Tuesday, March 06, 2012

Machai Menteri pun satu

Dia orang ni tak sedar ke, antara sebab setengah orang meluat dengan UMNO sebab machai-machai ni tunjuk lagak sangat, macam tau semua benda. Lagi pulak galak nak kaut semua!!...

Menteri juga bersalah, kerana harap sangat dengan budak-budak menteri dan machai menteri.  Fikiran budak-budak setakat itu saja, dan fikiran machai pulak cenderung untuk menjawab soalan "what's in it for me?". Ada masanya budak dan machai menteri kepung menteri keterlaluan, seolah-olah mereka adalah pengawal dan gatekeeper.

Mereka sebagai researcher, penyelidik, cari maklumat pelbagai untuk Menteri sentiasa up to date, itu kira OK. Kalau berlagak dan kemaruk, itu tak senonoh. Sudahnya UMNO yang rugi...