Saturday, March 29, 2008

Persepsi Halim PAS terhadap Ahmad Said.

BPR akan ajar Ahmad Said?
Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 6:26:28 am MYT
Harakah.


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Walaupun Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan tindakan beliau menerima Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu bukan soal menjatuhkan air mukanya, tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) dipercayai sedang digunakan untuk "mengajar" Ahmad.

Abdullah sebelum ini berkeras mahu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

BPR mengesahkan bahawa pihaknya telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan pihak tertentu untuk 'membeli' sokongan politik di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata, sehingga kini laporan yang diterima tidak membabitkan negeri-negeri lain dan hanya di Terengganu sahaja.

BERITADARIGUNUNG: Kalau betul Pak Lah ingin jatuhkan Ahmad Said dengan cara begitu, Pak Lah akan sengsara. Ada perkara sensitif yang tidak lagi boleh jadi mainan. Pak Lah amat faham. Kalau beliau masih tidak faham, Pak Lah akan terima kepahitan.