Berita Harian pada hari Rabu 26hb Mac masih menjadikan isu pemilihan Menteri Besar Terengganu sebagai berita penting. Kenapa Datuk Ahmad Said diberi watikah perlantikan oleh pihak Istana tidaklah menjadi perkara utama, tetapi yang menjadi bahan bualan umum ialah kenapa bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh tidak terpilih. Reaksi beliau dan 22 adun yang lain dilihat sebagai protes terhadap keputusan istana.
Datuk Ahmad Said berkata “ Saya tak tahu dan tidak pernah meminta menjadi Menteri Besar, saya menerima dengan kontroversi sedangkan orang lain terima dengan penuh kegembiraan, tetapi saya bercampur baur.”
Manakala Datuk Idris Jusoh, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pula berkata “ Saya reda dan sebagai manusia biasa, sedia memohon maaf jika melakukan kesilapan. Pada masa sama kita perlu hormati negara ini yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Berlembagaan yang dari konsepnya bermaksud kuasa raja itu bukannya mutlak”.
Dilaporkan bahawa Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMSS) menyokong kedaulatan Istana Terengganu dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan sama ada melalui pemasangan kain rentang atau percakapan penghinaan ke atas institusi raja berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Negeri Terengganu.
Kenyataan dianggap menghina oleh beberpa pihak tidak bertanggungjawab mengenai isu itu, dianggap sebagai melanggar prinsip Rukun Negara yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.
Wakil Alumni En Rosdeen Md Hasnan berkata adalah kurang wajar dan tidak sopan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi diraja terengganu dan mereka berikrar berdiri teguh di belakang Sultan Terengganu yang juga penaung alumni SMSS dan pemangku Sultan di atas keputusan Istana Terengganu mengenai pemilihan Menteri Besar..
Ketika ditanya oleh pemberita sama ada beliau masih mahukan Idris menjadi Menteri Besar, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata “ Saya tak fakir tiada sesuatu sesuatu yang tak boleh dilakukan (untuk mengatasinya)”.
Seorang menteri Thailand yang mengetuai bantahan terhadap rampasan kuasa September 2006 lalu menghadapi dakwaan menghina raja.
Jakrapob Penkair, seorang menteri yang bertugas dipejabat perdana menteri didakwa menghina keluarga diraja dalam satu ucapan di Kelab Koresponden Asing Thailand Ogos lalu. Jika didapati bersalah atas dakwaan itu dia boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.
BERITADARIGUNUNG: Antara perkara yang menarik ialah betapa 15 ADUN Perlis membelakangkan watikah Perdana Menteri untuk Shahidan, dan PM tidak langsung memberi reaksi simpati kepada bekas Menteri Besar Pelis. Di Terengganu pula, 22 ADUN memprotes istana kerana membelakang watikah PM untuk Idris sebagai MB sebaliknya melantik Ahmad Said.
Saya bersedia untuk mengenengahkan idea bahawa Terengganu wajar dilihat sebagai IRAQ dan AFGHANISTAN dalam kemelut ini. Kemelut ini sudahnya memberi ruang kepada pembangkang dan rakyat jelata prinsip-prinsip yang digunakan oleh kepimpinan dalam menangani kemelut Perlis dan Terengganu. Konsistensi prinsip yang dipegang adalah kabur.
Wajarkah kita meneka siapakah yang berwajah BUSH, SADDAM, KHATAMI, BIN LADEN dalam kemelut Perlis dan Terengganu. Taruhan dalam kemelut ini adalah MINYAK dan pelaburan. Harga diri dari sudut ketaatan kepada raja dan negara diuji sehalus-halusnya. Ada yang gagal nanti terutama bila harga diri berpintal dengan kuasa dan pengaruh.