BEBAS: Abdul Razak Baginda (tengah) tersenyum selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Manakala gambar bawah, anak perempuan, Rowena Abdul Razak (kiri) dan isteri Mazlinda Makhzan turut bersama Razak di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - Foto AP
CIF Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, (menutup kepala) dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, keluar daripada Mahkamah Tinggi selepas diperintahkan membela diri pada perbicaraan kes bunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini. Azilah dan Sirul dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 lalu. - Foto Bernama