Wednesday, December 17, 2008

POLIS MALAYSIA ada kredibiliti.

Saya ingin merujuk ulasan topblog Malaysiakini dengan tajuk "This is utter rubbish coming from the police force, which has long lost its credibility" oleh normanfernandez. Dalam keadaan begini, adalah lebih baik untuk saya mengambil langkah seorang rakyat biasa Malaysia, tanpa spontaneous ill-feeling terhadap establishment dan jentera-jenteranya.

2. Isu ini wajar dilihat dalam perspektif rangkaian politik jeritan yang masih ingin menggunakan jalanraya bukan dalam bentuk demonstrasi [aman atau sebaliknya] ala Bersih, Hindraf dan proksi-proksi parti politik yang lain. Rujukan kepada entri dalam Malaysiakini terdahulu masih relevan untuk membentuk konsep dan pandangan terhadap isu Jerit di jalanraya.[
Respect cyclists' right to enter Parliament, cops told , 'We acted to save under-aged cyclists' , S'gor police chief is lying, claims Jerit Dec 16, 08 5:05pm , ]

3. Negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen sejak merdeka lagi. Malaysia lebih istimewa lagi kerana kita ada raja dengan sistem yang disebut raja berperlembagaan. Kita telah dapat hidup dengan aman sepanjang ingatan kita.

4. Mereka yang lebih berumur, merasai kehidupan yang sengsara waktu penjajahan jepun dan waktu kominis bermaharajalela. Walaupun jarang disebut dalam sejarah, orang Melayu sebenarnya telah terpenjara sejak penjajahan bermula pada tahun 1511 lagi. Namun kehidupan seharian, dari waktu bangun hingga waktu tidur, dari segi makan dan minum dan dari segi kebebasan untuk turun kelaut dan berlumpur di sawah, orang Melayu umum tidak rasa apa-apa. Yang hilang sebenarnya adalah haluan dan jatidiri.

5. Demokrasi yang diamalkan dalam negara ini memberi peluang semua yang berdaftar dengan SPR turun mengundi untuk memilih kerajaan. Apabila terbentuk sebuah kerajaan, tanggungjawab merekalah untuk merencana dan mencorak arahtuju perjalanan negara ini. Setiap pilihanraya ada tempuh berkempen yang selalunya pendek sahaja.

6. Akhir-akhir ini ada tanda-tanda jelas bahawa pihak pembangkang cuba melanjutkan tempuh berkempen dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar kerajaan dan jentera kerajaan. Jerit bagi saya adalah salah satu pengisian program kempen pilihanraya yang dipanjangkan. Pemain-pemain kempen ini adalah proksi semata-mata.

7. Kemelut yang berlaku di Siam tidak wajar sama sekali jadi contoh untuk negara ini. Siam sudah berkali-kali tumbang dan bangun dengan permainan itu. Namun, itu bukan demokrasi acuan kita.

8. Jika kita percaya tanggungjawab Polis dan Tentera dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara, maka tindakan mereka wajar dihurmati. Lim, Teresa, Karpal, Sabu, Anwar boleh bercakap dan bertindak sebagai politician. Polis pula bertindak mengikut term of reference yang mereka ada. Kalau masing-masing curiga, mereka boleh tukar portfolio. Teresa boleh jadi Ketua Polis Selangor. Ketua Polis Selangor boleh jadi wakil rakyat.

9. Lebih kerap kita biasakan diri menghurmati orang lain dengan kemahiran, tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka pikul, lebih baiklah untuk kelansungan kesejahteraan negara. Yang menjerit belum tentu bijak dan waras.

10. Kalau ada yang masuk penjara atau tahanan sebab kesalahan tertentu dan mahu mendabik dada bahawa mereka adalah martyr, dan kita pula lupa pengorbanan seorang nelayan yang berjuang dengan alam untuk membesarkan anak-anak dan terpaksa pula berhadapan dengan penipu-penipu dalam sepanjang kerja dan hidup mereka.

11. Jangan kita terus mahu mengangguk kepala bersetuju dengan tindakan heroic seorang opurtunis politik yang berdiri depan kereta kebal, sedia mati untuk perjuangan yang kabur. Pengorbanan sensasi sering berbentuk visual. Manakala berjuta rakyat yang lain juga turut berkorban dalam pelbagai bentuk dan cara dengan senyap. Namun berjuta juga yang kelihatan baik, tetapi sebenarnya penipu.

12. Tidak ada apa-apa yang istimewa disebalik jeritan dalam perjalanan. Kalau polis ada kuasa menahan dan ambil tindakan, biarkan saja kerana kita juga wajar tahu menghormati orang lain. Apatah lagi kepada orang yang berkuasa.

Atau sudah ada rakyat Malaysia yang selesa dengan kehidupan anarki? Mereka boleh melancung ke Greece 4 hari 3 malan untuk menghayati erti politik berproksi dan anarki bila kanak-kanak bermaharajalela. Polis Malaysia bagi saya masih kental dengan kredibiliti.


beritadarigunung