Monday, November 27, 2006

Statesmanship

Bahasa mudah disebut sebagai negarawan. Ada sesuatu yang menarik dalam istilah itu dan sememang kita harapkan sesuatu yang menarik dari seorang negarawan. Saya suka mengupas dengan lebih dalam dilain masa, tapi buat masa ini, memadailah dengan mengatakan bahawa kita berasa SELAMAT dengannya sebagai pemimpin. Kita rasa kesejahteraan kita ini sebagai rakyat dijaga dan sentiasa terbela, malah kita rasa maruah negara juga dipelihara, dan akhirnya negara kita bukan melukut tapi beras gred AA11.