Saturday, March 22, 2008

Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Berita TV sebentar tadi memberi gambaran bahawa Terengganu sedang bergelora. Istana telah mengumumkan Menteri Besar yang akan dilantik, manakala adun-adun yang lain berhasrat memulau majlis di Istana. Badan Pencegah Rasuah pula sedang menyiasat seorang ADUN berkaitan kerja penambakan tanah di Kijal.

Tak dapat tidak, kita boleh beranggapan bahawa permainan tarik tali kali ini adalah amat serius. Sementara Peristiwa Perlis berlangsung lancar dengan hati Shahidan saja yang terguris. Negeri Perlis yang kecil tanpa minyak dan pelaburan besar dibiarkan bergelora dan akhirnya teduh sendiri.

Minyak, pelaburan mega dan anjung hadhari menjadi rebutan di Terengganu dengan pimpinan Idris Jusoh. Harganya ialah ujian Rukun Negara ~ Kesetian kepada Raja dan Negara! Dan yakinkah pembesar bahawa penderhakaan kepada Raja, akan dilihat saja oleh rakyat jelata?

Sementara itu, petang tadi, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersemuka dengan pemimpin-pemimpin dari Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

BERITADARIGUNUNG