Saturday, March 29, 2008

Apa kata salahuddin ayub tentang UMNO

Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri
Salahuddin Ayub
Fri | Mar 28, 08 | 4:54:24 pm MYT
Harakah.

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat 'bersilat' menderhakai istana Terengganu itu.

Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana

Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.

Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.

Apabila istana menamakan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu.

Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.

Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.

Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.

Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat.

Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.

Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan.

Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.

Ketua Dewan Pemuda PAS

BERITADARIGUNUNG: Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri, kata-kata itu sangat berat untuk UMNO. Tuduhan itu pada pandangan saya ialah untuk Pak Lah, Idris dan 22 ADUN Terengganu, dan beberapa pemimpin yang lain. Mereka bukan cermin kepada UMNO. Mereka adalah cermin kepada diri mereka sendiri. Mereka bukan lagi suara UMNO.

UMNO masih segar dan tidak akan jilat najis sendiri. Kalau beberapa ahli UMNO ingin menjilatnya, biarkan mereka. Tiada guna menghalang..