Kita sebut dalam bahasa mudah. Rakyat mengenali Pak Lah, Radzi dan Khairy. Ketiga-tiga insan ini berada dalam rating terendah pada saat-saat pilihanraya.
Kita tahu, Khairy mendapat tempat dalam media perdana. Mulai hari ini ada usaha akan dibuat untuk mengutip setiap inci, setiap patah perkataan Khairy dalam media perdana. Rakyat tidak suka dengan Khairy dan pengaruhnya ke atas PM.
Rakyat tidak kenal Musa Hitam. Kalau itu yang dimaksudkan penasihat agong PM, maaf,..... kita seolah sudah lupa bahawa darah itu warnanya merah, dan kita tidak lagi sedar bahawa darah akan mengalir keluar jika badan dikelar. Cucu Memali boleh mainkan semula filem lama untuk Pak Lah dan Musa.
Khairy, Radzi dan Musa.... bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan bendahara atau temenggung. Maaf, saya terkasar. Maaf sekali lagi.