PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar dari Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini selepas menghadiri prosiding tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi. - Foto Bernama