Saturday, October 25, 2008

Mengulas Malaysiakini: Umno is a bully

Bully asal dari Bahasa Inggeris. Dieja b u l i dalam Bahasa Melayu. Orang Malaysia tidak canggung menggunakan perkataan buli dalam perbualan harian; rojak, pasar mahupun baku. Ada filem tempatan bertajuk buli. Buli dalam filem penuh dengan jenaka, sedang buli dalam dunia real, menakutkan dan menghimpit perasaan. Jenaka untuk pembuli, tetapi sengsara bagi mangsa buli.

Dari Malaysiakini
PRS: Umno is a bully, so is PBB
Oct 25, 08 9:09am
A Parti Rakyat Sarawak division leader wants Umno and PBB to stop thinking ‘dominance’ and start thinking of allowing other BN parties to run their own shows. If not, PRS has other options, he warns.
- Proofs of dominance and bullying
- Wake up to political realities


2. Asrama sekolah sejak dulu adalah incubator untuk bibit-bibit buli. Namun buli tidak kemana, hilang bila misai mula tumbuh dan janggut menampak diri. Pembuli dan mangsa buli akhirnya adalah kawan bukan lawan selepas era sekolah. Mereka ketawa waktu mengheret anak-anak sambil menyingkap kisah lama.

Baik kita lihat dari sudut dominance.

3. Antara takrif bully ialah :
A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people.
A person having higher dominance status.

4. Dalam kandang binatang, ada yang lebih dominan. Dalam kandang juga tidak boleh ada banyak yang jantan. Kalau tidak kandang adalah medan sengketa, dan akhirnya yang kuat akan muncul dan lebih dominan ke atas yang lain. Begitu hidup binatang dalam kandang.

5. Dunia binatang dalam hutan pun begitu. Anak-anak jantan tahu bila tiba waktunya, mereka harus pergi, mencari betina dan membiak. Hidup ini berpaksikan dominan. Ketua lahir dicelah permainan dominasi!

6. Dalam hidup yang primitif juga kita belajar tentang ketua puak. Ketua akan buat apa-apa juga yang wajar untuk teruskan kelangsungan hidup. Kalau makanan berkurangan, ada yang diterajang keluar dan dibaham hidup-hidup.

7. Kita hidup dalam era moden, tetapi kerangka primitif hidup tidak pernah hilang. Yang kuat akan tegak berdiri, yang lemah akan tunduk melutut. Kita lihat dari sudut sebuah negara. Amerika menampar dada dimana-mana. Iraq dan Afghanistan hancur jadi debu dan madu disedut bertalu-talu.

8. Dalam suasana tempat kerja, ketua bawa peranan pembuli. Yang menyimpang akan dibetulkan haluan, dan yang keterlaluan akan dihukum malah dibuang. Dalam keluarga juga ada unsur dominasi. Ada hadiah, ada puji dan ada reprimand!

9. Dominasi adalah permainan hidup yang primitif. Aspek ini akan kekal semoden mana sekalipun hidup manusia dan binatang.

10. Tanpa dominasi, kelangsungan hidup akan terburai, kerana orang tidak kenal lagi siapa ketua, dan masing-masing mahu menampar dada hingga tiada pula yang mahu mendengar kata. Bila ramai gagal memahami perlu ada dominasi positif, maka huruhara akan berlaku. Selepas huruhara reda, yang terkuat akan tampil untuk mengulangi makna dominan dan dominasi, bukan buli kerana buli adalah mainan kanak-kanak sahaja.

11. Jangan pula terkeliru dengan babak-babak buli dalam dewan rakyat. Itu adalah buli yang tidak membawa apa-apa makna dalam demokrasi. Itu sekadar selingan dalam perbahasan yang panjang dan menjemukan. Tidak ada mangsa buli yang jelas dalam dewan rakyat, kerana masing-masing ada peluang mengepak sayap dan berkokok dalam kandang. Anwar pun sudah mengepak sayap dan menjurai ekur lebih 4 jam, namun taji belum tajam-tajam.

12. Masyarakat ideal perlukan watak ketua yang dominan. Kalau semuanya sama rata dan lembab-lembab belaka, kita semua berpaut-paut menuruni lurah durjana untuk menamatkan satu tamadun bangsa dan negara.

Huraian ini terlalu basic dan mungkin tidak dianggap relevan dan berguna. Maaf.

beritadarigunung