Monday, October 13, 2008

Mengulas Malaysiakini: Anwar desak bajet baru.

From Malaysiakini,
Anwar calls for a fresh budget
Beh Lih Yi | Oct 13, 08 12:12pm
updated 4pm The opposition leader argues that members of parliament cannot debate an 'outdated budget' which was presented more than a month ago.

BERITADARIGUNUNG:

Anwar mendesak supaya bajet baru disediakan dengan mengambil kira perubahan yang telah berlaku disebalik kemelut ekonomi dunia. Anwar juga menyoal kesesuaian projek berimpak tinggi waktu-waktu keadaan ekonomi yang tidak tentu.

Secara spesifik beliau menyebut tiga projek; high speed broadband, pembelian eurocopter dan Pembelian PT Bank Internasional Indonesia Tbk oleh Maybank.

Namun hujah beliau hanya diikuti oleh beberapa Ahli Parlimen dari pihak kerajaan. Yang lain-lain sibuk keluar masuk atau minum di kafeteria.

Ekonomi adalah volatile sepertimana emosi manusia, cool today and hot tomorrow. Sememangnya penyesuaian dibuat berterusan mengambilkira perubahan prioriti dan kedudukan kewangan. Walaubagaimanapun adalah tidak wajar, membuat dan membentang bajet baru setiap kali ada perubahan senario ekonomi dunia.

Ramai pihak telah memberi pandangan tentang komitmen kerajaan berkaitan dengan tiga high-impact projects yang dinyatakan. Kedua yang pertama adalah untuk mengukuhkan prasana negara mendepani tahun-tahun akan datang. Yang boleh dibuat sekarang tidak wajar ditolak ketahun depan. Ada kepentingan dan keuntungan. Sepertimana prasana KLIA dan Putrajaya diejek sebagai projek mega yang membazir suatu masa dulu. Syukur kerana Malaysia telah berjaya melakukannya walaupun keadaan waktu itu sangat perit.

Yang ketiga berkaitan dengan pembelian Bank di Indonesia oleh Maybank wajar dilihat dari sudut pengukuhan kewangan secara global. Tentu masih ada yang ingat pendekatan consolidation bank akhir 90'an. Bank-bank bergabung. Tiba masanya isu kewangan global dan pengukuhan pegangan harus jadi prioriti. Mungkin sekarang sudah tiba masanya.

Seharusnya zaman mengherdik setiap projek yang bersifat mega, sudah berlalu. It cannot be used as political battle cry perpetually. Yang harus dipersoalkan ialah jika pengendalian projek berkenaan compang camping dan lintang pukang.

Syukur juga kerana Malaysia tidak pernah lupa melaksanakan pembangunan insan sejak merdeka lagi. Negara tidak pernah ketandusan pakar. MAS dan Petronas sudah berani menghantar pakar keluar. Jika kita sediakan senarai, ia mungkin terlalu panjang.

Untuk Anwar, harap dapat lupakan cara lama berpolitik. Zaman orang mati kebulur di Baling sudah berlalu, orang pun sudah lupa dan orang juga malas mengungkit kesahihan setiap retorika.

- beritadarigunung