Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, September 05, 2014
Kompromi dalam Politik MALAYSIAKINI
Politik adalah wadah kuasa dan pengaruh. Tidak lebih dari itu. Dalam ramai yang serius berpolitik mungkin terdapat jua beberapa kerat yang jujur, tulus, tegak dengan prinsip. Namun pokok pangkalnya, mereka yang terjun dalam dunia politik wajar dan terpaksa pikul tanggungjawab menjaga kesejahteraan negara dan rakyatnya. Mereka yang berpolitik boleh melalak sesuka hati sebagai pembangkang, boleh sentiasa memburuk-burukkan parti lawan yang memerintah.
Tapi ada satu garisan nipis yang akan memisahkan politik kotor dengan politik suci bersih. Awas jangan dalam keghairahan berpolitik menyanggah apa jua usaha kerajaan mereka bertindak dan melanggar garisan kewarasan dengan memburuk-burukkan negara sendiri.
Politik, Kerajaan, Negara, Kedaulatan berada pada aras-aras berbeza.
Rakyat tidak perlu jadi terlalu gila dengan politik.
Saturday, October 25, 2008
Mengulas Malaysiakini: Umno is a bully
Bully asal dari Bahasa Inggeris. Dieja b u l i dalam Bahasa Melayu. Orang Malaysia tidak canggung menggunakan perkataan buli dalam perbualan harian; rojak, pasar mahupun baku. Ada filem tempatan bertajuk buli. Buli dalam filem penuh dengan jenaka, sedang buli dalam dunia real, menakutkan dan menghimpit perasaan. Jenaka untuk pembuli, tetapi sengsara bagi mangsa buli.
2. Asrama sekolah sejak dulu adalah incubator untuk bibit-bibit buli. Namun buli tidak kemana, hilang bila misai mula tumbuh dan janggut menampak diri. Pembuli dan mangsa buli akhirnya adalah kawan bukan lawan selepas era sekolah. Mereka ketawa waktu mengheret anak-anak sambil menyingkap kisah lama.
Baik kita lihat dari sudut dominance.
3. Antara takrif bully ialah :
A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people.
A person having higher dominance status.
4. Dalam kandang binatang, ada yang lebih dominan. Dalam kandang juga tidak boleh ada banyak yang jantan. Kalau tidak kandang adalah medan sengketa, dan akhirnya yang kuat akan muncul dan lebih dominan ke atas yang lain. Begitu hidup binatang dalam kandang.
5. Dunia binatang dalam hutan pun begitu. Anak-anak jantan tahu bila tiba waktunya, mereka harus pergi, mencari betina dan membiak. Hidup ini berpaksikan dominan. Ketua lahir dicelah permainan dominasi!
6. Dalam hidup yang primitif juga kita belajar tentang ketua puak. Ketua akan buat apa-apa juga yang wajar untuk teruskan kelangsungan hidup. Kalau makanan berkurangan, ada yang diterajang keluar dan dibaham hidup-hidup.
7. Kita hidup dalam era moden, tetapi kerangka primitif hidup tidak pernah hilang. Yang kuat akan tegak berdiri, yang lemah akan tunduk melutut. Kita lihat dari sudut sebuah negara. Amerika menampar dada dimana-mana. Iraq dan Afghanistan hancur jadi debu dan madu disedut bertalu-talu.
8. Dalam suasana tempat kerja, ketua bawa peranan pembuli. Yang menyimpang akan dibetulkan haluan, dan yang keterlaluan akan dihukum malah dibuang. Dalam keluarga juga ada unsur dominasi. Ada hadiah, ada puji dan ada reprimand!
9. Dominasi adalah permainan hidup yang primitif. Aspek ini akan kekal semoden mana sekalipun hidup manusia dan binatang.
10. Tanpa dominasi, kelangsungan hidup akan terburai, kerana orang tidak kenal lagi siapa ketua, dan masing-masing mahu menampar dada hingga tiada pula yang mahu mendengar kata. Bila ramai gagal memahami perlu ada dominasi positif, maka huruhara akan berlaku. Selepas huruhara reda, yang terkuat akan tampil untuk mengulangi makna dominan dan dominasi, bukan buli kerana buli adalah mainan kanak-kanak sahaja.
11. Jangan pula terkeliru dengan babak-babak buli dalam dewan rakyat. Itu adalah buli yang tidak membawa apa-apa makna dalam demokrasi. Itu sekadar selingan dalam perbahasan yang panjang dan menjemukan. Tidak ada mangsa buli yang jelas dalam dewan rakyat, kerana masing-masing ada peluang mengepak sayap dan berkokok dalam kandang. Anwar pun sudah mengepak sayap dan menjurai ekur lebih 4 jam, namun taji belum tajam-tajam.
12. Masyarakat ideal perlukan watak ketua yang dominan. Kalau semuanya sama rata dan lembab-lembab belaka, kita semua berpaut-paut menuruni lurah durjana untuk menamatkan satu tamadun bangsa dan negara.
Huraian ini terlalu basic dan mungkin tidak dianggap relevan dan berguna. Maaf.
beritadarigunung
Dari Malaysiakini
PRS: Umno is a bully, so is PBB
Oct 25, 08 9:09am
A Parti Rakyat Sarawak division leader wants Umno and PBB to stop thinking ‘dominance’ and start thinking of allowing other BN parties to run their own shows. If not, PRS has other options, he warns.
- Proofs of dominance and bullying
- Wake up to political realities
2. Asrama sekolah sejak dulu adalah incubator untuk bibit-bibit buli. Namun buli tidak kemana, hilang bila misai mula tumbuh dan janggut menampak diri. Pembuli dan mangsa buli akhirnya adalah kawan bukan lawan selepas era sekolah. Mereka ketawa waktu mengheret anak-anak sambil menyingkap kisah lama.
Baik kita lihat dari sudut dominance.
3. Antara takrif bully ialah :
A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people.
A person having higher dominance status.
4. Dalam kandang binatang, ada yang lebih dominan. Dalam kandang juga tidak boleh ada banyak yang jantan. Kalau tidak kandang adalah medan sengketa, dan akhirnya yang kuat akan muncul dan lebih dominan ke atas yang lain. Begitu hidup binatang dalam kandang.
5. Dunia binatang dalam hutan pun begitu. Anak-anak jantan tahu bila tiba waktunya, mereka harus pergi, mencari betina dan membiak. Hidup ini berpaksikan dominan. Ketua lahir dicelah permainan dominasi!
6. Dalam hidup yang primitif juga kita belajar tentang ketua puak. Ketua akan buat apa-apa juga yang wajar untuk teruskan kelangsungan hidup. Kalau makanan berkurangan, ada yang diterajang keluar dan dibaham hidup-hidup.
7. Kita hidup dalam era moden, tetapi kerangka primitif hidup tidak pernah hilang. Yang kuat akan tegak berdiri, yang lemah akan tunduk melutut. Kita lihat dari sudut sebuah negara. Amerika menampar dada dimana-mana. Iraq dan Afghanistan hancur jadi debu dan madu disedut bertalu-talu.
8. Dalam suasana tempat kerja, ketua bawa peranan pembuli. Yang menyimpang akan dibetulkan haluan, dan yang keterlaluan akan dihukum malah dibuang. Dalam keluarga juga ada unsur dominasi. Ada hadiah, ada puji dan ada reprimand!
9. Dominasi adalah permainan hidup yang primitif. Aspek ini akan kekal semoden mana sekalipun hidup manusia dan binatang.
10. Tanpa dominasi, kelangsungan hidup akan terburai, kerana orang tidak kenal lagi siapa ketua, dan masing-masing mahu menampar dada hingga tiada pula yang mahu mendengar kata. Bila ramai gagal memahami perlu ada dominasi positif, maka huruhara akan berlaku. Selepas huruhara reda, yang terkuat akan tampil untuk mengulangi makna dominan dan dominasi, bukan buli kerana buli adalah mainan kanak-kanak sahaja.
11. Jangan pula terkeliru dengan babak-babak buli dalam dewan rakyat. Itu adalah buli yang tidak membawa apa-apa makna dalam demokrasi. Itu sekadar selingan dalam perbahasan yang panjang dan menjemukan. Tidak ada mangsa buli yang jelas dalam dewan rakyat, kerana masing-masing ada peluang mengepak sayap dan berkokok dalam kandang. Anwar pun sudah mengepak sayap dan menjurai ekur lebih 4 jam, namun taji belum tajam-tajam.
