Sunday, August 31, 2008

Tun mengulas tentang mengenang budi pemimpin lama.

beritadarigunung

Saya sering menjengah blog Tun. Kupasan dari Tun memberi makna yang mendalam. Posting Tun yang terbaru tentang Mengenang Budi Pemimpin Lama jadikan saya sedikit terharu.

Bukan Abdullah sahaja yang menentang Tun suatu masa dahulu. Musa Hitam masih hidup. Shahrir masih hidup. Radzi masih bernyawa. Saya tidak percaya ketiga-tiga mereka sekadar bertenggek ditepi gantang kabinet Abdullah. Masakan mereka lupa dendam Team B.

Dimana-mana pun, kita dapat melihat bad loser dengan ragam mereka. Abdullah adalah bad loser yang nyata. Dendam lama tidak pernah padam disebalik muka alim. Bila Abdullah, Musa, Shahrir dan Radzi berpakat, ragam bad loser jelas menyerlah. Kalau tidak, tidak akan terkeluar kata-kata "Duri sudah keluar" dari mulut Musa, waktu mengulas perletakan keahlian Tun dari UMNO.

Kita terkeliru antara duri dan daging. Yang sudi mengkaji, akan faham kerenah Abdullah, Musa, Shahrir dan Radzi. Mereka adalah bad loser, dalam perspektif duri dan daging, mereka adalah daging busuk. Maaf.

Merujuk tulisan Tun Dr Mahathir dalam : MENGENANG BUDI PEMIMPIN LAMA

beritadarigunung