Friday, March 14, 2008

Kembalikan Keyakinan Rakyat

(seperti dalam Kuda Kepang~ Ruhanie Ahmad)

Lim Kheng Yaik telah bersuara tempOh hari, betapa penasihat Abdullah gagal melaksanakan tugas. Beliau selanjutnya memberi nasihat supaya penasihat-penasihat Abdullah ditukar.

Mukhriz mengingatkan Abdullah supaya melakukan sesuatu yang betul dalam menangani kemorosotan kepercayaan rakyat.

Samy Vellu tidak mahu apa-apa jawatan. Ong Ka Ting pun begitu. Maksudnya, mereka tidak kemaruk jawatan dan sedia ke tepi gelanggang. Namun Abdullah masih belum bersedia.

Johari dan Shahrir menggunakan platfom media utama untuk menangkis teguran Tun Dr Mahathir dengan bersahaja. Seolah-olah Tun Dr Mahathir tidak relevan dan seolah-olah rakyat sudah lama membenci Tun Dr Mahathir.

Musa Hitam tidak berupaya mengembalikan kepercayaan. Tidak ada siapa pun yang kenal dengan dia. Yang kenal dan ingat hanyalah mereka yang tahu peristiwa beliau merajuk untuk "test market" di London hingga Ramli Ngah Talib perlu terbang untuk memujuk. Selebihnya, adalah mereka yang masih ingat harumnya pusara di Memali.

Dalam pada itu, Abdullah masih merasakan perlu untuk memberitahu rakyat bahawa Khairy tidak ada pengaruh ke atasnya. Padahal semua orang tahu bagaimana media digunakan seolah-olah milik Khairy.

Barangkali dengan tersungkurnya Selangor, Khairy puas hati. Namun Khir masih terpacak teguh! Media gagal digunakan untuk menterjemahkan arahtuju kerajaan. Sebaliknya, untuk membelasah orang-orang tertentu.

Saya masih ingat suatu masa dulu ada gambar Khairy dalam akhbar dengan caption "bakal pemimpin". Dalam hati saya berkata, "Bull shit, kerja gila, melampau... and very bad taste".

Morosotnya kepercayaan rakyat kepada kerajaan bukan satu puncanya. Terlalu banyak. Ianya berlaku sikit demi sedikit. Seawal-awal dulu battle cry Islam Hadhari gagal diterjemahkan dengan baik. Masjid Kristal dan perkampungan hadhari yang dijadikan maskot Islam Hadhari, menjadikan rakyat tidak faham, dan seterusnya rakyat percaya bahawa Abdullah pun tidak faham.

Media gagal membina keyakinan rakyat. Ketelusan yang merepek dan gila hanya menyampaikan mesej bahawa kerajaan kita juga merepek dan gila.

Tidaklah salah untuk melutut depan Tun Dr Mahathir memohon maaf dan meminta nasihat. Tun Dr Mahathir sudah melalui pelbagai krisis dalam tempuh 22 tahun, dan dengan minda beliau yang tajam, sesuatu yang baik boleh diutarakan. Tengku Razaleigh pun apa kurangnya.

Rakyat jelata sudah pun bersuara dalam pilihan raya. Selebihnya adalah tanggungjawab Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Raja, saya yakin akan ikut saja. – 13 Mac 2008, 10:06 AM

- BERITADARIGUNUNG.