12. Masyarakat ideal perlukan watak ketua yang dominan. Kalau semuanya sama rata dan lembab-lembab belaka, kita semua berpaut-paut menuruni lurah durjana untuk menamatkan satu tamadun bangsa dan negara.
Huraian ini terlalu basic dan mungkin tidak dianggap relevan dan berguna. Maaf.
beritadarigunung
Thursday, September 04, 2008
Mahathir mengulas "kenapa saya tak buat apa-apa"
beritadarigunung
1. Tun dalam blognya chedet menyentuh sesuatu yang berat mengenai kepimpinan kerajaan Malaysia hari ini. Tun mengisi ruang blognya WHY DON'T I DO SOMETHING pada 3 september 2008 dengan nada sedih. Ramai turut rasa pilu, namun ada yang menyifatkan tulisan Tun kali ini bersifat apolagetik.
2. Kalau itu disifatkan satu perjuangan, maka Tun sebenarnya sudah lama menuntut perletakkan jawatan Abdullah Ahmad Badawi. Secara umum, apa yang Tun minta, bukanlah perkara baru dalam senario politik negara.
3. Dalam proses memanjat tiang licin, akhirnya seorang sahaja yang boleh tiba dipuncak. Dalam kedudukan yang sangat strategik diatas sekali, juara senang meninjau sekeliling untuk menangkis sebarang ancaman dari bawah dan luar. Itulah yang akan dilakukan oleh mana-mana juara. Biar lembik, biar keras, biar pandai, biar pun lembab. Perjuangan politik negara dicemari secara umumnya dengan sifat rakus mahu naik ke atas. Yang berada dipuncak hanya boleh jatuh, kerana orang itu turun sendiri atau direntap turun atau diperdaya oleh orang sekeliling lalu menggelongsor sendiri.
4. Abdullah sebagai politikus veteran, sangat peka dengan situasi ini. Mempertahankan kedudukan adalah perkara lazim dalam politik. Politik juga boleh membutakan, kerana rakyat biasa sangat dengan retorik dalam menangkis ancaman.
5. Membina tembuk disekeliling kubu adalah langkah yang telah Abdullah lakukan. Shahrir bila dibawa masuk semula adalah strategi yang baik. Shahrir ada parut lama sejak pilihanraya kecil 1988 di Johor Baru. Kemenangan besar Shahrir waktu itu tidak dapat memadam rasa dendam terhadap Tun. Tindak tanduk Shahrir dalam menangkis ancaman dari Tun adalah natural. Malah ramai lagi sedia memberi betis dan paha, supaya todak tidak menusuk perut pemimpin, dan mereka rela berkorban.
6. Apa lagi dalih yang dapat diberikan apabila Mahdzir Khalid merobek Tun tanpa belas kasihan. Osman Aroff sedia duduk bersebelahan tetapi pisau lipat tersimpan dalam kocek baju. Johari Baharum boleh menangis tetapi sanggup merembas bukan dengan belati, cuma dengan ranting keduduk sahaja. Usah kita tanya tentang Shahrir.
7. Nazri tidak peduli apa reaksi rakyat, bila secara sepontan beliau telanjang bulat dalam TV menunjukkan paha dan betis yang sedia ditujah todak, demi mempertahankan pemimpin beliau. Orang dapat melihat sifat sebenar Nazri samada berbaju atau bertelanjang bulat.
8. Waktu Tun keluar dari UMNO, reaksi pedas dari pemimpin-pemimpin dapat rakyat saksikan. Kemuncaknya ialah reaksi bisa dari Musa Hitam "duri sudah keluar". Saya ada pandangan peribadi terhadap Musa. Beliau sedia menyifatkan Tun sebagai duri, saya juga sedia menyifatkan Musa sebagai Daging Busuk yang perlu segera dibuang.
9. Walau saya belum cukup tua waktu Memali mandi darah, saya kecewa dengan sikap santai Musa waktu itu. Sayang sekali, semangat Melayu Musa terlalu rapuh. Atas nama beliau ada titisan darah bangsa Melayu. Tetapi atas nama beliau tidak ada setitik pun darah bangsa eropah merempat di Venezuela, Colombia atau Argentina. Musa boleh baham daging bangsa sendiri bila lapar. Musang pun tidak tergamak berbuat begitu.
