Monday, October 13, 2008

Mengulas Malaysiakini: Teresa Kok dan penculikan

Dari malaysiakini
'Kidnapped' Seputeh MP speaks up

Rahmah Ghazali | Oct 13,
DAP parliamentarian Teresa Kok expressed disappointment over her recent arrest under the Internal Security Act (ISA) but the deputy home minister shot down her question on technical grounds. This, among snippets from today’s proceedings. 'Kidnapped' Seputeh MP speaks up


BERITADARIGUNUNG:


Sukar untuk memberi rasional keatas apa jua yang berlaku. Setengah kejadian berlaku bertimpa-timpa dan bertindih-tindih hingga kita sukar mengenalpasti siapa menimpa siapa. Itu lah dia, hidup yang kompleks.

Suara keras pihak pembangkang datang bertali arus. Kalau perlu meletakkan tarikh mula, saya suka memilih tarikh Anwar keluar dari penjara dengan brace ditengkuk untuk berubat di German.

Peristiwa biasa. Orang pergi klinik kerana sengal-sengal badan sepanjang masa. Lebih tinggi umurnya, lebih kerap sakit menimpa. Tetapi pemergian Anwar ke German diadun dengan publisiti yang maksima. Anwar waktu itu ibarat bangkai bernyawa, terlalu letih, tidak bermaya, dengan brace keliling tengkuk, seolah penjara Malaysia sangat kejam dan memberi petanda bahawa doktor Malaysia langsung tidak berguna untuk mengubat sengal-sengal tulang. Anwar pun pergi dengan ribuan salaman dan cucuran airmata.

Satu mainan politik yang licik meminta simpati.

Dicelah-celah bencinya pembangkang terhadap ISA, Teresa Kok menggunakan isu penangkapan beliau untuk publisiti. Ketika Anwar mahu dirinya dilihat sebagai masih relevan dengan kemampuan mengulas isu-isu besar tentang Kewangan, Teresa masih sempat mencuri peluang sebelum terlewat.

Dalam Dewan, penangkapan/penahanan disebut penculikan. Nah, apa lagi selain dari publisiti yang maksima? Teresa jika tidak berhati-hati akan terjebak dengan sindrom berpolitik murahan yang melihat, publisiti bermaksud keberkesanan. Untuk berkesan berjuang dengan impak yang boleh dirasai oleh pengundi, publisiti bukan matlamatnya. Kita tidak lupa, Teresa adalah ahli politik, sepertimana Anwar jua.

Kes penahanan Teresa tempuh hari tidak wajar lagi diungkit-ungkit. Sewajarnya beliau berterimakasih kerana kini beliau sudah bebas dan boleh berkata-kata dalam Dewan yang mulia.

Ketika Anwar merungut kerana kehebatan beliau berhujah tentang bajet tidak ditontoni oleh ramai MP kerajaan, saya hanya ingin mengulas ini. Ada masanya pihak pembangkang memilih untuk boikot. Ada masanya pula, MP seolah meminta dinyah keluar. Sukar untuk saya lupa peristiwa anak Karpal diminta keluar tempuh hari. Katanya "Dia ingat dia siapa?" merujuk kepada yang dipertua Dewan. Setengah dari kita terlalu bongkak untuk berbudi mulia.

Untuk Teresa, ingat rasa syukur kerana masih boleh bergurau dan mencuri publisiti dalam kancah politik dan tidak bertimpuh mengunyah buah kemunting (bukan Kamunting) dari pohon tua yang liat dahan-dahannya. Sekurang-kurangnya kita tidak dipaksa untuk tinggal di kaki bukit yang hujan turun setiap hari.

-beritadarigunung (dont sue me)