Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya,
Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa............
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad http://kuda-kepang.blogspot.com/
BERITADARIGUNUNG: Azalina hanya cakap perkara yang suka di dengar oleh Pak Lah dan Idris. Azalina masih "budak". Azalina belum biasa dibelasah, sebab selalu menang tanpa bertanding. Dalam hal ini masih ada lagi yang bertanya, kenapa ramai sangat menteri pusat dari negeri Johor. Apa salahnya orang Johor bagitau Pak Lah, beri sikit sudah lah, banyak dah ni. Tak payah la orang Sabah dan Pahang tunjuk jalan erti "berhemah". Ghafur, adik Musa, Tengku Azlan sudah lebih dari menyindir.