10. Kritikan Tun saya jangka tidak dikaji dan dikupas oleh barisan kepimpinan Abdullah. Apa juga yang terkeluar dari mulut Tun dilonggokkan dalam bakul yang bertanda "Ancaman". Dalam Strategic Planning, Threat atau Ancaman perlu ditangkis. Sayang sekali, kerana kerajaan Abdullah melihat Tun sebagai ancaman. Lalu rakyat menunggu setiap hari, melihat kapal tersasar, melihat layar yang koyak untuk mengumpul angin dan kecewa melihat Abdullah tidak menguruskan kemudi dengan cermat dan cekap.
11. Saya selalu mengatakan bahawa sifat dendam dalam manusia jarang padam. Pertembungan Team A dan Team B adalah real dan sengit pada tahun 1987. Abdullah, Musa dan Radzi yang terluka dalam perang itu, masih ada parut untuk membelai nostalgia. Kini waktu membalas dendam. Oleh yang demikian apa juga komen Tun harus disanggah. Legacy Tun mesti dipadam. Man is always a child!! Naive and Spoilt.
12. Saya sangat memahami apa yang Tun sampaikan melalui, Jambatan Bengkuk,Pinta Abdullah Letak Jawatan, Rasuah Abdullah, Tun dimaki pemimpin-pemimpin UMNO.
13. Memang pedih, tetapi sangat natural dalam politik dan proses memanjat tiang licin untuk kepuncak, mencapai panji-panji. Bukan untuk mengiakan kritikan Tun, tetapi dimana-mana sahaja, orang sering mengatakan betapa Abdullah terlalu lemah, tidak pandai dan tidak cekap mengurus dan memacu negara kedepan. Orang tidak marah, tetapi orang makin takut dan bimbang. Saya khuatir, UMNO akan kehilangan segala-galanya bila undi PRU13 mula dikira.
14. Malangnya sejarah menulis dengan terperinci bagaimana Raja, Pembesar, keluarga dan gundik-gundik lari meninggalkan Istana dengan harta-harta mereka bila kota Melaka dirempuh dan ROBOH. Yang mati bergelimpangan adalah rakyat jelata. Mati mereka kerana taat setia pada Raja dan Negara.
BERITADARIGUNUNG:

Sunday, June 29, 2008
ANWAR: permainan chess.
Satu permainan chess yang panjang. Dalam permainan yang panjang itu, ada orang menang dan mengaut untung. Politik tanah air jadi reality show! Setelah puas dengan Lingam tape, dimana Anwar menghantar jurukamera tersebut ke parlimen, kini Anwar dalam defensive mode.
Dulu Anwar tak peduli apa-apa, jerit isu "saya dianiaya" serata ceruk dengan hailer. Ketika itu Anwar bersaing populariti dengan Queen of England.
Kini Anwar mempamir ciri yang lain, beliau minta perlindungan di Turkey Embassy. Dimaklumkan dalam berita, Anwar takut dibunuh. Anwar takut?
Dulu Anwar mempamir ciri unggul, masih bangun dengan lebam dimata kena belasah. Anwar masih hidup walau disyaki kena racun dalam penjara (mengikut kata wan azizah). Kini Anwar sudah berjalan walau dulu kena papah ke Germany. Anwar puas bersandiwara. Anwar belum puas dengan politik. Nafsu Anwar menakjubkan.
Permainan chess kali ini bertukar corak. Pemburu dan mangsa. Peluru sudah siap berisi. Tangan sudah menggigil. Permainan chess dalam rimba politik. Mangsa jadi keliru.

Thursday, April 24, 2008
Monday, November 27, 2006
Statesmanship
Bahasa mudah disebut sebagai negarawan. Ada sesuatu yang menarik dalam istilah itu dan sememang kita harapkan sesuatu yang menarik dari seorang negarawan. Saya suka mengupas dengan lebih dalam dilain masa, tapi buat masa ini, memadailah dengan mengatakan bahawa kita berasa SELAMAT dengannya sebagai pemimpin. Kita rasa kesejahteraan kita ini sebagai rakyat dijaga dan sentiasa terbela, malah kita rasa maruah negara juga dipelihara, dan akhirnya negara kita bukan melukut tapi beras gred AA11.
