Friday, December 05, 2008

Ulasan TopBlog Malaysiakini: POTONG GAJI TERESA KOK.

Topblog Malaysiakini Teresa memaparkan isu potong gaji dalam Usul Potong Gaji Menteri Dalam Negeri & KPN Hampir Lulus Di Dewan Rakyat :-) | Teresa. Bukan Teresa tuntut gajinya dipotong. Siapa mahu tuntut gaji sendiri dipotong? Itu tentu orang gila saja yang akan buat. Ini cerita sensasi potong gaji Menteri Dalam Negeri dan KPN.

Dari Topblog Malaysiakini
Usul Potong Gaji Menteri Dalam Negeri & KPN Hampir Lulus Di Dewan Rakyat :-) | Teresa
Sejak saya dibebaskan daripada ISA, dah lama saya tunggu peluang untuk membentangkan usul potong gaji Menteri Dalam Negeri Syed Hamid dan Musa Hasan, Ketua Polis Negara di dalam Dewan Rakyat. Akhirnya saya dapat peluang pada hari ini. Pada waktu yang sama, Lim Kit Siang juga membentangkan usul potong gaji ke atas Ketua Polis Negara dan beliau juga diberi peluang untuk berucap atas usulnya.
Kita mulakan, siapa itu Teresa?

Nama: Teresa Kok Suh Sim
Jantina: Perempuan
Tarikh lahir: 31.3.1964
Umur: 44 tahun
Suku kaum: China (Hakka)
Agama: Kristian
Pelajaran:
  • USM
  • UM
Kerjaya: Ahli Politik DAP mewakili kawasan Parlimen seputeh dan DUN Kinrara.
Rumah Keluarga: Taman Rainbow, Jalan Ipoh. KL.

Tahanan ISA:
  • mula 12 September 2008
  • tamat 19 September 2008
  • tempoh: 7 hari saja?

2 Untuk mengetahui lebih dari itu, kita perlu menjelajah alam maya, tentu akan terjumpa lebih dari yang terpapar. Yang ada diatas ialah personal detail beliau yang bersifat factual. Untuk menyelami lebih dalam, wajar diikuti rentetan keterlibatan Teresa dalam kancah politik. Kerenah Teresa dengan api bangsa dan agama bukan perkara asing bagi mentor beliau Mr Kit. Seperti McGuyver suka apa saja komponen letrik untuk jadikan gadget, Mr Kit juga suka bermain dengan benang fabrik sosial, bukan untuk menjalin jadikan kain yang kemas dan bersih, tetapi sekadar untuk bermain-main dan menguji elasticity fabrik sosial.

3 Mr Kit dan Teresa belum pernah lihat dengan mata kepala sendiri apa jadi di Simpang Jalan Kampung Medan beberapa tahun yang lalu. Mr Kit dan Teresa bukan jenis manusia yang rela berkotor dan berlumpur dalam kancah kehidupan manusia berbilang bangsa yang real dan sebenar.

4 Mr Kit dan Teresa bukan tahu apa makna Sungai Manik. Dalam sungai itu, bukan ada mutiara atau manik yang boleh didulang untuk jadi bahan jualan dengan untung berlipat ganda. Sungai itu hanyalah sejalur air yang memberi ruang kepada manusia di sana mengenali diri mereka sendiri dan melihat kedudukan dan taraf mereka dalam persada dunia luas dimana orang sanggup membunuh hanya untuk telaga minyak dan kuasa. APAPUN SUNGAI MANIK tetap memberi cahaya kepada nusa dan bangsa lebih dari retorika yang terkeluar dari mulut ahli politik terhambur sama dengan air liur basi mereka.

5 Sungai Manik bukannya dewan yang memberi ruang untuk manusia berdansa, bercakar, bertempik, bergurau senda dan sebelum pulang minum semeja dengan ketawa berjela-jela.

6 Sepertimana Bukit Kepong juga yang meratapi jasad-jasad yang kenal perjuangan hingga ketitisan darah terakhir. Dunia sebenar adalah dunia jasad, hati dan perjuangan. Dunia sebenar adalah dunia tercekik bila ada yang gila mencekik. Barangkali itu sebabnya ada frasa "cekik darah".

7 Kalau pemimpin alternatif terpesona dengan Drama Thailand baru-baru ini, mereka juga harus sedar dengan Drama Tianamen Square di Cina suatu masa dulu yang membawa penggelek jalanraya untuk meratakan timbunan manusia yang ghairah dengan demokrasi celaka.

8 Mereka sedar tetapi mereka lupa. Mereka juga tahu bahawa jika isu bangsa dan agama tidak digunakan, kewujudan mereka tidak lagi relevan.

9 Rakyat memahami gelagat mereka yang terus menerus kritik apa saja yang berkait dengan undang-undang , keselamatan dan kehakiman. Selepas Zaki dan Gani, kini mereka mencerca Musa dan Menteri. Mungkin kebetulan saja Zaki, Gani dan Musa adalah dari kaum Melayu.

10 Yang jenakanya mereka membiarkan Perdana Menteri duduk diam-diam. Seolah kucing sedang bermain-main dengan tikus yang sudah cedera, mereka juga sangat sadistik dan sedia dengan gigi dan kuku yang tajam untuk Final Kill.

Apa yang lain akan benarkan permainan seperti ini?
Atau ada batang penyapu untuk menujah kucing yang sangat sadis itu?

Maaf Teresa, do not sue me. I am harmless, just a little mocking bird.