Ruhanie Ahmad: TUN MAHATHIR ADALAH BERLIAN REBUTAN DUNIA ISLAM
Tun Dr Mahathir Mohamad menerima dua anugerah tertinggi – pingat emas kelas satu daripada Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services dan ijazah Phd daripada Tehran University of Medical Sciences – yang disampaikan di dua majlis berasingan di Tehran, Iran, pada 1 Disember 2008.
Ada beberapa negara Islam yang sangat lain coraknya. Lihat cara kasar, nampak gagah. Lihat lebih dalam, tertonjol cerita ada beli jet pejuang tercanggih, tetapi pilotnya orang luar.
Semuanya berlegar disebalik keazaman dalam nation building. Wajar kita ingatkan sesama kita, Malaysia jadi begini, eluk atau sebaliknya, bukan hal seorang dua pemimpin.
Terlalu lama, mungkin boleh tarik dari tarikh Melaka dibuka parameswara atau lewat sikit, waktu pintu Kota Melaka dibuka dari dalam untuk penjajah bermaharajalela.
Atau lebih lewat, waktu pejuang dianggap petualang, waktu Ishak Muhamad memungut durian tikus di Temerloh.
Atau lebih lewat lagi waktu Stadium Merdeka bergema dengan laungan Tunku, "Merdeka, Merdeka, Merdeka"
Atau waktu sengsara anak muda Melayu merantau di bumi felda, menginsafi betapa Melayu masih berpaut dengan tanah bagi menyala nostalgia bahawa bumi ini asalnya, Tanah Melayu.
Mungkin waktu setiap perancangan harus diteliti dengan penuh integriti, dengan butiran semua dikaji bila Tun Husein membaca satu demi satu.
Atau waktu semua kekangan dirempuh untuk meyakinkan umat melayu, bahawa "orang melayu tak boleh buat apa walaupun jarum sebatang" hanyalah dongeng untuk melekakan Melayu itu sendiri.
Atau kini, waktu semua orang boleh kata dan buat apa saja. Waktu dimana Melayu mesti kenal semula diri dan nilai sendiri, kerana peguam bumi ini tidak segan-segan mencerca Ketua Hakim sendiri, manakala yang lain tidak angkat pun telunjuk untuk membantah.
Dalam kerangka yang panjang itulah Tun Mahathir mempamir diri dan berbakti. Kalau ada yang tidak suka dengan Tun, melihat Tun Bagai Duri, bagi yang lain, baik dalam Tanah Melayu baik dalam Dunia Luar, Tun Mahathir tetap sebuah berlian.
Wajar juga kita faham kenapa Abdullah, mungkin menantu beliau juga, tidak mahu melihat Tun walau dengan ekur mata.
Wajar juga kita ambil maklum waktu Musa Hitam secara sinis mengulas isu Tun Mahathir keluar dari UMNO sebagai "duri sudah terkeluar".
Wajar juga kita ambil tahu kenapa pembangkang menyifatkan peralihan kuasa sekarang ini adalah petanda Mahathirisma akan kembali.
Apapun ramai sedar bahawa ramai anak Melayu jadi terdidik dalam era Mahathir dan mereka memiliki hati yang waja. Ramai yang berkongsi semangat kental untuk terus berjaya.
Tun Mahathir adalah mutiara untuk Tanah Melayu dan Dunia Lain.
beritadarigunung