Semua orang kenal Nazri Aziz. Beliau kembali ke Parlimen kerana di sokong oleh 9830 pengundi Padang Rengas. Ada lagi 8081 pengundi menolak beliau. Peratus keluar mengundi ialah 75.2.
Pada tahun 2004 dulu, ada 9214 orang menyokong dia, dan 4442 orang pulak menolak. Tahun itu hanya 56.2% orang mengundi.
Nazri juga semakin tidak relevan dalam kancah Padang Rengas. Nazri pun macam Khairy jugak, bukan jenis kayuh basikal pergi sekolah di Padang Rengas, atau Lenggung, atau Lubuk Merbau, atau Kuak, atau Gua Badak. Dia belum tentu tahu apa umpan yang haruan suka. Dia belum tentu faham kenapa ada kampung namanya Kati disana.
Oleh itu, apa credential Nazri?