Dari Malaysiakini
Formula Umno telah gagal sepenuhnya - Malaysiakini...
"Rasuah begitu berleluasa dalam pemilihan Umno sehinggakan Datuk Seri Rais Yatim menegur supaya jangan jadikan Umno seperti 'tender terbuka' dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang dan ianya sungguh memalukan.
Oleh Generasi Parameswara Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............
Isu undi boleh dibeli bukan cerita baru. Tidak semestinya dengan wang. Kadangkala boleh dibeli dengan janji. Future Earning!
2. Ramai Pemimpin muda kalah dari sudut ini kerana mereka belum cukup kaya. Yang beruntung adalah pemimpin muda yang ada tempat bersandar. Orang Rembau sudah lihat berpuluh kereta hitam menjalar dijalanraya. Waktu itu, lampu merah traffic light tidak bermakna lagi dirembau. Keadaan jadi gah dan ghairah. Akhirnya yang dikendung hampir keciciran.
3. Ingat kita, penonjolan kes M.Nor Awang di centrepoint Seremban adalah avalanche untuk membanteras politik wang dalam UMNO. Sembang kopitiam menyebut M.Nor Awang digasak keras sebagai hukuman kerana beliau gagal dalam PRU12 Ampangan.
4. Rais memang menyindir. Menyampah dengan kekalutan politik, beliau menyaran jawatan tinggi ditender. Nah, Shahidan tidak tahan dengan cili pedas lalu menawarkan RM1 untuk Rais. Nazri Aziz pula menempelak perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan mengingatkan realiti jawatan tersebut dan siapa pula yang gatal menonjol diri. Sekaligus Nazri Aziz mengingatkan Ali dan Mat Taib, siapa mereka?.
5. Namun kita belum pasti siapakah calon Abdullah untuk Timbalan Presiden. Kalau Abdullah berdendam dengan Muhyiddin kerana celuparnya hingga tidak sempat Abdullah menutup akaun RMK9, rakyat sangat faham. Mat Taib tentu tidak lagi bawa cash dalam beg james bond semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dalam negara mahupun di Australia . Jawatan Timbalan Presiden bukan calang-calang jawatan.
6. Kita mengerti perlunya pemimpin muda dipersada utama politik umno. Tetapi bukan dalam kerangka Khairy. Naik Khairy tidak dalam proses rank and file. Naik Khairy tidak berpandu. Pemimpin ulung akan menapis dan mendidik barisan pemimpin muda. Abdullah terlupa dan tidak pandai soal ini, lalu berlakulah episod beliau berdendang didalam dengan Rice, manakala Khairy terjerit-jerit diluar. Budak-budak harus dididik. Jika dibiarkan, nanti mereka beraja di hati. Nah, nampaknya orang Negeri Sembilanlah yang mesti mendidik Khairy, kerana orang Kelantan sudah terpukau dengan kilauan dan janji.
7. Pahang mengambil langkah awal dengan mengemukakan 6 laporan politik wang ke Badan Disiplin Parti untuk tindakan selanjutnya.
8. Changes must be gradual. Musa Hitam cannot be right all the time. Memali was a real nightmare. We cant get better by giving a massive overdose of antibiotic as in Memali. Yes, Musa wish to forget the haunting M and coincidentally there is M at the front of Muhyiddin, Mukhriz and Mahathir's name. His ally, Shahrir has S (pronounce as ASS) instead.
9. Umno is there for everyone including the naives and the greedy lots. The rest can pick your cangkul and sing this "Kempen Bumi Hijau", and be contented with a kilo of bayam. The millions and billions of ringgit are for some one else in UMNO.
Related stories
1 Musa wants younger generation in Umno leadership
2 Be sensitive to the needs of the people
Malaysia Star, Malaysia
3 Najib tells Umno leaders to look beyond party
Malaysia Star, Malaysia
4 Musa: Umno has lost its popularity
Malaysia Star, Malaysia
5 Musa: Party needs more young faces in top posts
New Straits Times, Malaysia
6 Najib: More will be done to stop money politics
New Straits Times, Malaysia
7. Six reports involving money politics submitted
Malaysia Star, Malaysia