Sunday, August 24, 2008

Permatang Pauh 7: Anwar dan Liwat di kopitiam

BERITADARIGUNUNG

Memang dunia terbuka kini. Kemerosotan lapis ozon pula jadikan langit tiris dan ternganga. Malaysia tidak terkecuali. Ramai suka dengan keterbukaan demokrasi ala Malaysia. Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah manifestasi keterbukaan yang dimaksudkan. BN, PKR dan AKIM saling tembak menembak. Setakat ini belum ada yang cedera.

Di celah kekalutan berpolitik Abdullah menaiki kemudahan awam di Kuala Lumpur. Berita muka depan menafsirkan Abdullah berjiwa rakyat. Sepantas kilat harga minyak pun turun sedikit, juga dengan hasrat rakyat berterima kasih dan terjemahkan dalam peti undi.

Baru-baru ini kami berkumpul lagi di kopitiam, tempat ramai bertemu, minum, bincang dan sembang. Dalam Dewan Rakyat, ada masanya, Ahli Parlimen sembang kosong. Dari atas kerusi roda pun ada yang berani mencabar. Kopitiam menjanjikan sesuatu yang lebih down to earth kata orang. Yang duduk keliling meja bulat tak boleh saling tuding menuding, cabar mencabar dan tinggikan suara. Silap-silap dihambat keluar. Silap-silap mata lebam kena baham. Lebih malang jika hilang kawan. Kopitiam adalah tempat bertemu kawan, bukan untuk lawan atau cari lawan. Kopitiam adalah tempat yang tertib dengan etika sejagat.

Satu tajuk menarik dibincang baru-baru ini. Ada yang sungguh-sungguh beritahu versi Anwar dan Liwat. Meja bulat dikelilingi dengan doktor, jurutera, polis, imam, pekebun, peniaga dan penganggur. Tidak ada ahli politik. Tetapi semua berminat dengan politik, kerana meja itu yakin bahawa permainan politik telah mempengaruhi kehidupan rakyat, oleh yang demikian dari diam baik berbicara.

Suatu masa dulu, ada seorang menteri singgah di sebuah hotel. Seperti biasa menteri dibontoti oleh juak-juak, pegawai-pegawai dan polis. Ada polis beruniform dan ada yang tidak. Semua naik ke atas dengan lif. Menteri pun naik sekali dengan seorang pemuda. Sampai tingkat 13, menteri minta semua turun tunggu di bawah saja. Juak-juak dan pegawai-pegawai akur dan turun. Polis pula tidak, sebab mereka jaga keselamatan menteri tersebut.

Menteri masuk bilik dengan pemuda tersebut. Polis tunggu merata tempat di aras 13. Ada juga yang tunggu ditangga kecemasan.

Tak beberapa lama kemudian, menteri keluar dengan pemuda tersebut. Menteri tersenyum. Pemuda itu beredar pergi. Polis kehairanan. Juak-juak yang tunggu dibawah tidak tahu apa-apa.

Kawan kami merujuk kepada menteri tertentu, tetapi tidak wajar kita sebut namanya disini. Memadai sekadar ambil maklum dan ambil ikhtibar. Sejarah Melayu versi selanjutnya harus memaparkan kisah ini, patut ditokok tambah sana sini supaya tidak keterlaluan real nya. Akhirnya cerita itu jadi dongeng melayu.

Harus juga diingat, dongeng melayu jarang yang kosong macam tin kosong, sebaliknya padat dengan pengajaran.

Kisah Anwar dan Liwat adalah pengajaran penting abad ini, penting kerana Liwat boleh timbul bila dilapor dan hilang bila dinafikan.

Dalam kes menteri dan pemuda, kami tidak memaksa rakan itu muncul untuk menerangkan versinya. Lagipun katanya benda dah lama, berpuluh tahun, lebih baik dilupakan. Sejarah Melayu juga adalah koleksi cerita-cerita lama yang dibukukan. Yang baik pun boleh jadi pengajaran, yang tidak baik pun wajar dijadikan pengajaran. Buat Iktibar kata orang.

Anwar dan Liwat adalah versi lain, yang menunggu masa untuk bahas dalam Mahkamah. Itu antara Saiful dan Anwar sahaja, yang lain boleh ketepi. Sudah jadi ketentuan untuk Anwar sering memilih handsome boys, apa nak kata, itu pilihan dia.

Bila ada yang menyebut Saiful sebagai Pembancuh Kopi sahaja, maka ramai bertanya "Anwar kini macam raja, bawa pembancuh kopi ikut trip ke luar negara. " Dan jangan tanya juga kalau kopi itu jenis 3-in 1, atau kopi Hang Tuah atau kopi Jantan. Warung tepi kaki bukit dekat jalan masuk kampung Ceruk Tok Kun pun ada jual kopi Jantan. Mungkin tak sesedap mana. Ramai tidak tahu Anwar ketagih kopi. Kenapa tidak?

Kata Ezam, Anwar bercakap dua bahasa, satu masa berkuasa dan satu lagi masa tidak berkuasa. Seorang penulis menyebut, Anwar ada dua watak, conquering and vulnerable

beritadarigunung