Wednesday, October 18, 2006
Nation Building
Nation-building is a normative concept that means different things to different people. The latest conceptualization is essentially that nation-building programs are those in which dysfunctional or unstable or "failed states" or economies are given assistance in the development of governmental infrastructure, civil society, dispute resolution mechanisms, as well as economic assistance, in order to increase stability. Nation-building generally assumes that someone or something is doing the building intentionally.
But it is important to look at the evolution of theories of nation-building and at the other concepts which it has both supplanted and included. Many people believe that nation-building is evolutionary rather than revolutionary, that is takes a long time and is a social process that cannot be jump-started from outside. The evolution of the Italian city-states into a nation, the German city-states into the Zollverein customs union and later a nation, the multiple languages and cultural groups in France into the nation of France, the development of China from the warring kingdoms, took a very long time, and were the result, not only of political leadership, but of changes in technology and economic processes (the agricultural and then industrial revolutions), as well as communication, culture and civil society, and many other factors.
I will try as best as I can to explore a little, into the general concept of nation building. Malaysia where I was born and reciding in now, will definitely be interesting enough to be dissected.

Friday, October 13, 2006
A leader and a nation
It would probably be wise for any leader to have strong linkages with the major forces of a nation; the financial institutions, arm forces, the police, judicial entity, economic players, NGO’s, and religious groups. There would probably be other important linkages or networkings . Good rapport will ensure smooth reign.
We may want to go even further and mention about linkages that has international bearings.
While a leader may want to gain good rapport in such networkings, he may also want to create new networkings. Then all out effort could be exerted to form new financial institution in your favor with your very own people in as an example.
But there would be tremors and ripples if he opts for this. He has to face it, or die with it, unless he is smart, farsighted and has prepared solid fool proof strategies.
I like to see the present crisis through this perspective, but I sorely miss the good warm ups and tactics. Therefore an assessment has to be made in a real gentleman manner, before air tuak (nira kelapa)changes to the real air tuak and become very sour!
Thanks, and may God bless all of us.

Sunday, October 08, 2006
LEADERSHIP
LEADER
..........................Its about PROVIDING leadership, the impact of your own presence, and its about choosing the best option....................
Being a leader is not all about glitters, pomps, kompangs, the ribbons, the smiles, the handshakes, the laughter to whatever jokes you come out with. These are the mundane things, the unnecesary. These are things given to you by your very own people be it sincere or otherwise.
Being a leader is about providing leadership, a clear direction towards goal. Being a leader knows no warm up session. Being a leader isnt like being a little member to the pack. Being a leader is behaving like a hero in front of the team; dribbling, scoring and at the same time providing a solid defence.
In the final analysis, being a leader is assuming all responsbility.
Of course one may use as many team players or advisers. One may also use young people around, but leadership must be given. There is no such thing as total empowerment. If any of our leader subscribe to total empowerment, then it is like admitting that anybody can give a shot at it.
"Kamu buat, kamu jawab". That is so simple that guys like me, pak mat, usop, mid, pin, kiah, timah, leman, can also say. Hmmmm.... and we can also wind up a little toy to say nothing else except "Saya PM, saya boleh buat apa saja, bagi saya masa, Depa Iblis," or simply any phrase at all, stupid or otherwise.
Just a thought.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kuasa dan Wang sering berkait. Demokrasi yang dianuti kini memberi ruang pergantungan kuasa dan wang.
Hinggakan kita tidak tahu dimana ia bermula. Wang adalah "cengkeram" untuk kuasa selanjutnya. Kuasa pula adalah "jaminan" untuk wang selanjutnya. Ia terlalu berkait rapat dan erat.
Ada juga yang kata, bahawa PAS bebas dari gejala ini semua. Tidak semestinya. Orang PAS mungkin tidak bercerita habis, tetapi Ibrahim Ali sempat melihat betapa kuasa sudah hampir menjadikan penyakit itu berjangkit kepada PAS. Gelojoh ADUN melobi jawatan Exco sudah mula kelihatan.
Saranan supaya nilai kampung atau nilai murni diterapkan dan dijadikan panduan, pendoman dan pegangan, adalah bertepatan dan sangat wajar! Tentu akan ada yang akan kata, pulang ke pangkal jalan, pegang pada Islam.
Terima kasih.
2:46 PM