From Malaysiakini
'Is this the kind of leader we want?'
Oct 16, 08 9:09am
free 'I really shudder at the approaching future. Our next PM will have so many ‘scandalous baggage' accompanying him. Is politics in Malaysia really at this level?'
BERITADARIGUNUNG:
1. Posting di atas adalah himpunan pandangan dari sedozen (12) penulis. Penulis adalah seperti berikut:-Fatima Abdullah, Ong Chiaw Hong, Jonathan, Jesmine, Garry Khoo,Peter Yew,Concerned Citizen, KSN, BJ Fernandez, Hal, Jasper, Appum.
Tajuk yang dikupas terdiri daripada:-
- Najib nominations rise despite allegations
- Najib: No abuse of power in SMS, will explain chopper deal
- Letter questions 'shady' chopper deal
- PAC to discuss helicopter deal
- PM: Let Tan explain bumiputera remarks
- Amirsham: Our economy not under threat
- Nominations will not determine victory
- Indelible ink: No action against complainants
- Gov't cuts petrol, diesel prices by 6.1%
- Lim deflects criticism over Queensbay land deal
- Najib should preserve sanctity of PM's office
3. Sekitar akhir 90'an Abdullah dan Najib adalah junior Anwar. Setelah meletak dan menunda tarikh menjadi PM, Anwar diyakini rasa tercabar bila UMNO belum kucar-kacir malah mampu mengurus peralihan kuasa. Dengan kes liwat sedang berjalan di Mahkamah, bagi menjamin kredibiliti political, adalah lumrah Najib diasak bertubi-tubi.
Siapa Najib?
4. Anak Tun Abdul Razak yang telah berkecimpung dalam politik sejak berumur 23 tahun. Beliau lulusan ekonomi dari University og Nottingham. Kini najib berumur 55 tahun. Pendedahan Najib dengan perjalanan kerajaan dan politik memang luas. Selain pernah menjadi Menteri Besar Pahang, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri dan Menteri Penuh di samping Timbalan Perdana Menteri.
5. Naiknya Najib dalam politik negara, adalah seangkatan dengan Muhyiddin, Rahim Thamby Chik, dan Isa Samad. Pengalaman yang luas bersama Mahathir memacu negara adalah sangat berfaedah. Anwar datang dalam persada UMNO lewat sedikit tetapi laluan Anwar seterusnya penuh dengan insiden demi insiden menumpaskan lawan.
6. Rupanya Anwar bertemu buku dan ruas dengan Mahathir. Selebihnya adalah sejarah bagi Anwar dengan membawa dua watak, all conquering and all vulnerable. Element conquering ditunjukkan dalam street political fighting serta strategi manipulatif. Element vulnerable dapat dirasai waktu beliau berselindung di kedutaan Turki dan episod lepas di Mahkamah. Kes liwat kedua akan merobek Anwar jiwa dan raga. Seingat-ingat kita, Anwar selesa malah leka dengan politik simpati dan publisiti. Anwar tidak ada rekod untuk ditunjukkan.
7. Tuduhan demi tuduhan keatas Najib adalah lumrah. Abdullah adalah lembu sakti, wajar dibiar saja bebas dan lepas. Kepaduan Najib dan Muhyiddin adalah benteng kukuh. Dengan Mukhriz dan semangat dan kebijaksanaan Mahathir Pakatan Rakyat hanya mampu melalak kosong.
8. Kes Altantuya adalah hal mahkamah. Ada masa-masa, bar council malah Anwar memuji-muji integriti kehakiman negara. Untuk kes Altantuya, mereka memilih untuk melalak dalam mahkamah dan dijalanraya. Ijok jadi merah kerana serpihan semburan sireh dari mulut Anwar. Waktu itu Najiblah yang paling tidak berguna dalam dunia. Hantu dipaksa berkeliaran. Altantuya wajar aman bersemadi seperti jua Conny Ong.
9. Kes Eurocopter adalah kes bodoh. Tidak semudah itu untuk Najib bermain kotor dengan komisyen. Bukankah Abdullah dijerat lehernya dengan tuduhan kroni, scomi dan kamaruddin? Sekurang-kurangnya Lim Kit Siang dalam blognya cuba menyebut nama-nama itu. Maka Lim pun rasa hairan bagaimana Mr Clean bertukar menjadi Mr Greed. Pembelian senjata dan peralatan tentera adalah dengan tapisan kerahsiaan. Perdana Menteri mesti tahu kenapa Eurocopter dipilih. Sedang ECM-Libra boleh tergeliat inikan pula belanja berbillion ringgit. Klik ini : : Why Eurocopter’s Cougar has been selected to replace Nuri Lim Kit Siang
10. Abdullah sendiri mengumunkan "letter of intent" telah dihantar kepada Eurocopter pada 26 September lalu, 9 hari selepas bertukar jawatan. Ada sebab beliau membuat pengumuman itu tapi ramai sangsi sebab apa beliau ingin memanggil ketua setiausaha kem. pertahanan untuk penjelasan. Abdullah biarkan keadaan menjadi terlalu reactive dalam segenap sudut.
11. Seorang blogger KTemoc telah memberi perspektif menarik dalam isu Eurocopter. Beliau menyifatkan keghairahan pembongkaran isu berkenaan agak pre-emptive. Rujuk disini: Eurocopter Cougar deal - Malaysiakini's pre-emptiv....
12. Seorang teman yang pernah berurusan dengan Najib ada menyebut "he is sharp and intelligent". Exposure dan worldview Najib adalah mencukupi untuk memimpin negara dan rakyat.
beritadarigunung : cheers