Saturday, October 25, 2008

Mengulas kudakepang: 50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIK...

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan pembaca.

Ini adalah petanda awal, ekonomi negara sedang sakit. Mana yang boleh dikurangkan, jangan fikir dua kali.

Dalam bisnes itu hal biasa. "Retrenchment" bunyi canggih sedikit dan menyembunyikan langkah brutal dan kejam. Banyak yang buat begitu. Dulu MAS pun sama. Idris Jala diunjuk KPI, mahu tidak mahu pekerja perlu dibuang, dan harta juga dijual supaya nampak CASH masuk.

Syarikat pembinaan rela ambil pekerja asing. Sebab murah, senang kawal dan senang ambil ramai-ramai dan buang pun senang ramai-ramai.

Untung adalah prioriti dalam busines. Kini kerajaan pun ambil langkah yang sama.

Namun ia berlaku disebalik langkah melanjutkan tempuh bekerja hingga 58 tahun. Lewat orang pencen, tergencat sedikit ambil orang baru.

Sering juga kita dengar ada pegawai tinggi yang disambung kontrak selepas bersara wajib. Kita dimaklumkan sebab mereka pakar dan berpengalaman.

Ada yang nakal menyebut, sebab mereka sudah biasa dengan menteri dan budak-budak menteri. Jadi senanglah sikit proses kerja. Hal budak-budak menteri yang galak, rakus dan ghairah bukan cerita dongeng. Kekalkan pegawai tinggi memudahkan semua perkara.

Rakyat umum dibiar berjuang untuk hidup. Dengar saja rintihan pemandu budget taxi KLIA. Mereka kena bayar RM145 sehari dengan syarikat(kalau tak silap). Itu kesan monopoli dalam bisnes.

Jangan tanya-tanya lagi kenapa Abdullah berkempen orang tanam sayur. Rakyat harus pandai hidup sendiri, kerana kesian atau kasihan bukan lumrah hidup kini.

Rujuk posting asal ruhanie ahmad kudakepang: 50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIK...