku di Thailand juga mesti berlaku di negara ini.
7. Kini kita baru faham kenapa Abdullah Badawi memilih Zaid Ibrahim walaupun telah didapati bersalah atas isu politik wang sebagai senator dan Menteri Kehakiman. Hingga hari ini ada yang celupar bertanya " adakah wang untuk hakim yang dipecat juga perlanjutan kepada perspektif rasuah?". Yang penting, ahli politik alternatif membiarkan Abdullah terpacak segak bak "sacred cow". Bagi yang suka menyoal, kenapa sacred cow wajar dibiar dan jangan disentuh, usah tanya-tanya lagi. Politik licik bukan dilahirkan hari ini!
8. Kita hilang nilai kenegaraan dalam banyak hal. Ahli politik tidak menjadikan isu kenegaraan sebagai sesuatu yang bernilai dan bermakna. Bagi mereka, isu tetap isu, waktu berkempen dalam pilihanraya harus dipanjangkan hingga ke titik infiniti............
9. Ahli politik alternatif juga tidak berselera untuk melapah isu ECM Libra, mengenai menantu dan bapa, dalam nada yang sama. Sepertimana yang dijangka, lembu dibiarkan terus memakan rumput, kenyang dan bulat, supaya bila tiba waktu yang sesuai, lembu akan dibaringkan untuk upacara sembelih. Mereka tunjuk baik untuk menutup kekejaman. Apalah dunia tanpa muslihat dan kekejaman.
10. Itu pun kita belum sebut kisah karpal membelasah Bar Council, kerana tidak turun ke lantai untuk sama-sama menjerit supaya CJ Zaki jadi malu. Kenapa? For What? Ahli Politik kini semakin turun nilai pegangan. Keghairahan yang tidak bertepi, akhirnya akan memakan jatidiri rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu bila isu lingamgate melontar jurugambar bisu dalam kandang dewan. Dimana nilai kenegaraan yang mereka miliki. Mundar mandir dalam negara sendiri, tetapi memilih untuk kencing setiap bonggol di tepi jalan. Setengah diri kita menjadi terlalu rendah untuk mengibar sebarang bendera!!
May God bless us all.