Saturday, March 15, 2008

Bila orang kecil hati, dia akan kata macam-macam.

(seperti dalam Kuda kepang - Ruhanie ahmad)


Dato,.. Akan ada yang tegur dan tak suka kalau kita ungkit hal sejarah.

Tahun 1969 adalah berketepatan dengan kemelut hari ini. DAP menang dengan berjaya ketika itu. Perarakan kemenangan dengan batang penyapu dikatakan pencetus 13 Mei. Dr Mahathir sudi bersikap jujur dan memberontak dengan warkah untuk Tunku. Dan akhirnya Razak keluar sebagai Perdana Menteri dan beberapa tahun kemudian ambil semula Dr Mahathir.

Suasana hari ini, mirip yang dulu. BN hilang 5 negeri. Yang kalah biarlah kalah. Apa nak kata. Tapi yang menang pun jadi bola. Shahidan dibuat macam bola. Idris belum tentu lagi, mungkin jadi bola jugak.

Penggal lalu, penuh dengan peristiwa "kecewa dan kecil hati". Rakyat yang sayangkan Tun Dr Mahathir rasa kecil hati. Rakyat yang mahu terus hidup kecil hati dengan kenaikan kos hidup. Masyarakat India rasa kecil hati dan kecewa dengan peristiwa Hindraf.

Pengundi 2004 kecewa dengan MP Jasin dan Kinabatangan. Rakyat meluat dengan gelagat Pemuda "belum sunat".

Ibubapa melonjak suka, bila PM kata "La ni yuran sekolah tak payah bayar, percuma". Kemudian terkejut kerana kena bayar lebih dari dulu-dulu pada awal tahun. Orang rasa kecil hati dengan benda kecil-kecil.

Untuk pengetahuan Abdullah dan Hishammudin, jumlah ibubapa yang hantar anak sekolah awal tahun baru-baru ini, berjuta-juta jumlahnya.

Penggal lalu, adalah penggal malang. Kerajaan tidak sensitif. Sedikit mirip kepada Bongkak.

Perdana Menteri jangan pulak kecil hati kalau didesak berhenti. Rakyat sudah dijadikan begitu. Sebab kerajaan lalu tidak peka. Dan penasihat2 pulak busuk hati.

Kalau Abdullah masih ingat, dulu Tun Dr Mahathir ambil masa sikit untuk runding dengan masyarakat China, sampai pujuk Kuan Yew turun KL ikut lebuhraya. Itu cara layan tuntutan. Bukan "Politic is an art"? Hindraf kita layan macamana? Rakyat kita layan macamana? Khir kita layan macamana? Khairy kita lonjak macamana? Ibrahim Ali kita layan macamana?

(Bukankah Ibrahim Ali sama saja dengan Shahrir yang cakap pandai. Kedua-dua dah test market, dan pengundi kena turun calit kertas undi, untuk tenguk nganga mulut Shahrir dan Ibrahim yang luas. Musa pun dah test market sebelum 1987)

Saya minta maaf kalau terkasar. Orang bila kecil hati, dia boleh cakap yang bukan-bukan. Bukan itu lumrah?

9:58 AM

~ Beritadarigunung


.