Saturday, October 25, 2008

Rintihan pemandu budget taxi KLIA dari sudut Malaysiakini

Menyebut "fundamental ekonomi kita kuat" adalah ayat biasa setiap kali terserempak dengan kemelut ekonomi. Dulu Anwar juga sebut begitu. Krisis matawang yang melanda asia pertengahan 90'an dulu menggigit Malaysia tanpa kasihan, dan Anwar belajar beberapa istilah umum tentang ekonomi. "Fundamental ekonomi kita kuat" diulang berkali-kali. Dulu Anwar cuba memahami interest rate, tetapi ungkapan tidak lebih dari retorika. Waktu itulah kronisma, nepotisma dan projek mega dilihat keji dan hina. Sumpah-sumpah sedia bertukar warna, Anwar juga menukar makna retorika. Kini Anwar mahu menggasak bila Najib mahu berkata "fundamental ekonomi kita kuat". Sabbatical leave di Kamunting, Sungai Buloh, Germany dan Amerika tidak mengubah apa-apa.

Dari Malaysiakini
VoxPop: Economy - no point covering up
Oct 25, 08 11:11am
‘It is quite disturbing that we still holding to our argument saying that our numbers are okay. Come on, tell the truth. Let's face the problem together.'
- MCA bankrupt of competent leaders
- Khairy, remove your sheeps clothing


Lalu ada yang gamak bertanya mana dia pemimpin competent? Lalu ada juga mahu menguji realiti kuasa Khairy, bila baju bulu kambing ditanggal kerana sejuk Winter di gunung memakan kulit hingga ke tulang. Lalu Hindraf mahu jadi juara seolah tiada langsung kesan positif pemimpin ulung MIC, Samy Velu. Bukan menjuarai persepsi negatif, tetapi itulah aliran politik Anwar Ibrahim. Kacau bilau maksima memungkin kejayaan yang rapuh dan superficial. Yang hidup dikorbankan, kalau Kebuluran Baling sudah dilupakan, kedhaifan orang India jadi sandaran.

Apa dia myth dan apa dia realiti.?

Apa benar orang India dipinggirkan?. Ikut saja jalan Ijok ke Assam Jawa. Disana ada pandangan menarik. Ada signboard tepi jalan, "Boleh letak tanah disini". Orang sana beli tanah percuma, kalau bukan sebagai persediaan untuk pembangunan selanjutnya, untuk apa?. Di hadapan pejabat ADUN Ijok, tempat letak kereta ditukar warna dari kuning ke warna lain yang lebih terang dan garang.

Mereka menang kerana myth bukan menyelak realiti. Myth menyedap telinga dan cepatkan lena, namun siapa peduli rakyat yang terhimpit.

Realiti rakyat terhimpit bukan selalunya mengikut kerangka kulit, bangsa dan agama. Malah ia merentas dan merentap domain sedia ada.

Berkali-kali pemandu Budget Taxi KLIA mengulas tentang keperitan hidup. Ada yang tidak sempat balik untuk bersama keluarga, lalu tidur tepi jalan. Bagi mereka tiga empat trip sehari hanya mampu untuk membayar kos kepada Syarikat. Semua orang tahu budget taxi adalah monopoli bisnes yang sangat ketara. Pengguna di sembelih, Pemandu di sula, manakala syarikat membolot segala-galanya melalui kerongkong Latif. Ada yang berhempas pulas setiap hari, ada pula yang senang-senang mengaut RM145 sehari.

Sebab Abdullah Badawi beria-ria menyebut tentang dana pengangkutan sebagai strategi disebalik kenaikan harga minyak yang pertama dulu, penggunaan teksi bujet KLIA tidak langsung menunjukkan kecairan subsidi. Yang ada makin menekan. Ini bukan isu bangsa ala Hindraf, ini isu rakyat terhimpit tanpa dibela.

Anwar sendiri pun sudah lupa! Apatah lagi mereka yang sedap menikmati Winter Vacation dengan coat bulu kambing kashmir. Bulan Mac nanti winter pergi, spring akan mengeluarkan bunga-bunga indah. Dan Abdullah dan orang-orangnya akan menanggalkan coat bulu kambing kashmir dan menyarung baju kemeja sutera kelas pertama buatan China.

Manakala pemandu teksi bajet KLIA terus membayar hutang-hutang mereka dan bila habis dibayar, apakah nilai kereta itu dan masa depan mereka? Hanya Latif yang tahu.......

BERITADARIGUNUNG